jenis-jenis kasut larian
Mencari jenis kasut larian yang betul tidaklah semudah yang disangkakan.

Berlari adalah sukan yang paling mudah untuk dilakukan di dunia. Ia tidak memerlukan peralatan khusus, kemudahan yang mewah, atau banyak wang untuk dilakukan. Satu-satunya perkara yang anda tidak sepatutnya lupa adalah mencari jenis kasut larian yang baik.

Walau bagaimanapun, mencari kasut yang betul tidaklah semudah yang disangkakan. Seluruh proses boleh menjadi menggentarkan dan mungkin membuat anda berasa teruja, terutamanya apabila anda baru bermula dan/ atau tidak tahu jenis jenis kasut bagaimana yang terbaik untuk anda.

Klasifikasi yang dibuat dalam senarai ini adalah berdasarkan struktur, bentuk dan fungsi. Setiap jenis kasut itu berbeza dan direka untuk memenuhi tujuan yang berlainan.

Jadi, mari lihat senarai jenis kasut larian.

1. Kasut ringan (Lightweight shoes)

Jika anda selalu berlari dengan kelajuan tinggi atau memasuki perlumbaan, maka anda akan memerlukan kasut latihan yang ringan. Ia juga dikenali sebagai kasut larian mendatar dan adalah sesuai untuk latihan laju, seperti sprint, selang waktu, fartleks, dan persaingan. Kasut ringan dibina dengan kurang busa (foam) dan kusyen di bawah kaki bagi membolehkan pergerakan menjadi semula jadi dan dinamik untuk kaki.

Tetapi, terdapat kelemahan bagi kasut yang ringan. Pada amnya, ia tidak menawarkan tahap kelembutan dan penyerapan kejutan yang sama seperti kasut jalan biasa seperti yang diklasifikasikan dalam kategori neutral atau kestabilan. Disebabkan itulah, kasut jenis ini tidak boleh digunakan untuk latihan umum.

2. Kasut jejak (Trail shoes)

Jenis kasut larian seterusnya ialah kasut jejak. Kasut jejak perlu boleh bergerak di dalam lumpur, kotoran, batu dan halangan di luar jalan yang lain. Justeru itu, kasut jenis ini memerlukan sokongan, kestabilan dan perlindungan yang terbaik. Ia direka bentuk bagi permukaan yang beralun dan boleh digunakan pada pelbagai rupa bumi (terrain), daripada lumpur hingga rumput, atas jalan dan laluan yang keras.

Fikirkan kasut jejak ini sebagai campuran kasut larian dan kasut mendaki (hiking). Kedua-duanya menawarkan perlindungan yang cukup di sekitar pergelangan kaki untuk melindungi kaki anda daripada semua akar dan batu yang terdapat di medan yang lasak dan berbatu. Bukan hanya itu sahaja, kasut ini juga memberikan cengkaman unggul untuk mengendalikan permukaan yang lebih lembut, tidak sekata, dan licin dengan lebih baik dan ini biasanya dicapai melalui tapak kasut yang agresif dan getah yang melekat.

3. Kasut kestabilan (Stability shoes)

Kasut kestabilan biasanya disyorkan untuk pelari yang mempunyai kaki dengan lengkungan biasa atau kaki bersaraf. Atlet sebegini cenderung memerlukan kasut dengan campuran bantal sebagai pelapik dan sokongan yang baik. Pronasi, secara amnya merujuk kepada gerakan ke dalam oleh kaki apabila berlakunya impak. Tidak ada apa yang salah dengan pronasi (keadaan kaki yang membengkok di bawah) sebenarnya. Namun, terlalu banyak pronasi mungkin bermasalah.

Kasut kestabilan boleh menjadi berguna kerana ia dapat membantu menghalang, atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah pronasi yang berlebihan dengan menawarkan lebih banyak sokongan gerbang dan pergelangan kaki. Kestabilan tambahan kasut ini adalah daripada sokongan tambahan lengkungan dan busa (foam) berkepadatan tinggi. Justeru itu, kasut kestabilan biasanya dibina dengan gerbang lembut dari depan ke belakang yang menyediakan kestabilan kaki belakang dan fleksibiliti di hadapan.

4. Kasut kawalan gerakan (Motion control shoes)

Pronasi adalah sebahagian daripada pergerakan semula jadi tubuh. Tetapi, tidak semua pelari mempunyai masalah pronasi yange sama. Sesetengahnya mungkin berlaku secara berlebihan. Itulah sebabnya mengapa individu sebegini mungkin memerlukan sepasang kasut untuk membantu mereka mengehadkan, atau bahkan menghalang masalah ini. Kasut kawalan pergerakan biasanya disyorkan untuk pelari dengan lengkungan rendah dan sederhana untuk masalah pronasi yang serius.

Selain itu, kasut larian jenis ini biasanya lebih tegar berbanding kasut biasa dan dibina dengan tapak kasut yang luas untuk mengehadkan pergerakan lebihan sepanjang kitaran gait. Ia juga sesuai untuk individu yang berat dan mencari kasut yang boleh memberikan kestabilan dan ketahanan yang tinggi. Kasut ini juga biasanya mempunyai peranti tegar yang diperbuat daripada plastik, gentian kaca, atau busa (foam) berkepadatan tinggi. Ketegaran tambahan ini menghalang tumit daripada bergerak dan kaki daripada terlebih pronasi.

5. Kasut berkusyen (Cushioned shoes)

Secara umum, kasut berkusyen dihasilkan dengan kusyen tambahan untuk terasa mewah, tetapi tanpa banyak unsur pembetulan atau sokongan. Kebanyakan kasut larian jenis ini dibina dengan ciri penyebaran kejutan di bahagian luar dan/ atau bahagian tengah kasut iaitu biasanya di bahagian tumit atau kaki belakang.

Kasut kusyen biasanya disyorkan untuk pelari dengan sedikit pronasi atau tanpa pronasi kerana ia menawarkan penyerapan dan perlindungan kejutan dengan sedikit hingga tanpa sokongan tambahan sepanjang kitaran gait. Selain itu, kasut ini juga dipanggil “kasut empuk neutral”. Ini direka bentuk untuk mengatasi pergerakan kaki.

SUMBER

https://medium.com/@EndaRunning/types-of-running-shoes-e76121c41e64

https://www.runnersblueprint.com/running-101-5-main-running-shoes-type-select-type

https://health.uconn.edu/orthopedics-sports-medicine/2017/08/12/finding-the-right-running-shoe/

Summary
Jenis-jenis Kasut Larian
Article Name
Jenis-jenis Kasut Larian
Description
Mencari kasut yang betul tidaklah semudah yang disangkakan. Seluruh proses boleh menjadi menggentarkan dan mungkin membuat anda berasa teruja.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: