Jenis-jenis diet Vegan

Veganisme merupakan “sejenis gaya hidup yang bertujuan untuk mengecualikan semua bentuk eksploitasi dan kekejaman terhadap haiwan sebanyak yang mungkin. Sama seperti seorang ‘vegetarian’, individu yang mengamalkan diet vegan juga tidak makan sebarang bentuk daging haiwan. Namun, mereka juga mengambil satu langkah lebih jauh berbanding diet ‘vegetarian’ dengan mengelakkan semua produk daripada haiwan sepenuhnya seperti produk tenusu, telur dan madu.

Selain itu, setiap vegan tentu mempunyai pelbagai sebab dan cara tersendiri untuk menjadi seorang vegan. Jadi, mari ketahui jenis-jenis diet vegan yang biasa diikuti oleh golongan vegan.

1. Diet vegan berasaskan prinsip etika

Sebab yang paling umum mengapa ramai yang membuat keputusan untuk menjadi vegan adalah kerana mereka ingin mencari gaya hidup yang mempedulikan pihak lain serta kehidupan yang penuh dengan rasa belas kasihan.

Terdapat golongan vegan yang melakukan protes terhadap industri daging dan industri tenusu dan ada juga yang berpendapat bahawa kita tidak berhak mengambil sebarang sumber daripada haiwan termasuklah daging, kulit, susu atau telurnya.

2.Diet vegan berasaskan prinsip tumbuhan

Ada segelintir individu yang mengikuti diet vegan atas faktor kesihatan tertentu atau kerana ingin mengurangkan berat badan tanpa melibatkan etika yang mengganggu. Atas sebab ini, mereka boleh memilih produk dengan label ‘berasaskan tumbuhan’ sementara mengekalkan penggunaan produk haiwan seperti kulit, sutera dan madu.

Diet ini berasaskan makanan yang ditanam di tanah dan dimasak dengan cara yang boleh memelihara nutrien semulajadi dalam makanan sebanyak yang mungkin. Dengan mengelakkan makanan berasaskan daging dan produk tenusu, diet vegan secara automatiknya akan menghentikan pengambilan lemak tepu. Namun, diet vegan yang berasaskan tumbuhan adalah lebih baik kerana ia juga menghindari pengambilan makanan berproses secara keseluruhan dengan fokus untuk makan secara sihat.

Sementara itu, dua pertiga daripada diet ini haruslah mengandungi tumbuhan. Ini bukan sahaja melibatkan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah turut merangkumi kacang, bijian dan bijirin penuh. Perubahan kepada diet ini selalu dilakukan secara beransur-ansur seperti menambahkan sayur-sayuran dalam hidangan atau memperbanyakkan hidangan harian. Anda juga boleh mula menambahkan kacang atau bijian dalam salad serta mengurangkan kandungan daging dalam pemakanan anda.

3.Diet vegan berasaskan prinsip mentah

Seperti diet vegan yang lain, diet ini mengecualikan pengambilan yang bersumberkan daripada haiwan. Individu vegan yang mengikuti diet jenis ini memilih untuk tidak makan apa-apa yang dimasak atau dimasak. Jadi, secara amnya, golongan vegan ini hanya makan makanan yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan bijian sahaja. Ada yang mungkin memilih jenis diet ini kerana manfaatnya terhadap kesihatan. Sebaliknya, ada juga yang mengikutinya kerana faktor rohani.

Mereka yang mengamalkan diet vegan jenis ini mempercayai bahawa makanan mentah dan yang dipanaskan secara minimum adalah lebih berkhasiat berbanding makanan yang dimasak. Ini secara tidak langsung menyokong konsep ‘raw foodism’ yang menetapkan bahawa makanan harus diambil dalam keadaan mentah sepenuhnya atau dipanaskan pada suhu di bawah 40-48°C.

Di samping itu, ada juga yang mengamalkan diet 80/10/10 iaitu 80% karbohidrat, 10% lemak dan 10% protein. Satu lagi pilihan yang ada adalah “Mentah hingga jam 4” yang dipopularkan oleh seorang penulis blog vegan dengan cara makan makanan mentah hingga jam 4 petang dan kemudiannya makan makanan yang dimasak sebagai makan malam.

Kaedah penyediaan makanan alternatif mengikuti diet ini adalah seperti kaedah membuat jus (juicing), campuran (blending), rendaman (soaking), cambahan (sprouting) dan dehidrasi (dehydrating) berbanding kaedah memasak. Sesetengah individu juga percaya bahawa diet vegan mentah menyediakan semua keperluan nutrien manusia dan kerana inilah, pengambilan ubat tambahan tidak digalakkan dalam diet ini.

4.Diet vegan berasaskan prinsip tinggi karbohidrat dan rendah lemak

Diet vegan tinggi karbohidrat dan rendah lemak akan mendapatkan kebanyakan kuantiti karbohidrat dalam bentuk buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin serta kandungan lemak yang sangat sedikit. Selain itu, diet jenis ini mempunyai pelbagai pilihan bergantung pada apa yang dicari oleh individu dalam sesuatu diet.

Ada yang menginginkan karbohidrat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, serupa dengan diet vegan mentah sementara ada juga yang suka makanan seperti kentang, nasi dan pasta. Lemak sihat (buah avokado, bijian dan kekacang) masih diperlukan dalam diet, tetapi diambil dalam kuantiti yang sedikit. Bagi individu yang baru sahaja memulakan diet vegan jenis ini, pelan diet ini boleh menjadi satu panduan baik dalam pemakanan yang seimbang dan sihat tanpa menyekat makanan seperti diet vegan mentah dan diet vegan tumbuhan.

5.Diet vegan berasaskan prinsip persekitaran

Lebih ramai individu yang cuba membuat perubahan dalam kehidupan seharian mereka untuk menjaga planet kita dengan lebih baik. Pengambilan daging dan produk tenusu sebenanrnya memberikan banyak tekanan kepada alam sekitar kita. Tambahan pula, ruang yang diperlukan sebagai tempat perlindungan haiwan telah banyak dirosakkan oleh aktiviti penebangan hutan yang besar dan tidak terkawal.

Dengan memboikot industri ternakan, golongan vegan berharap dapat mengurangkan jejak karbon mereka dan kesannya terhadap alam sekitar. Penternakan kilang merupakan salah satu punca pencemaran paling besar dalam skala global. Ia bukan sahaja mencemarkan udara malah turut melibatkan tanah dan air kesan daripada perkara seperti lumpur baja, pemusnahan tanah dan keracunan pada sumber air.

Secara keseluruhannya, sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mengikuti salah satu jenis diet vegan ini, pastikan anda meminta nasihat daripada doktor atau pakar nutrisi terlebih dahulu bagi mengetahui jenis mana yang sesuai buat anda. 

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
Jenis-jenis diet Vegan
Article Name
Jenis-jenis diet Vegan
Description
Seorang vegan mungkin mempunyai cara pemakanan tersendiri berdasarkan jenis diet vegan yang ada. Mari ketahui jenis-jenis diet vegan yang biasa diikuti oleh golongan vegan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *