jenis-jenis darah
Jumlah darah yang tepat dalam tubuh seseorang akan bergantung pada saiz badannya. Di samping itu, terdapat jenis-jenis darah yang berbeza antara individu.

Jumlah darah yang tepat dalam tubuh seseorang akan bergantung pada saiz badannya.  Di samping itu, komposisi darah juga adalah berbeza antara individu. Perbezaan struktur inilah yang menjadikan jenis darah seseorang itu.

ABO adalah sistem yang paling terkenal untuk mengkategorikan jenis darah, walaupun ada kaedah lain untuk menentukannya. Terdapat empat kategori utama dalam kumpulan ABO: A, B, O dan AB. Dalam kumpulan ini, terdapat lapan jenis darah lagi di bawahnya.

Apakah unsur asas darah?

Sebilangan besar individu mempunyai darah sekitar 4 hingga 6 liter. Darah anda terdiri daripada pelbagai jenis sel yang terapung dalam cairan disebut sebagai plasma serta:

  • Sel darah merah menghantar oksigen ke pelbagai tisu di dalam badan anda dan mengeluarkan karbon dioksida.
  • Sel darah putih memusnahkan penceroboh dan melawan jangkitan.
  • Platelet membantu darah anda membeku.
  • Plasma adalah cairan yang terdiri daripada protein dan garam.

Apa yang menjadikan darah anda berbeza daripada individu lain adalah gabungan molekul protein unik anda, yang disebut sebagai antigen dan antibodi.

Bagaimana untuk menentukan jenis darah?

Jenis darah ditentukan dengan kehadiran atau ketiadaan antigen tertentu – bahan yang dapat mencetuskan tindak balas imun jika ia dilihat sebagai bahan asing bagi tubuh. Memandangkan sebilangan antigen dapat memicu sistem kekebalan tubuh pesakit untuk menyerang darah yang diterima, pemindahan darah yang selamat bergantung pada proses pemadanan darah dan pemadanan silang secara teliti.

Tambahan pula, jenis darah juga diwarisi dan diturunkan secara genetik daripada ibu bapa anda. Sama ada kumpulan darah anda jenis A, B, AB atau O, ia adalah berdasarkan jenis darah ibu dan ayah anda.

Darah manusia dikelompokkan kepada empat jenis: A, B, AB dan O. Setiap huruf merujuk kepada sejenis antigen atau protein di permukaan sel darah merah.

Para saintis menggunakan dua jenis antigen untuk mengklasifikasikan jenis darah:

  • Antigen ABO
  • Antigen Rh

Apakah jenis darah yang berbeza?

  • Kumpulan A: Permukaan sel darah merah mengandungi antigen A, dan plasma mempunyai antibodi anti-B. Antibodi anti-B akan menyerang sel darah yang mengandungi antigen B.

  • Kumpulan B: Permukaan sel darah merah mengandungi antigen B, dan plasma mempunyai antibodi anti-A. Antibodi anti-A akan menyerang sel darah yang mengandungi antigen A.

  • Kumpulan AB: Sel darah merah mempunyai antigen A dan B, tetapi plasma tidak mengandungi antibodi anti-A atau anti-B. Individu dengan jenis darah AB boleh menerima sebarang jenis darah ABO.

  • Kumpulan O: Plasma mengandungi antibodi anti-A dan anti-B, tetapi permukaan sel darah merah tidak mengandungi antigen A atau B. Memandangkan antigen ini tiada, seseorang yang mempunyai jenis darah ABO boleh menerima jenis darah ini.

Terdapat juga jenis antigen ketiga yang disebut sebagai faktor Rh. Anda mungkin mempunyai antigen ini (yang bermaksud golongan darah anda adalah “Rh +” atau “positif”), atau anda tidak mempunyainya (yang bermaksud golongan darah anda adalah “Rh-” atau “negatif”). Oleh itu, daripada empat kumpulan darah di atas, terdapat lapan jenis darah di bawahnya iaitu:

  • A Positif atau A negatif
  • B positif atau B negatif
  • AB positif atau AB negatif
  • O positif atau O negatif

Mengapa mengetahui jenis darah kita adalah penting?

Kumpulan darah ditemui pada tahun 1901 oleh seorang saintis Austria bernama Karl Landsteiner. Sebelum itu, doktor berpendapat bahawa semua jenis darah adalah sama, sehingga ramai orang mati akibat pemindahan darah yang salah.

Sekiranya anda mencampurkan darah daripada dua individu dengan jenis darah yang berlainan, darah dapat membentuk ketulan yang mungkin membawa maut. Ini berlaku kerana individu yang menerima transfusi itu mempunyai antibodi yang akan melawan sel darah penderma, dan menyebabkan reaksi toksik.

Bagi menjadikan proses pemindahan darah sebagai satu proses yang selamat dan berkesan, ianya penting bagi penderma dan penerima untuk mempunyai jenis darah yang sama. Individu dengan darah negatif jenis O dianggap sebagai penderma sejagat kerana mereka dapat menderma kepada individu dari mana-mana jenis darah. Sebaliknya, individu dengan darah Jenis AB+ dianggap sebagai penerima sejagat kerana boleh menerima sebarang jenis darah.

Secara ringkasnya,

  • Seseorang dengan darah O negatif dapat menderma kepada hampir semua orang.
  • Seseorang yang mempunyai darah Rh negatif dapat menderma kepada individu yang mempunyai darah Rh-negatif atau Rh-positif.
  • Seseorang yang mempunyai darah Rh positif hanya boleh menderma kepada seseorang yang mempunyai darah Rh positif.

Adakah terdapat jenis darah yang jarang berlaku?

Ya, jenis darah yang paling jarang ditemui adalah Rhnull. Tidak seperti jenis darah lain, individu dengan darah Rhnull tidak mempunyai antigen pada sel darah merah mereka. Penyelidik menganggarkan bahawa hanya 1 dari 6 juta orang mempunyai darah jenis Rhnull.

Mempunyai jenis darah yang berlainan ini boleh menyukarkan atau bahkan menjadikan proses pemindahan darah atau pemindahan organ sebagai satu proses yang mustahi. Ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Sebagai contoh, jika darah mereka tidak sesuai dengan janin yang sedang berkembang, wanita hamil dengan jenis ini mungkin mengalami komplikasi serius.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/218285

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/blood-types-what-to-know#1

https://www.redcrossblood.org/donate-blood/blood-types.html

https://www.infoplease.com/math-science/biology/human-body/blood-types

Summary
Jenis-jenis Darah
Article Name
Jenis-jenis Darah
Description
Jenis darah bagi seseorang adalah berbeza berdasarkan faktor genetik . ABO pula adalah sistem paling terkenal untuk mengkategorikan jenis darah.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: