baju kurung

Baju kurung tradisional ialah pakaian tradisional untuk kaum Melayu perempuan. Perkataan baju kurung dipetik daripada perkataan Arab ‘djallabuyah‘, yang bermaksud baju longgar.

Di Malaysia, baju kurung dipakai semasa menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Negeri-negeri di Malaysia mempunyai reka bentuk dan potongan baju kurung yang berbeza.

Sejarah Baju Kurung Tradisional.

  • Baju kurung diperkenalkan oleh orang Islam dan India di Indonesia. Potongan baju ini dipercayai diterima kerana potongan leher berbentuk tunik.
  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, baju kurung telahpun wujud dan potongannya lebih singkat dan ketat. Oleh sebab itu, Tun Hassan Temenggung telah mengubah suai reka bentuk tersebut. Beliau telah mengubah baju kurung lebih panjang dan berleher bulat.

Jenis-jenis Baju Kurung Tradisional Mengikut Negeri Masing-masing.

Jom kita lihat satu per satu.

  • Baju kurung Sarawak

Baju kurung Sarawak selalunya menggunakan kain songket. Hiasan corak pada baju kurung dijahit menggunakan tangan. Ia membentuk motif-motif yang daripada tenunan, jalinan manik dan labuci.

  • Baju kurung tradisional Negeri Sembilan

Di negeri Sembilan, banyak kaum wanita suka mengenakan baju kurung Negeri Sembilan. Ia menggunakan kain sarung dan ia kurang sama dengan baju kurung Teluk Belanga dan Kebaya Labuh.

Bagi masyarakat keturunan Minangkabau, baju kurung mereka diperbuat daripada kain baldu bersulam benang emas. Selain itu, kain sarung diperbuat daripada kain songket yang ditenun khas dari Sumatera.

  • Baju kurung Kedah

Baju kurung Kedah berasal dari Selatan Thailand. Ia merupakan baju blaus pendek dan diperbuat daripada kapas. Baju kurung Kedah lebih longgar dan bagi bahagian leher dibuat bentuk potongan bujur sireh. Ia dipakai bersama kain sarung. Baju kurung Kedah ialah sebagai pakainan harian atau pakaian basahan untuk orang perempuan di Kedah.

  • Baju kurung Perak

Baju kurung Perak lebih istimewa kerana ia perlu dipakai dengan seluar dan sampin.  Ia juga mempunyai persamaan dengan baju kurung cekak musang.

  • Baju kurung Pahang

Ia dikenali sebagai Baju kurung Riau Pahang. Ini kerana sebagai simbolik pertalian antara kedua-dua negeri tersebut. Baju kurung Riau Pahang juga bernam sebagai Baju Belah ataupun Baju Kebaya Turki.

Kedua-dua bahagian tepi baju kurung ini berpesak bunga yang disambungkan dengan pesak gantung.

Selain itu, baju kurung ini dipakai dengan butang ganjil sama ada tujuh ataupun sembilan biji butang.

  • Baju kurung Melaka

Jenis baju kurung yang terkenal di Melaka iaitu baju kurung teluk belanga. Keunikan baju kurung ini adalah ia boleh diubah dengan gaya sendiri. Hiasan dada bagi baju kurung ini dihias dengan sibar layan dari baldu, manik dan labuci.

  • Baju kurung Cekak Musang

Baju kurung ini dipercayai telah dipengaruhi oleh gaya India dan China. Ini kerana reka bentuk pada struktur lehernya sama ada tengkuk cekak tinggi ataupun leher tegak.

  • Baju kurung Teluk Belanga

Baju kurung ini boleh dikenali sebagai baju kurung Johor. Ini kerana baju jurung ini telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda juga menetapkan reka bentuk baju kurung ini. Contohnya, labuh sampai ke bawah lutut, alas leher dijahit halus dan tidak mempunyai poket.

  • Baju kurung Johor

Pada zaman pemerintahan Sultan Johor, baju kurang telah diubahsuai dari zaman Sultan Abu Bakar ke Sultan Ibrahim. Baju kurung telah ditambah kocek. Kebanyakan kaum wanita akan pakai baju kurung semasa majlis rasmi.

Baju kurung Pesak

Potongan klasik dan mempunyai potongan pesak di bahagian kiri dan kanan baju.

Ini adalah jeni-jenis baju kurung tradisional yang terdapat di Malaysia. Anda perlu tahu dan kenali baju kurung tradisional Malaysia.

Sumber:

https://fesyenmoden.com/baju-kurung-kedah-moden-2018/

https://jejarum.wordpress.com/2017/08/07/jenis-jenis-baju-kurung/

Summary
Jenis-jenis Baju Kurung Tradisional Yang Terdapat di Malaysia
Article Name
Jenis-jenis Baju Kurung Tradisional Yang Terdapat di Malaysia
Description
Baju kurung tradisional ialah pakaian tradisional untuk kaum Melayu perempuan. Perkataan baju kurung dipetik daripada perkataan Arab 'djallabuyah', yang bermaksud baju longgar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: