ayat penyata

Mari mengenali dan belajar tentang jenis-jenis Ayat Penyata.

APA ITU AYAT PENYATA

Ayat penyata adalah ayat yang menerangkan dan dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Ayat penyata mesti mempunyai subjek, predikat dan tanda noktah.

Contoh Ayat:
Nurul membeli sebatang pensil.
Ahmad menunggang basikal sambil menyanyi.

Jenis-jenis ayat penyata adalah:

  • Ayat transitif dan ayat intransitif
  • Ayat aktif dan ayat pasif
  • Ayat songsang
  • Ayat nafi
  • Ayat inti dan ayat gabungan

AYAT TRANSITIF DAN AYAT INTRANSITIF

Ayat Transitif
Ayat transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.

Contoh Ayat :
Abang suka memancing ikan.
(Kata kerja “memancing mesti diikuti dengan objek, iaitu “ikan” supaya maksud ayat yang disampaikan lengkap)

Ayat Intransitif
Ayat intransitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.

Contoh Ayat :
Adik sedang tidur.
(kata kerja “tidur” jelas menunjukkan perbuatan adik yang tidak memerlukan objek sebagai pelengkap ayatnya)

Ayat intransitif tanpa pelengkap

Ayat intransitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh Ayat : Ibu dan kakak asyik berbual.

Ayat intransitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan.
Contoh Ayat : Ibu dan kakak asyik berbual di dapur.

Ayat intransitif berpelengkap.

Ayat intransitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat tersebut.
Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang kata kerjanya berawalan men-

Contoh Ayat:
Aminah mencuci pingan mangkuk.
Siti perlu menguasai bahasa Bahasa Inggeris dengan baik sebelum pergi ke luar negara.

Setiap ayat aktif boleh ditulis dalam bentuk pasif yang sepadan. Umpamanya, untuk ketiga-tiga ayat di atas, ayat pasif yang sepadan ialah:

Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding “ayat aktif” yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak mempunyai kelainan maksud kerana lawan ayat aktif ialah ayat pasif.

Contoh Ayat:
Pingan Mangkuk dicuci oleh Aminah.
Bahasa Inggeris yang baik perlu dikuasai oleh Siti sebelum pergi ke luar negara.

Ayat pasif untuk pelaku pertama dan kedua

Proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri daripada dua langka

  • Objek dipindahkan ke pangkal ayat;
  • Awalan meN digugurkan.

Contoh Ayat:
Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam.
Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu.

Kesalahan tidak menggugurkan meN

Ayat Aktif: Saya membeli kereta itu daripada Ali.
Ayat Pasif:
Kereta itu saya membeli daripada Ali.[salah]
Kereta itu saya beli daripada Ali. [betul]

Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif

Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Jadi kata bantu atau kata nafi tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif.

Kesalahan yang biasa berlaku:
Buku itu saya telah baca. [salah]
Buku itu telah saya baca. [betul]

Buku itu Ahmad baca. [salah]
Buku itu dibaca oleh Ahmad. [betul]

Surat itu abang hantar semalam. [salah]
Surat itu dihantar semalam oleh abang. [betul]

ayat penyata

AYAT SONGSANG

Ayat Songsang terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa iaitu subjek + predikat.
Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.

Jenis Ayat Songsang

Pendepanan seluruh predikat.
Contoh Ayat:
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. [susunan biasa]
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. [susunan songsang]

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Contoh Ayat:
Ibu saya / dia. [susunan biasa – ibu saya sebagai subjek]
Dialah / ibu saya. [susunan songsang]

Pendepanan sebahagian daripada predikat.
Contoh Ayat:
Kereta Kak Zue /sangat besar. [susunan ayat biasa]
Sangat / besar Kak Zue. [susunan ayat songsang]

Rumah Minah /sangat cantik. [susunan ayat biasa]
Sangat cantik / rumah minah. [susunan ayat songsang]

Cikgu Jo /sangat garang. [susunan ayat biasa]
Sangat garang /Cikgu Jo. [susunan ayat songsang]

Atuk /masih sihat. [susunan ayat biasa]
Masih sihat /Atuk. [susunan ayat songsang]

Pelajar merempuh masuk /ke dalam dewan. [susunan ayat biasa]
Ke dalam dewan/ pelajar merempuh masuk. [susunan ayat songsang]

Cincin emas itu /untuk ibu. [susunan ayat biasa]
Untuk ibu /cincin emas itu. [susunan ayat songsang]

AYAT NAFI
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata “bukan” dan “tidak“. Secara umumnya, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu.

Contoh Ayat:
Juju bukan kakak kepada Mimi.
Siti bukan pelajar yang terakhir masuk ke kelas.

AYAT INTI DAN AYAT GABUNGAN

Ayat Inti

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna.

Contoh Ayat:
Itu buku.
Kucing ini menangkap tikus.
Pisau ini tajam.
Kami ke Kuala Lumpur.

Ayat Gabungan

Ayat Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
Ayat gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya

Contoh Ayat:
Lili masuk ke dalam bilik.[Ayat komponen1]
Lili tidur.[Ayat komponen2]
Lili masuk ke bilik lalu tidur.[Ayat gabung]

Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:

Ayat dengan ayat
Saleha rajin belajar.[Ayat komponen1]
Dia mendapat keputusan cemerlang. [Ayat komponen2]
Saleha rajin belajar dan dia mendapat keputusan cemerlang.[Ayat gabung]

Subjek dengan subjek
Lan suka main bola.[Ayat komponen1]
Daud suka main bola.[Ayat komponen2]
Lan dan Daud suka main bola.[Ayat gabung]

Predikat dengan predikat
Mereka pergi bercuti.[Ayat komponen1]
Mereka menganggap percutian itu sangat menyeronokkan.[Ayat komponen2]
Mereka pergi bercuti kerana meraka menganggap percutian itu sangat menyeronokkan.[Ayat gabung]

Adverba dengan adverba
Saya akan bertemu Ramli.[Ayat komponen1]
Jika tidak hari ini, saya akan bertemuanya besok.[Ayat komponen2]
Saya akan bertemu Ramli pada hari ini atau besok.[Ayat gabung]

Objek dengan objek.
Yong membeli pensil di kedai itu.[Ayat komponen1]
Yong membeli buku di kedai itu.[Ayat komponen2]
Yong membeli pensil dan buku di kedai itu.[Ayat gabung]

Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
Sedangkan dia tidak pergi menonton wayang, apatah lagi saya.[Ayat gabung]

Semoga perkongsian ini dapat memberi mafaat kepada anda semua.

Sumber:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu

http://arezeebpunyer.blogspot.com/2017/07/kata-kerja-transitif-tak-transitif.html

http://cikgunonblog.blogspot.com/2016/03/ayat-majmuk-1.html

http://bmpmrspm.blogspot.com/2020/10/tatabahasa-ayat-songsang.html

https://www.wikihow.com/Write-a-Children%27s-Book

https://www.wikidata.org/wiki/Lexeme:L536

Summary
Jenis-jenis Ayat Penyata
Article Name
Jenis-jenis Ayat Penyata
Description
Ayat penyata adalah ayat yang menerangkan dan dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Jenis-jenis ayat penyata adalah
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: