jenis bunga

Mengikut sejarah, setiap jenis bunga berlainan maksud. Pada era dan tempat yang berlainan, bunga yang sama membawa makna yang berbeza.

Bunga digunakan untuk meluahkan kata cinta, melegakan duka, mengucapkan tahniah di atas pekerjaan yang dilakukan dengan baik dan meraikan persahabatan. Bunga telah lama menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Melayu.

Bunga banyak menolong individu dalam meluahkan emosi mereka. Untuk mengelak sebarang salah faham, adalah lebih selamat jika anda menulis sendiri makna bunga yang kirimkan kepada seseorang pada zaman kini. Berikut adalah kosa kota yang dikumpulkan dari sumber lampau hingga kini.

JENIS BUNGA ROS DAN MAKSUDNYA

1. Bunga Ros Putih

Bunga ros putih sering dikaitkan dengan kesucian, keluhuran dan para pemuda. Ini adalah kerana simbolasinya terhadap cinta muda and kesetiaan abadi, bunga ros putih seringkali dirujuk sebagai bunga perkahwinan.

Bunga ros putih juga bermaksud permulaan yang baru dan kasih yang berpanjangan.

2. Bunga Ros Gading

Walaupun kelihatan seakan bunga ros putih, bunga ros gading mempunyai maksud yang sangat berbeza. Mereka dikatakan mewakili sifat menambat hati, timbang rasa dan sopan santun.

Bunga ros gading juga sering dikaitkan dengan kekayaan dan kebijaksanaan, Ia sangat sesuai diberikan kepada seseorang yang anda ambil berat, walaupun anda tidak bermaksud untuk menjadi romantik.

3. Bunga Ros Kuning

Bunga ros kuning dahulunya disimbolasikan sebagai sifat cemburu, tetapi sekarang ia lebih membawa makna persahabatan, gembira dan ambil berat. Kemesraan, kebahagiaan, kesenangan dan kasih sayang semua dijelaskan pada bunga ros berwarna kuning ini.

Juga digunakan sebaga tanda ucap selamat maju, selamat kembali dan ingat saya. Bunga ros kuning sesuai buat sahabat rapat atau seseorang yang perlu digembirakan. Sesuai dipadankan bersama bunga matahari yang cantik.

4. Bunga Ros Pic

Bunga ros pic yang manis ini membawa symbol kesederhanaan, keaslian, kejujuran dan rasa bersyukur. Ia adalah cara yang terbaik untuk mengucap “terima kasih” dan merupakan hadiah yang baik untuk diberikan ketika sudah selesai membuat urusan perniagaan, sebagai contoh.

Bunga ros pic ini juga boleh diberikan untuk meluahkan rasa duka kepada orang tersayang atau kawan rapat. Sebarang warna daripada bunga ranunculus sesuai dipadankan dengan bunga ros pic.

5. Bunga Ros Merah Jambu

Apakah maksud di sebalik bunga ros merah jambu? Bunga ros merah jambu dikaitkan dengan sifat kewanitaan, budi pekerti dan kemanisan. Walaubagaimanapun, bergantung kepada tona merah jambu yang digunakan, ia mungkin akan membawa maksud yang lain.

Warna merah jambu pekat atau terang menjelaskan maksud terima kasih, penghargaan, pengakuan dan sangat baik digunakan sebagai ucapan “terima kasih” manakala merah jambu pucat atau cerah, membawa maksud keanggunan, kelembutan, girang dan kebahagiaan.

Bunga ros merah jambu sesuai dengan hampir apa sahaja terutamanya sekali sejambak peonies.

6. Bunga Ros Gandaria

Bunga ros gandaria adalah jenis yang lain daripada yang lain, bunga ros yang cantik dan memberi kesan yang besar. Godaan, kekaguman, kecantikan dan misteri adalah sifat yang sering dikaitkan dengan bunga ros gandaria ini, senang kata cinta pandang pertama.

Jadi, kepada sesiapa yang ada minat pada seseorang itu, bagi lah bunga ini pada si dia! Nak lagi cantik, tambah bunga teluki.

7. Bunga Ros Biru

Simbolik bunga ros biru lebih kepada sifat misteri,ketidakpastian dan impian yang tidak tecapai. Bila anda beri seseorang bunga ros biru ini, anda seolah berkata kepadanya “awak seorang yang unik dan menakjubkan”.

Wanita yang hidup berdikari sangat sesuai diberikan bunga sebegini. Ia sudah cantik dengan sendirinya namun jika anda tambah bunga calla lili kecil berwarna ungu gelap, ia akan bertambah cantik.

8. Bunga Ros Hitam

Bunga ini pula bunga misteri yang membawa beberapa makna. Sering dikaitkan dengan kematian dan kepiluan, dan biasanya didapati ketika adanya kematian. Bunga hitam, dari sudut lainnya, membawa makna yang positif.

Mereka mewakili keinginan untuk memulakan sesuatu yang baru atau sedikit perubahan di dalam kehidupan. Bunga ros hitam memberi ilham bahawa akan bermulanya era baru, di samping itu sifat optimis dan dorongan.

9. Bunga Ros Merah

Simbol sejagat bagi cinta selalu dikaitkan dengan bunga ros merah. Semua orang sedia maklum bila dapat saja bunga ros merah, itu tandanya si pemberi mengucapkan “saya sayang awak”. Warna ini mewakili rasa kasih mendalam seperti cinta atau rasa rindu terhadap seseorang.

Tona merah yang berbeza bermaksud rasa kasih di peringkat yang berlainan. Bunga ros merah terang tradisional sebagai contoh, membawa simbol romantis, di mana warna burgundy menunjukkan perasaan anda masih lagi tidak terluah.

10. Bunga Ros Oren

Bunga ros oren pula lebih kepada rasa semangat dan keghairahan, membuatkan mereka alternatif yang unik kepada bunga ros merah sewaktu Hari Valentine, atau perayaan lain di mana pada kebiasaannya bunga ros dibeli.

Menghantar bunga ros oren menyampaikan maksud romantis, tetapi tidak berkesan seperti menghantar bunga ros merah.

Selain keghairahan jikalau anda campur bunga ros merah, oren dan kuning ia membawa maksud fasa awal romantis, terutama sekali jika ia bermula daripada persahabatan,

Bunga ros oren adalah pilihan selamat untuk fasa awal persahabatan, tetapi mereka juga menyediakan perubahan yang baik daripada bunga ros merah untuk perhubungan jangka panjang.

Menjual jambangan bunga sedang mendapat permintaan tinggi ketika ini. Penjual akan menggandingkan bunga lain untuk menaikkan lagi warna bunga pilihan pelanggan. Selain menjadi orang tengah untuk menghantar hadiah berharga ini buat pasangan yang sedang hangat bercinta, mereka juga membawa kesedaran agar kita lebih menghargai bunga-bunga.

SUMBER:

https://home.howstuffworks.com/how-to-arrange-flowers9.htm

https://www.fiftyflowers.com/blog/rose-color-meanings

https://www.ftd.com/blog/give/rose-color-meanings

Summary
Jenis Bunga; 10 Jenis Bunga Ros dan Maksudnya
Article Name
Jenis Bunga; 10 Jenis Bunga Ros dan Maksudnya
Description
Mengikut sejarah, setiap jenis bunga berlainan maksud. Pada era dan tempat yang berlainan, bunga yang sama membawa makna yang berbeza.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: