baju kebaya tradisional

Terdapat pebagai jenis baju kebaya tradisional di malaysia yang dipakai oleh rakyatnya. Baju Kebaya ialah pakaian tradisional khas Indonesia yang dikenakan oleh wanita di Indonesia, dan juga di Singapura, Malaysia dan Brunei kerana pengaruh Jawa. Ia diperbuat daripada kain kasa dipasangkan dengan sarung, batik atau pakaian tradisional lain seumpamanya seperti songket dengan motif pelbagai corak dan warna.

Kebaya berasal daripada pulau Jawa dan kemudian menyebar ke seluruh bahagian Nusantara (Bali, Sumatera, Melaka, Sulawesi) selama masa kejayaan kerajaan-kerajaan Jawa, khususnya dibawah kekuasaan empayar Majapahit yang mempunyai pengaruh besar di wilayah maritim Asia Tenggara. Baju kebaya dipercayai sebagai hasil dari asimilasi budaya masyarakat Jawa yang menggunakan kemban dibahagian dalam dan budaya Arab yang menggukan jubah abaya. Setelah berlakunya asimilasi budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.

Sebelum tahun 1600an, kebaya adalah pakaian khas yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di pulau Jawa. Selama zaman penjajahan Belanda di Indonesia, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi mengikut kebiasaan pakaian tradisional kerajaan-kerajaan dan masyarakat Jawa. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.

Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi desain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih modern seperti untuk acara wisuda, kebaya untuk pesta, dan lain-lain. Kebaya yang dimodifikasi boleh dikenakan dengan seluar jeans.

Jenis Baju Kebaya Tradisional di Malaysia

Baju Belah Kebaya Panjang

baju kebaya tradisional

Johor juga terkenal dengan baju kebaya tradisional , sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

Kebaya Riau-Pahang

baju kebaya tradisional

Di Pahang pula, baju kebaya tradisional dikenali sebagai baju Riau Pahang atau dipanggil Kebaya Turki, perbezaan Kebaya ini dengan Kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain dan dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

Kebaya Nyonya

baju kebaya tradisional


Fabrik kasa rubia biasa digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dan kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan untuk membuat Kebaya Nyonya adalah daripada jenis yang bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya.

Kebarung

baju kebaya tradisional


Kebarung adalah gabungan singkatan perkataan baju kebaya dan baju kurung. Ia, berasal dari Negeri Selangor dan amat popular serta diminati pada awal 90-an. ia juga merupakan baju kebaya tradisional yang terdapat di Malaysia.

Kebaya Chitty

baju kebaya tradisional


Seperti wanita Selat atau Nyonya Cina, Kaum India Chitty juga mempunyai kebaya tersendiri dan mempunyai perbezaan di antara kebaya yang dipakai oleh Peranakan India dan Cina. Kebaya Chitty agak konservatif amnya memihak kepada bahan legap untuk kebaya mereka, berbanding kebaya Nyonya yang lebih suka kain separa telus. Kebaya Chitty juga cenderung untuk plainer, dengan sulaman halus atau tiada langsung – Tidak seperti Nyonya kebaya, yang sering dihiasi dengan jahitan yang agak teliti dan halus. Satu lagi perbezaan adalah bahawa wanita Chitty juga memakai kebaya labuh (kebaya panjang) serta kebaya pendek (kebaya hip-panjang digemari oleh Nyonya).

Kebaya Songket

baju kebaya tradisional

Kebaya Songket baju kebaya tradisional ialah hasil asimilasi dari budaya masyarakat Jawa dan masyarakat Palembang, pakaian kebaya yang asalnya dari Jawa direka ulang dan dibuat dari kain songket yang sememangnya ialah jenis kain yang asal usulnya berasal daripada Palembang. Masyarakat Palembang yang banyak merantau ke kepulauan Riau, Singapura, dan Melaka menjadikan kebaya songket dikenali dan menjadi bahagian yang tak dapat dipisahkan dari budaya Palembang, Jawa, dan Melayu yang hidup di Indonesia, Singapura, dan Malaysia.

Kebaya Saloma
Biduanita Puan Sri Saloma boleh dianggap sebagai pencipta atau pencetus trend fesyen dan gaya berpakaian wanita Malaya sejak muncul sebagai penyanyi dan pelakon filem pujaan ramai. Pada zaman 1950-an di mana orang Melayu kuat dicengkam adat dan berpegang teguh kepada tata susula Timur, Saloma muncul dengan gaya berpakaian ‘asing’ bagi masyarakat Melayu ketika itu. Saloma mempopularkan fesyen pakaian ketat, menampakkan bentuk badan, potongan melepasi bahu dan menampakkan dada. Saloma turut memperagakan pelbagai jenis kebaya yang menjadi menjadi ikutan wanita Melayu pada zamannya. Fesyen pakaian dengan potongan kain kipas dan kembang, tangan melepai menjadi kemestian wanita dan artis wanita pada waktu itu. Begitu juga dengan pakaian luar ala kot yang dicetuskannya turut manjadi ikutan ramai.

Kebaya di Selangor
Selangor juga mempunyai kebaya tersendiri selain daripada kebarung. Kebaya Selangor mepunyai identit tersendiri iaitu tidak mempunyai kolar, kebaya jenis ini pernah diperagakan oleh Datuk Michelle Yeoh ketika hadir dalam majlis peranugerahan gelaran Datuk pada tahun 2001

Kebaya di Pulau Pinang
Kebaya Nyonya popular di Pulau Pinang namun bergitu terdapat juga kebaya dari kaum Jawi Peranakan yang merupakan salah satu baju kebaya tradisional iaitu kaum India Muslim seperti Kaum Mami dan Mamak. Kebaya bagi kedua-dua kaum ini berbeza iaitu, kaum Mami lebih gemar mengunakkan kain lace dihiasi sulaman labuci berbeza dengan kaum mamak yang lebih gemar mengunakkan kain Sari untuk dijadikan Kebaya.

Semoga anda dapat mengenali jenis baju kebaya tradisional yang terdapat di Malaysia.

sumber:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_Kebaya_di_Malaysia

Tagged: