Now Reading
Jengka Wonderland, Tempat Menarik di Pahang

Jengka Wonderland, Tempat Menarik di Pahang

jengka wonderland

Jengka Wonderland telah menjadi tarikan utama di Pusat Bandar Jengka,keluasan 1.2 hektar dikelilingi suasana deko kehijauan hutan dan mengadaptasikan konsep ‘Middle Eastern Architectural’.

Dibuka untuk orang umum pada awal bulan Disember 2020, dengan menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa seperti 1 menara dengan 5 Water slides , Kapal Lanun , replika Pantai Berombak dan Meriam air

Mohd Rafi Ekramuddin ( operator ) menyatakan, Jengka Wonderland telah menerima 3000 orang pengunjung. Selaras dengan tema berkonsepkan elemen kekeluargaan, pengunjung juga dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan selain membeli makanan dan minuman di kafe, kerana mereka ingin mewujudkan suasana yang selesa untuk sekeluarga di J.W.

Sejak tarikan di taman menjadi viral di sosial media beberapa bulan yang lalu, ramai yang bertanya dan berminat, jadi keputusan kami untuk membuka taman pada hari cuti sekolah adalah tepat. Buat masa sekarang K.W dapat menampung 5000 pengunjung sewaktu’’

Adaptasikan konsep daripada seni reka bina negara timur tengah dan Roma yang berwarna terang membuat kan nama JENGKA WONDERLAND sesuai dengan elemen fantasi.

Ekramuddin menyatakan bahawa beliau sangat yakin JENGKA WONDERLAND akan mendapat sambutan yang baik sungguhpun terletak di dearah kecil berdasarkan kajiselidik sosial dikalangan penduduk di Felda Skim. Selain menjadi tempat beriadah, penduduk setempat telah menyedari faedah sampingan taman air yang telah membuka peluang pekerjaan dan menaik taraf ekonomi perbandaran.

Cara Menuju Ke Jengka Wonderland

Suasana segar alam semulajadi di taman tema yang berkeluasan 1.2 hektar juga dikelilingi dengan pemandangan perladangan kelapa sawit membuatkan ia terkenal di kalangan pengunjung. Untuk yang memandu kereta sendiri atau menaiki bus ekpress, perjalanan dianggar selama 40 minit daripada Plaza Tol Chenor. Yang menaiki bus, boleh turun di Terminal Bas Jengka sentral tidak jauh daripada taman tema

Alamat : PT18047/1, Jalan Kilang, Persekitaran JPJ, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang

Google Maps : Jengka Wonderland

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 10.30 am – 7.30 pm
  • Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah : 9 am – 7.30 pm
  • Khamis : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah
  • Harga Tiket Jengka Wonderland

Pihak pengurusan telah menggunakan kadar harga tiket kemasukkan dengan menambahkan cukai hiburan sebanyak 25%. Ianya diselaraskan pada 5 april 2019 tetapi harganya masih berada ditahap mampu milik oleh semua jenis pengunjung.

Bayaran Tiket

  • Dewasa – RM18
  • Kanak-kanak (2 – 12 Tahun) – RM15
  • OKU & Warga Emas – RM10

Tarikan Utama di Jengka Wonderland

Di sini, Semua golongan dewasa dan kanak-kanak dijaminkan kepuasan keseronokkan kerana disedikan pelbagai aktiviti menarik dan keunikkan seni bina bangunan timur tengah dan roma. J.W terbahagi kepada 5 zon kolam , antaranya:

  • Kolam pantai berombak kedalaman 5′
  • Kolam dewasa/kanak2 gelongsor kedalaman 1.5′
  • Kolam permainan bot kedalaman 1.5′
  • Sungai sepanjang 500m kedalaman

Kalau anda lapar dan penat selepas beriadah, sebagai pengunjung anda dapat menjamu selera di café Jengka Wonderland yang chef nya sangat terkenal. Sekiranya mahu suasana yang lebih mesra sambil santai berkelah, pengunjung dibenarkan bawa makanan sendiri dari luar water park. Semuanya bertujuan untuk membawa kenangan yang manis bersama keluarga.

See Also
Bidaisari Resort

Keselesaan pengunjung adalah perkara utama diambil tahu, maka pelbagai kemudahan disediakan seperti 1000 unit tempat duduk, cafe, pelampung, tandas, surau, bilik persalinan, kiosk makanan, loker, gazebo dan Hobbits House. Untuk ahli keluarga yang ramai, dapat menyewa gazebo dan hobbit house untuk berteduh atau berehat

Kadar sewa

  • Gazebo – RM40
  • Hobbits House – RM65

Diktirafkan sebagai negeri terbesar di Malaysia, Negeri Tok Gajah, Pahang, semestinya mempunyai lokasi yang menarik untuk dikunjungi contohnya seperti Jengka Wonderland, iaitu taman air yang pertama dibina dirantau Felda. Siapa sangka akan dibina tempat beriadah sehebat Jengka Wonderland di felda, Kawasan yang agak terpencil.

Ianya dapat memberikan kepuasan keseronokan kepada pengunjung tempatan sudah memadai sungguhpun tidak sehebat dengan taman tema yang terdapat di Malaysia seperti Sunway Lagoon.Yang penting, Jengka Wonderland sering menerima pengunjung luar juga, maka terjaminlah taraf ekonomi penduduk Felda.

Oleh itu marilah kita bersama-sama meningkatkan ekonomi setempat di negara kita. Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua! Selamat meneroka aktiviti di Jengka Wonderland.

Sumber:

https://www.ausleisure.com.au/news/malaysias-jengka-wonderland-water-park-opens/

https://lokasipercutian.com/jengka-wonderland-pahang/

error: Content is protected !!