jantung
Jantung berada di pusat sistem peredaran darah anda, yang merupakan rangkaian saluran darah yang menghantar darah ke setiap bahagian badan. Darah membawa oksigen dan nutrien penting lain yang diperlukan oleh semua organ badan untuk kekal sihat dan berfungsi dengan baik.

Apakah itu jantung

Jantung berada di pusat sistem peredaran darah anda, yang merupakan rangkaian saluran darah yang menghantar darah ke setiap bahagian badan. Darah membawa oksigen dan nutrien penting lain yang diperlukan oleh semua organ badan untuk kekal sihat dan berfungsi dengan baik.

Jantung anda adalah otot, dan tugasnya adalah mengepam darah ke seluruh sistem peredaran darah.

Anatomi jantung

Jantung terletak di antara paru-paru di tengah dada anda, di belakang dan sedikit sebelah kiri tulang dada anda (sternum). Membran dua lapisan yang disebut perikardium mengelilingi jantung anda seperti kantung. Lapisan luar perikardium pula mengelilingi akar saluran darah utama jantung dan dilekatkan oleh ligamen ke ruang tulang belakang, diafragma dan bahagian lain badan anda.

Seterusnya, jantung mempunyai 4 ruang. Ruang atas disebut atria kiri dan kanan, dan ruang bawah disebut sebagai ventrikel kiri dan kanan. Dinding otot yang disebut septum memisahkan atria kiri dan kanan serta ventrikel kiri dan kanan.

Ventrikel kiri adalah ruang terbesar dan terkuat di jantung anda. Dinding di ruang ventrikel kiri setebal hanya sekitar setengah inci, tetapi ia mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk mendorong darah melalui injap aorta dan masuk ke dalam badan anda.

Injap jantung

Empat injap mengatur aliran darah ke jantung anda:

  • Injap ‘tricuspid’ mengatur aliran darah antara atrium kanan dan ventrikel kanan.
  • Injap pulmonari mengawal aliran darah dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari, yang membawa darah ke paru-paru untuk mengambil oksigen.
  • Injap mitral membolehkan darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru anda melintasi dari atrium kiri ke ventrikel kiri.
  • Injap aorta membuka jalan bagi darah yang kaya dengan oksigen untuk mengalir dari ventrikel kiri ke aorta iaitu arteri terbesar dalam badan.

Bagaimana jantung berfungsi

Setiap hari, jantung anda berdegup sekitar 100,000 kali. Ia terus mengepam sekitar 5 liter darah ke seluruh badan anda melalui rangkaian saluran darah yang disebut sebagai sistem peredaran darah anda. Darah ini memberikan oksigen dan nutrien ke seluruh bahagian badan, dan mengeluarkan karbon dioksida dan produk buangan yang tidak diingini.

Jantung dan sistem peredaran darah bekerjasama untuk menyalurkan darah ke organ supaya mereka dapat berfungsi dengan baik.

Kedua-dua belah jantung anda adalah terpisah, tetapi saling bekerjasama. Terdapat empat injap di jantung anda yang mana ia bertindak seperti pintu yang terbuka dan ditutup, bagi memastikan darah anda bergerak dalam satu arah. Injap di jantung anda adalah:

  • injap ‘tricuspid’ dan injap pulmonari di sebelah kanan jantung
  • injap mitral dan injap aorta di sebelah kiri

Semasa otot jantung anda mengecut, ia mendorong darah ke jantung anda.

  • Jantung mengepam darah dari sebelah kiri, melalui aorta (arteri utama yang meninggalkan jantung) dan masuk ke dalam arteri.
  • Darah bergerak melalui arteri, yang terbahagi kepada saluran darah yang lebih kecil yang disebut kapilari. Dengan melalui rangkaian kapilari ini, darah boleh sampai ke setiap bahagian badan anda.
  • Darah yang tidak beroksigen kemudian bergerak kembali ke jantung melalui urat yang menjurus ke sebelah kanan jantung anda.

Masalah kesihatan biasa berkaitan jantung

Masalah dengan jantung dan sistem peredaran darah berlaku apabila arteri menjadi sempit. Ini boleh terjadi disebabkan penumpukan bahan berlemak secara beransur-ansur (disebut atheroma) di dinding saluran darah. Selepas satu tempoh, arteri anda mungkin tersumbat sehingga tidak dapat memberikan darah yang mencukupi ke jantung atau otak anda. Ini seterusnya boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan demensia vaskular.

Penyakit jantung dan peredaran darah (juga disebut penyakit kardiovaskular) adalah masalah pada jantung dan sistem peredaran darah anda.

  • Penyakit jantung koronari (serangan jantung dan angina) – arteri koronari menjadi sempit disebabkan penumpukan bahan lemak di dindingnya.
  • Penyakit jantung kongenital – keadaan jantung atau kecacatan yang berkembang di rahim, sebelum bayi dilahirkan.
  • Keadaan jantung yang diwarisi – ini kadangkala disebut sebagai keadaan jantung genetik atau keadaan jantung diwarisi yang mana ia boleh mempengaruhi individu dari pelbagai lapisan usia.
  • Strok – ia berlaku apabila aliran darah ke bahagian otak anda terputus. Ini boleh menyebabkan sel-sel otak menjadi rosak atau mati
  • Demensia vaskular – keadaan ini berlaku apabila terdapat masalah dengan bekalan darah ke kawasan otak anda.

Selain itu, menghidap diabetes juga boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah anda. Ini meningkatkan risiko anda menghidap penyakit jantung dan masalah berkaitan peredaran darah dalam badan.

Cara menjaga jantung anda

Menjaga kesihatan jantung yang baik secara semula jadi bermula dengan perubahan gaya hidup sederhana seperti:

  • Makan makanan yang sihat. Ambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan makanan yang diproses dan kurangkan pengambilan lemak tidak sihat, gula halus dan sodium (garam). Periksa label makanan dan perhatikan kadar kolesterol anda. Sertakan banyak lemak sihat seperti ikan dan kacang yang merupakan sumber hebat dan banyak biji-bijian.
  • Kurangkan berat badan berlebihan. Berat badan berlebihan atau obesiti secara signifikan dapat meningkatkan risiko anda mendapat penyakit jantung. Biasanya, individu yang obes akan mempunyai faktor risiko penyakit jantung yang lain, seperti tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi. Malah, obesiti juga dapat meningkatkan risiko anda untuk penyakit lain, termasuk artritis, diabetes, dan juga kemurungan.
  • Jadi lebih aktif. Banyak kajian menunjukkan peranan penting latihan dalam menjaga jantung yang sihat. Senaman meningkatkan aliran darah ke jantung bagi mendapatkan oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk tetap sihat. Selain itu, menjadi lebih aktif secara fizikal membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih, yang juga dapat menurunkan risiko anda terkena penyakit jantung. Akhir sekali, senaman yang teratur dapat membantu anda mengurangkan tekanan, yang dilihat terlibat dalam pelbagai penyakit, termasuk penyakit jantung.
  • Berhenti merokok. Merokok adalah tidak baik untuk jantung anda, buruk untuk urat anda dan secara keseluruhannya adalah buruk bagi anda. Walaupun ia bukan perkara yang mudah, tetapi ada produk dan kumpulan sokongan untuk memberi anda bantuan dan motivasi yang anda perlukan untuk berjaya.
  • Periksa kesihatan jantung dengan kerap. Ianya adalah penting untuk menjalani ujian pemeriksaan fizikal tahunan terutamanya jika anda mempunyai sejarah penyakit jantung peribadi atau keluarga, atau jika anda mempunyai faktor risiko lain seperti merokok, obesiti, darah tinggi, kolesterol tinggi atau usia yang lebih tua.

SUMBER

https://www.bhf.org.uk/informationsupport/how-a-healthy-heart-works

https://www.premierheartandveincare.com/can-take-care-heart-naturally

https://www.afwomensmed.com/health-library/hw-view.php?DOCHWID=tx4097abc

https://www.texasheart.org/heart-health/heart-information-center/topics/heart-anatomy/

Summary
Jantung : Ketahui lebih banyak mengenai organ pernafasan ini
Article Name
Jantung : Ketahui lebih banyak mengenai organ pernafasan ini
Description
Jantung berada di pusat sistem peredaran darah anda, yang merupakan rangkaian saluran darah yang menghantar darah ke setiap bahagian badan. Darah membawa oksigen dan nutrien penting lain yang diperlukan oleh semua organ badan untuk kekal sihat dan berfungsi dengan baik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: