Now Reading
Langkah Penjagaan Jangkitan E. Coli

Langkah Penjagaan Jangkitan E. Coli

Jangkitan E. Coli

Jangkitan E. Coli merujuk kepada kepelbagaian bakteria yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk keradangan paru-paru.

Kebanyakan jenis ‘E. coliare’ tidak berbahaya kepada manusia. Namun begitu, sesetengah jenis jangkitan E. coli boleh menyebabkan loya, muntah dan demam.

 

Jenis Jangkitan E. coli

Terdapat kira-kira 200 jenis bakteria ‘mycoplasma’, tetapi kebanyakannya tidak berbahaya. Jenis bakteria yang selalunya membimbangkan doktor adalah:

  • ‘Mycoplasma pneumoniae’.
  • ‘Mycoplasma genitalium’.
  • ‘Mycoplasma hominis’.
  • ‘Ureaplasma urealyticum’.
  • ‘Ureaplasma parvum’.

 

Punca Jangkitan E. coli

Dalam kebanyakan jenis E. coli, hanya beberapa sahaja yang boleh menyebabkan cirit-birit. Satu kumpulan E. coli termasuk O157: H7 boleh menghasilkan toksin kuat yang dapat merosakkan lapisan usus kecil. Ini akan menyebabkan cirit-birit berdarah pada sesetengah individu. Anda juga boleh mengalami jangkitan E. coli apabila anda mengambil bakteria jenis ini.

Jika dibandingkan dengan penyakit lain yang berpunca daripada bakteria, E. coli boleh menyebabkan jangkitan walaupun diambil dalam kuantiti yang sedikit. Oleh sebab itu, anda boleh menjadi sakit disebabkan virus E. coli setelah memakan daging ‘hamburger’ yang tidak masak sepenuhnya atau setelah menelan air kolam yang tercemar.

Sumber yang berpotensi untuk terdedah dengan virus ini termasuklah makanan atau air yang tercemar dan sentuhan peribadi dengan individu lain.

 

– Makanan yang tercemar

Cara paling biasa untuk memperoleh jangkitan E. coli adalah dengan makan makanan yang tercemar, seperti:

  • Daging lembu. Apabila lembu disembelih dan diproses, bakteria E. coli dalam usus mereka boleh pergi ke bahagian daging. Daging lembu yang menggabungkan daging dari lembu yang berbeza boleh meningkatkan risiko pencemaran makanan.
  • Susu yang tidak dipasteurisasi. Bakteria E. coli pada puting susu (udder) lembu atau pada peralatan pemerah susu boleh masuk ke dalam susu mentah.
  • Hasil segar. Limpahan air dari ladang lembu boleh mencemarkan sawah yang menanam hasil yang segar. Sayuran tertentu, seperti bayam dan salad sangat mudah terdedah kepada pencemaran jenis ini.

– Air tercemar

Najis manusia dan haiwan boleh mencemarkan air pada tanah dan permukaan, termasuk sungai, tasik dan air yang digunakan untuk mengairi tanaman. Walaupun sistem air awam menggunakan klorin, cahaya ultraviolet atau ozon untuk membunuh E. coli, sesetengah wabak telah dikaitkan dengan bekalan air yang tercemar.

Telaga persendirian adalah penyebab yang lebih membimbangkan kerana ia selalunya tidak mempunyai sistem pembasmian kuman. Bekalan air luar bandar mungkin merupakan air yang paling tercemar. Sesetengah orang juga telah dijangkiti bakteria ini selepas berenang di kolam atau tasik yang tercemar dengan najis.

 

– Sentuhan peribadi

Bakteria E. coli dapat dijangkiti dengan mudah dari satu individu ke individu lain, terutama apabila orang dewasa dan anak-anak yang dijangkiti tidak mencuci tangan dengan betul. Ahli keluarga dengan anak-anak yang terkena jangkitan E. coli sangat berpontensi untuk memperolehnya sendiri. Wabak juga boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang melawat zoo dan kandang haiwan di pameran daerah.

 

 

Simptom Jangkitan E. coli

Tanda-tanda dan simptom jangkitan E. coli biasanya bermula tiga atau empat hari selepas individu terdedah kepada bakteria. Anda mungkin boleh menjadi sakit sejurus selepas sehari ataupun selepas lebih seminggu dijangkiti. Tanda dan gejala jangkitan E. coli termasuklah:

  • Cirit-birit, yang berbeza seperti jenis yang ringan, berair mahupun jenis yang serius dan berdarah.
  • Kekejangan, sakit atau rasa lembut pada abdomen.
  • Mual dan muntah bagi sesetengah orang.

 

Diagnosis Jangkitan E. coli

Doktor akan menghantar sampel najis anda ke makmal untuk menguji kehadiran bakteria E. coli sebelum membuat diagnosis. Bakteria boleh dibiakkan bagi tujuan untuk mengesahkan diagnosis dan mengenal pasti toksin tertentu seperti yang dihasilkan oleh E. coli O157: H7.

 

Faktor Risiko Jangkitan E. Coli

E. coli boleh menjejaskan sesiapa sahaja yang terdedah kepada bakteria ini. Namun begitu, sesetengah orang lebih cenderung untuk mengalami masalah ini berbading yang lain. Faktor risiko termasuklah:

  • Umur. Kanak-kanak dan orang dewasa lebih berisiko mengalami penyakit yang disebabkan oleh E. coli dan komplikasi yang lebih serius berpunca daripada jangkitan virus ini.
  • Sistem imun yang lemah. Individu yang mempunyai sistem imun yang lemah kesan daripada penyakit AIDS, ubat untuk merawat kanser atau kerana mencegah penolakan pemindahan organ lebih cenderung menjadi sakit kerana E. coli.
  • Makan makanan yang tertentu. Makanan yang lebih berisiko termasuklah daging ‘hamburger’ yang tidak masak sepenuhnya, susu yang tidak dipasteurisasi, jus atau ‘cider’ epal dan keju lembut yang diperbuat daripada susu mentah.
  • Tempoh yang tertentu. Majoriti jangkitan E. coli di luar negara berlaku dari bulan Jun hingga September walaupun ia tidak mempunyai penjelasan yang jelas.
  • Pengurangan tahap asid perut. Asid perut menawarkan beberapa perlindungan terhadap E. coli. Jika anda mengambil ubat untuk mengurangkan kadar asid perut anda, seperti esomeprazole (Nexium), pantoprazole (Protonix), lansoprazole (Prevacid) dan omeprazole (Prilosec), anda boleh meningkatkan risiko dijangkiti E. coli.

 

Rawatan Jangkitan E. coli

Bagi penyakit yang berpunca kerana virus E. coli, tiada rawatan semasa boleh menyembuhkan jangkitan, melegakan gejala atau mencegah komplikasi. Bagi kebanyakan orang, rawatan merangkumi:

  • Rehat.
  • Cecair untuk membantu mencegah dehidrasi dan keletihan.

Elakkan pengambilan ubat anti-cirit-birit kerana ini dapat melambatkan sistem penghadaman anda serta menghalang tubuh daripada membuang toksin. Antibiotik secara umumnya tidak disyorkan kerana mereka boleh meningkatkan risiko komplikasi yang serius.

Sekiranya anda mempunyai jangkitan E. coli yang serius dan menyebabkan sindrom uremik hemolitik, anda akan dirawat di hospital dan diberi rawatan sokongan, termasuk cecair IV, pemindahan darah dan dialisis buah pinggang.

 

Langkah Pencegahan Jangkitan E. coli

Tiada vaksin atau ubat boleh melindungi anda daripada penyakit berasaskan E. coli, walaupun penyelidik masih menyiasat akan vaksin yang berpotensi untuk mengatasi penyakit ini. Untuk mengurangkan peluang anda terdedah kepada E. coli, elakkan makanan yang berisiko dan berhati-hati dengan pencemaran silang (cross-contamination).

– Makanan atau minuman yang berisiko

  • Masak daging ‘hamburger’ sehingga suhu 160 F. Daging ‘hamburger’ harus dimasak dengan baik tanpa menunjukkan warna merah jambu di mana-mana bahagian daging. Namun, warna bukanlah petunjuk yang boleh mengatakan sama ada daging itu telah masak atau tidak. Daging, terutamanya yang dipanggang boleh bertukar menjadi warna coklat sebelum ia masak sepenuhnya.

Sebab itulah pentingnya untuk menggunakan termometer daging bagi memastikan daging sekurang-kurangnya dimasak dengan suhu 160 F (71 C) pada titik tebalnya.

  • Minum susu, jus dan cider yang telah dipasteur. Mana-mana jus berkotak atau botol yang disimpan pada suhu bilik mungkin telah dipasteurisasi, walaupun label itu tidak mengatakannya.
  • Basuh hasil mentah dengan teliti. Mencuci hasil mentah tidak semestinya menghilangkan semua E. coli terutamanya dalam sayur-sayuran yang berdaun kerana ia menyediakan banyak tempat yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Pembilasan yang berhati-hati boleh mengeluarkan kotoran dan mengurangkan jumlah bakteria yang mungkin berpaut kepada hasil mentah itu.

– Elakkan pencemaran silang

  • Basuh perkakas. Gunakan air sabun yang panas pada pisau, permukaan kaunter dan papan pemotong sebelum dan selepas ia bersentuhan dengan produk segar atau daging mentah.
  • Simpan makanan mentah secara berasingan. Ini termasuklah menggunakan papan pemotong yang berasingan untuk daging mentah dan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan sekali-kali meletakkan daging ‘hamburger’ yang dimasak pada pinggan yang sama yang anda gunakan untuk daging yang mentah.
  • Cuci tangan anda. Basuh tangan anda selepas menyiapkan makanan atau selepas makan, menggunakan tandas atau menukar lampin. Pastikan anak-anak juga mencuci tangan sebelum makan, selepas menggunakan bilik mandi dan selepas bersentuhan dengan haiwan.

SUMBER

https://www.webmd.com/food-recipes/food-poisoning/what-is-e-coli

https://www.healthline.com/health/e-coli-infection

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/e-coli/symptoms-causes/syc-20372058

https://www.healthline.com/health/e-coli-infection#:~:text=coli%20O157%3AH7%20and%20other,dehydration%2C%20or%20even%20kidney%20failure.

error: Content is protected !!