janggut tingkatkan risiko coronavirus
Segelintir individu di media sosial telah menyalahtafsir maklumat bahawa jangkut tingkatkan risiko coronavirus di kalangan lelaki berjanggut, kumis dan misai mereka.

Segelintir individu di media sosial telah menyalahtafsir maklumat bahawa jangkut tingkatkan risiko coronavirus di kalangan lelaki berjanggut, kumis dan misai mereka.

SUMBER GAMBAR: CDC

Seperti menuangkan minyak tanah ke dalam api, satu infografik yang disebarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC – Centers for Disease Control and Prevention) Amerika pada baru-baru ini, telah meningkatkan lagi kebimbangan orang ramai mengenai wabak COVID-19.

Infografik tersebut menunjukkan jenis ‘janggut’ atau ‘bulu pada wajah’ (facial hair) yang berbeza dan menjelaskan jenis yang mana boleh menjejaskan pemakaian topeng pernafasan dengan betul.

Walau bagaimanapun, pakar mengatakan bahawa anda tidak perlu mencukur janggut atau kumis anda, bahkan menggunakan topeng muka untuk mencegah penyakit.

Seperti yang dijelaskan di atas, infografik tersebut menjelaskan jenis janggut yang menjejaskan penggunaan topeng pernafasan yang direka khas untuk menapis partikel-partikel dalam udara. Maklumatnya adalah begitu terperinci, sehinggakan ada sesetengah gaya janggut yang tidak pernah didengari langsung.

Asalnya, infografik tersebut direka bagi memberi amaran tentang isu yang berkemungkinan melibatkan janggut dan pemakaian topeng muka di persekitaran yang berisiko tinggi. Namun kini, ia telah menimbulkan persoalan tentang sama ada janggut memberi kesan terhadap risiko Coronavirus atau tidak.

Bolehkah janggut tingkatkan risiko Coronavirus?

Secara teknikal, ya. Bulu muka (janggut) boleh memerangkap dan menyimpan virus pernafasan yang boleh menyebabkan penyakit seperti demam biasa, selesema dan Coronavirus. Jika terdapat lendir atau titisan pernafasan padanya, ia boleh menjadi pengkalan bagi organisma berjangkit.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu isu yang serius. Secara umum, virus pernafasan seperti Coronavirus disebarkan melalui bersin, batuk dan menghidu titisan pernafasan daripada individu yang dijangkiti. Namun, ianya tidak mustahil untuk mendapatkan virus itu melalui sentuhan pada permukaan yang tercemar (seperti meja atau janggut) dan meletakkan tangan yang belum dibasuh pada hidung, mulut atau mata anda. Jadi, janggut boleh tingkatkan risiko coronavirus.

Perlukah anda mencukur janggut untuk mengurangkan risiko Coronavirus?

Meskipun ramai yang berkongsi pendapat masing-masing mengenai hal ini di media sosial, ia bukanlah isu utama. Anda tidak perlu mencukur janggut atau bulu untuk mencegah jangkitan Coronavirus.

Infografik yang disebarkan itu hanyalah untuk memberi amaran kepada pekerja tentang bagaimana janggut boleh menjejaskan penggunaan topeng muka dengan cara yang selamat. Secara amnya, jika anda mempunyai janggut yang terlalu tebal, sudah tentulah topeng muka tidak akan muat dengan muka anda.

Bagaimanapun, pakar perubatan tidak mengesyorkan semua individu memakai topeng muka untuk mencegah Coronavirus. Jadi, mempunyai janggut bukanlah satu masalah. Bahkan, tiada sebab bagi orang awam untuk memakai topeng muka.

Pihak pakar juga menegaskan bahawa topeng-topeng muka selalunya tidak digunakan dengan cara yang betul oleh orang awam, sehingga mencipta kepercayaan yang salah dan ia sebenarnya tidak direka untuk kegunaan jangka masa lama. Sepatutnya, hanya individu yang dijangkiti COVID-19 sahaja perlu memakai topeng muka apabila mereka berada dalam bilik yang sama dengan individu lain.

Tetapi, sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai janggut yang tebal dan anda bimbang akan jatuh sakit setelah berhubung dengan individu yang batuk atau bersin, tidak salah untuk anda membersihkan janggut anda di samping membasuh tangan anda sekali.

SUMBER

https://www.scmp.com/lifestyle/health-wellness/article/3080158/beards-facial-hair-and-coronavirus-what-men-need-know

https://www.npr.org/sections/coronavirus-live-updates/2020/04/09/830238952/should-you-shave-your-quarantine-beard

https://www.toronto.com/news-story/9871422-can-the-size-of-your-beard-increase-the-risk-of-contracting-coronavirus-/

Summary
Janggut Anda Meningkatkan Risiko Coronavirus?!
Article Name
Janggut Anda Meningkatkan Risiko Coronavirus?!
Description
Segelintir individu di media sosial telah menyalahtafsir maklumat bahawa jangkut tingkatkan risiko coronavirus di kalangan lelaki berjanggut, kumis dan misai mereka.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: