taugeh
Taugeh adalah bahan rangup dan memuaskan yang digunakan dalam hampir segalanya. Ia mengandungi kalori rendah serta dengan rasa ringan dan segar.

Taugeh adalah bahan rangup dan memuaskan yang digunakan dalam hampir segalanya seperti salad hinggalah mi berkuah. Ia mengandungi kalori rendah serta dengan rasa ringan dan segar. Di samping itu, taugeh mengandungi pelbagai sebatian bioaktif yang berkaitan dengan manfaat kesihatan. Pengambilan secara berkala dapat membantu untuk merawat dan mencegah penyakit tertentu.

Memandangkan terdapat begitu banyak manfaat kesihatan pada taugeh, sudah tiba masanya untuk anda tambahkannya secara rutin ke dalam diet anda.

Fakta Pemakanan Taugeh

Maklumat pemakanan berikut telah ditetapkan untuk 1 cawan taugeh mentah.

  • Kalori: 31
  • Lemak: 0.2g
  • Sodium: 6.2mg
  • Karbohidrat: 6.2g
  • Serat: 1.9g
  • Gula: 4.3g
  • Protein: 3.2g

Sebab untuk makan lebih banyak taugeh selepas ini

Taugeh adalah berkhasiat dalam banyak cara, seperti kaya dengan vitamin C hinggalah protein dan serat yang membantu memberikan ciri khas mereka. Berikut adalah beberapa faedah yang dapat anda peroleh dengan menambahkan taugeh ke dalam diet anda.

1. Menurunkan kadar kolesterol

Kajian kecil dan jangka pendek mengenai sayur taugeh mendapati bahawa antioksida mereka dapat menurunkan kadar kolesterol keseluruhan dan LDL (“buruk”), dan meningkatkan kolesterol HDL (“baik”) pada peserta manusia. Seterusnya, kajian  lebih besar yang diterbitkan pada tahun 2015 pula mendapati kesan serupa bagi tahap kolesterol pada individu dengan diabetes jenis 2 yang mengambil taugeh.

2. Mampu mencegah kanser

Protein dan peptida pada taugeh juga dapat membantu mengurangkan risiko kanser. Kajian menunjukkan bahawa nutrien ini dapat memperlambat pertumbuhan sel kanser, termasuk yang berkaitan dengan kanser payudara, leukemia, dan kanser sistem pencernaan.

3. Membantu menjaga mata yang baik

Memandangkan kandungan folat dan antioksida adalah tinggi terdapat dalam taugeh, ada kemungkinan bahawa ia dapat membantu dalam kesihatan mata anda. Percubaan klinikal yang diterbitkan dalam ‘Archives of Internal Medicine’ dilakukan dengan tujuan untuk melaporkan maklumat mengenai degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD) dan bagaimana ia boleh diminimumkan dengan pengambilan asid folik, vitamin B6 dan vitamin B12 dalam makanan anda seperti yang terdapat dalam taugeh.

4. Membantu mengurangkan keradangan

Lebih banyak penyelidikan diperlukan bagi tujuan ini, tetapi beberapa kajian awal menunjukkan bahawa antioksida dalam taugeh boleh mempunyai beberapa kesan anti-radang yang kuat. Ia boleh menyumbang kepada rawatan kanser, darah tinggi (tekanan darah tinggi), dan sepsis (keradangan sistemik badan yang serius).

5. Menyokong sistem imun

Kita tahu bahawa vitamin C berperanan dalam menyokong sistem imun, begitu juga dengan zat besi. Satu cawan taugeh mentah menawarkan sedikit zat besi yang diperlukan oleh individu lelaki dan wanita untuk mengekalkan tubuh yang sihat. Zat besi membantu sel kita agar kekal kuat dan tidak mempunyai jangkitan. Kajian yang  dilakukan menunjukkan betapa pentingnya zat besi kerana kemampuannya untuk membantu membunuh patogen yang merosakkan.

6. Membina tulang yang kuat

Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 50 peratus wanita dan 25 peratus lelaki berusia lebih dari 50 tahun akan mengalami kepatahan tulang akibat osteoporosis pada suatu ketika dalam hidup mereka. Manganese, yang terdapat dalam taugeh adalah bermanfaat dalam membina tulang yang kuat. Jika digabungkan dengan kalsium, vitamin D, magnesium, zink, tembaga dan boron, ia terbukti dapat meningkatkan jisim tulang pada wanita justeru mengurangkan risiko osteoporosis.

7. Membantu menguruskan gula dalam darah

Kajian lain mengenai manfaat taugeh pada pesakit diabetes jenis 2 mendapati bahawa antioksida di dalamnya memberikan manfaat seperti penurunan kadar kolesterol dan penurunan daya tahan insulin dan komplikasi vaskular. Penulis kajian menyatakan bahawa komponen bioaktif pada taugeh muda menjadikannya pilihan yang sangat baik sebagai rawatan tambahan bagi diabetes jenis 2.

Risiko dan kesan sampingan yang berkemungkinan

Taugeh berpotensi untuk menjadi tercemar. Ia berkembang maju dan melakukan yang terbaik untuk tumbuh di persekitaran yang hangat dan lembap. Tapi, ini juga boleh mendorong pertumbuhan bakteria.

Malah, taugeh sangat mudah rosak dan mesti digunakan sebaik sahaja dibeli, lebih baik dalam satu atau dua hari dan tidak lebih dari tiga hari. Ia harus dicuci setelah dibeli dan disimpan dalam keadaan sejuk setiap masa (di dalam peti sejuk pada suhu 40 darjah F atau kurang).

Untuk mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan, hanya beli tumbuh-tumbuhan segar yang telah disimpan dalam peti sejuk. Bilas dengan bersih sebelum makan, dan basuh tangan anda sebelum dan selepas mengendalikan makanan.

Walau apa pun, ia mungkin adalah terbaik untuk mengelakkan pengambilan taugeh buat kanak-kanak, wanita hamil, orang tua dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Sekiranya anda mempunyai masalah, memasaknya mestilah dapat membunuh bakteria berbahaya.

SUMBER

https://www.livestrong.com/article/390504-what-are-the-health-benefits-of-bean-sprouts

https://www.webmd.com/diet/health-benefits-bean-sprouts#1

https://www.ecowatch.com/10-reasons-eating-sprouts-should-be-a-part-of-your-daily-diet-1891078011.html

https://www.verywellfit.com/carbs-in-sprouts-2241825

Summary
Jangan sekali-kali pandang remeh sayur taugeh ni, banyak khasiatnya!
Article Name
Jangan sekali-kali pandang remeh sayur taugeh ni, banyak khasiatnya!
Description
Taugeh adalah bahan rangup dan memuaskan yang digunakan dalam hampir segalanya. Ia mengandungi kalori rendah serta dengan rasa ringan dan segar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: