jalan jalan jepun

Kebanyakan orang cuma tahu yang Jepun adalah salah sebuah negara termaju di dunia dan pada masa yang sama, ia memiliki sebuah budaya yang unik dan yang persekitaran yang menakjubkan. Jom jalan-jalan Jepun untuk mengetahui fakta mengenai negera terbit matahari ini.

Sebenarnya ada banyak perkara lain yang menarik yang anda mungkin belum pernah dengar, tak kiralah sama ada anda pernah mengunjungi negara matahari terbit ini atau tidak.

Jom kita tengok apa lagi fakta-fakta menarik tentang negara moden ini.

1. Jepun adalah sebuah negara berpulau

Kebanyakan negara merangkumi satu keluasan tanah besar. Jepun sebaliknya terdiri daripada 6,852 buah pulau tapi cuma 430 daripadanya didiami oleh penduduk.

2. Tokyo adalah bandar dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia

Bila anda terperangkap dalam traffic jam atau sedang menaiki LRT yang sesak dengan orang ramai, ingatlah yang situasi sebegitu besar kemungkinan lagi teruk di Jepun. Maklumlah, di ibu negaranya, Tokyo saja dah ada 38,140,000 orang penghuni. Jumlah orang di seluruh Malaysia (32,024,927) pun tak sampai! United Nations menjangka Tokyo akan pegang gelaran ini hingga tahun 2030.

3. Ketika rush hour, penumpang keretapi akan “ditolak masuk”

Kita semua tahu yang Jepun mempunyai sistem pengangkutan awam yang moden dan efektif. Sebanyak 57% daripada penghuni Tokyo menggunakannya. Jadi memang akan ada masalah apabila mereka berebut nak naik keretapi ketika waktu rush hour. Kebanyakkan sistem keretapi di sana selalunya 199% terlebih jumlah penumpang sampai mereka terpaksa berhimpit. Majlis perbandaran juga terpaksa mengupah orang (dipanggil “oshiya”) untuk menolak para penumpang supaya muat ke dalam gerabak keretapi. Gilalah!

4. Jalan-jalan Di Jepun, Ada lebih banyak binatang peliharaan daripada kanak-kanak

Pada tahun 2013, sebuah laporan menunjukkan jumlah binatang peliharaan yang berdaftar adalah lebih tinggi daripada jumlah kanak-kanak di Jepun. Pada ketika itu, ada 21.3 juta kucing dan anjing berbanding dengan 16.5 juta kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.

5. Ada berjuta-juta vending machine yang menjual macam-macam benda bila anda Jalan-jalan di Jepun

Apa sangatlah yang kita boleh dapat daripada mesin layan diri yang ada di Malaysia ini? Mungkin air minuman atau snek keropok saja. Di Jepun, bukan itu saja! Majalah, bunga, barang mainan dan set makanan lengkap pun anda boleh beli daripada 5.52 juta vending machines yang ada.

Vending machine ini turut menjadi salah satu budaya yang unik di Jepun. Tanya sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki ke Jepun, tentu mereka akan mengiyakan tentang perkara ini atau juga mereka menjadi ‘gian’ dengan mesin air ini.

Setiap tempat berbeza harga air tin di vending machine tetapi dasarnya adalah 100¥ untuk setiap satu minuman botol kecik. Jika bertuah, anda boleh jumpa yang berharga 50¥ di beberapa tempat pedalaman dan ada satu tempat di perkampungan di kawasan Osaka yang menyediakan air dengan harga 10¥ tetapi air tidak boleh dipilih.

6. Kes jenayah jarang sangat berlaku

Kalau nak bandingkan dengan di negara kita, kes jenayah di Jepun macam tak wujud. Realiti ini menjadikannya sebagai negara paling selamat di Asia dan negara kedua terendah dari segi jumlah kes bunuh. Tokyo pun merupakan salah sebuah bandar yang paling selamat dengan hampir tiada kes street crimes.

7. Tak banyak kepelbagaian dari segi bangsa penduduk

Tak seperti di Amerika atau Malaysia sendiri, hampir semua orang yang tinggal di Jepun telah dilahirkan di sana. Sebenarnya 98% daripada populasi Jepun adalah Japanese, manakala 2% lagi adalah orang asing.

Baseball memang terkenal di Amerika, tapi rupa-rupanya orang Jepun pun suka. Tapi sukan ini lebih popular dalam kalangan orang berumur kerana generasi muda dah mula hilang minat. Sukan kedua popular adalah bola sepak.

Adat & Budaya Jepun

1. Penggunaan Chopsticks

Apabila anda makan di gerai atau restoran Jepun, perkara penting yang perlu anda tahu adalah dilarang meletakkan chopsticks dalam makanan ketika anda tidak makan. Kelakuan ini menyerupai upacara pemakaman Jepun dan dianggap sebagai petanda buruk.

Begitu juga dianggap tidak sopan apabila ingin memotong makanan menggunakan chopsticks atau mencucuk makanan. Cara yang betul, memotong makanan dengan menggigitnya sedikit demi sedikit.

 2. Tunduk Ketika Memberi Ucapan Selamat

Dalam tradisi masyarakat Jepun, mereka akan tunduk ketika menyapa seseorang dengan rasa hormat. Terdapat dua cara tunduk hormat iaitu tunduk hormat ketika berdiri dan duduk dengan cara menundukkan sedikit kepala atau tunduk dalam kedudukan 90 darjah.

Namun, bagi pelancong asing tidak perlulah beri tunduk hormat setiap kali menyapa mereka. Jika mahu memberi tunduk hormat dibolehkan sahaja sebagai mempelajari adat dan budaya mereka. Tambahan, tunduk dengan meletakkan kedua belah tangan ke dada bukanlah budaya bagi masyarakat Jepun.

3. Jangan Memberi Tip

Memberi tip adalah suatu perkara yang biasa dilakukan ketika berada di luar negara untuk menggantikan ucapan terima kasih. Namun berlainan pula dengan budaya Jepun yang tidak menerima tip kerana kelakukan ini dianggap tidak sopan.

4.  Jangan Minum Atau Makan Sambil Berjalan

Sudah menjadi kebiasaan melihat seseorang makan atau minum sambil berjalan namun tidak bagi negara Jepun. Walaupun ia tidak dianggap teruk seperti dahulu, makan atau minum ketika berjalan masih dianggap sebagai tingkah laku kelas rendah.

Sebagai contoh, rakyat mereka akan berdiri sambil bersandar pada mesin menjual makanan atau minuman untuk mengelakkan diri daripada berjalan.

5. Makan Daging Kuda Merupakan Perkara Biasa

Pemakanan daging kuda sudah lama diamalkan dalam kalangan masyarakat Jepun sejak abad ke-16. Penggunaan daging kuda dalam masakan meningkat secara mendadak pada tahun 1960-an apabila peranan kuda dalam sektor pertanian dan pengangkutan sudah berkurangan. Jalan-jalan Jepun akan memberikan anda pengalaman baharu memakan daging kuda, jadi marilah melawat Jepun pada cuti hujung tahun ini!

Daging kuda dihidang mentah dipanggil basahi dan diberi jolokan sakura niku iaitu daging cherry blossom kerana warna dagingnya yang kelihatan merah jambu pucat.

6. Tuang Minuman Kepada Orang Lain

Apabila berkumpul minum bersama, mereka akan menuangkan minuman untuk orang lain daripada menuang minuman kepada diri sendiri. Jika air dalam gelas atau cawan sudah kosong, orang yang berdekatan akan mengisi semula air dan sekiranya tidak mahu minum lagi, tinggalkan sahaja minuman itu.

7. Makin Kuat Menyedut Makanan, Makin sedap

Bagi negara lain, mengeluarkan bunyi yang kuat ketika menyedut makanan seperti mi adalah dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan terutama di negara kita. Namun berbeza dengan budaya masyarakat Jepun kerana makin kuat menyedut dianggap makin sedap! Jalan-jalan Jepun mempamerkan banyak jenis makanan berkuah yang enak dan lazat dengan menitikberatkan sayur-sayuran.

Selain itu, mereka juga menganggap makan ketika makanan masih panas membuatkan ia lebih mudah untuk dimakan disamping dapat menghargai rasa kelazatan makanan itu.

8. Hari Krismas Ialah Hari Romantik

Selain menyambut Hari Valentine, masyarakat Jepun juga akan menyambut Hari Krismas sebagai hari menghargai kekasih. Walaupun populasi penganut agama Kristian di Jepun hanyalah 2 peratus daripada penduduk Jepun, Hari Krismas di sana disambut meriah oleh semua masyarakat Jepun terutama pada malam Krismas.

Sememangnya kita tahu yang mana Jepun kini di kategorikan sebuah negara yang membangun dengan pesat dan masih utuh dengan budaya uniknya. Bahkan taraf hidup dan ekonomi di negara empat musim ini kian meningkat naik selaras dengan pembangunannya. Jadi sekiranya ada rezeki lebih untuk mengikuti jalan-jalan Jepun, pastikan anda sudah mengetahui adat dan budaya mereka dahulu supaya tidak dianggap kurang sopan.

Sumber:

https://www.makanlena.com/2018/12/03/kenali-8-adat-dan-budaya-jepun-sebelum-anda-ke-sana/

https://www.xtra.com.my/eat-travel/8-fakta-menarik-tentang-jepun-yang-anda-mungkin-tak-tahu/

https://eh.my/artikel/34-fakta-tentang-jepun/

Summary
Jalan-Jalan Jepun: Fakta, Adat Dan Budaya Tentang Jepun
Article Name
Jalan-Jalan Jepun: Fakta, Adat Dan Budaya Tentang Jepun
Description
Kebanyakan orang cuma tahu yang Jepun adalah salah sebuah negara termaju di dunia dan pada masa yang sama, ia memiliki sebuah budaya yang unik dan yang persekitaran yang menakjubkan. Jom jalan-jalan Jepun untuk mengetahui fakta mengenai negera terbit matahari ini.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: