jalan jalan cari makan

Jalan jalan cari makan merupakan sebuah rancangan menjelajah mencari makanan yang sedap dan menarik di lokasi serata Malaysia yang telah disiarkan oleh TV3 sejak tahun 2001.

Pengacara Jalan Jalan cari makan dari 2008 hingga 2020

  • 2001 – 2008: Maria Tunku Sabri
  • 2009 – 2010: Serina Redzuwan
  • 2011 – 2013: Qi Rizali
  • 2014: Iqram Dinzly dan Shiha Zikir
  • 2014 – 2020: Nazruddin Habibur Rahman

Aplikasi Jalan jalan cari makan

Pada 21 April 2017, Aplikasi jalan jalan cari makan (JJCM) telah melancarkan aplikasi mereka secara rasmi. Antara fungi menarik yang terdapat dalam aplikasi ini adalah:

  • Memberi informasi menarik pada tempat yang pernah dikunjungi team JJCM
  • Memberi diskaun kepada yang mengguna aplikasi sehinggah 70% meggunakan “Offpeak Deals”
  • Tiada bayaran tambahan menggunakan aplikasi
  • Grafik menarik dan mesra pengguna
  • Carian restoran berdekatan menggunakan sistem GPS
  • Restoran lain selain dari yang pernah dikunjungi dalam rancangan JJCM

Penjelasan aplikasi Jalan Jalan Cari Makan

Mendapatkan informasi menarik

Kadang kala kita terlepas untuk menonton rancangan jalan jalan cari makan atau terlepas informasi yang penting dan menarik ketika menonton rancangan tersebut. Maka informasi yang menarik ini boleh didapati melalui aplikasi ini.

Diskaun dan potongan harga memalui aplikasi

Berdasarkan pengurus aplikasi ini, fungsi yang sangat menarik perhatian pengguna ialah dengan menggunakan aplikasi ini, pelbagai diskaun dan potongan harga dapat diberikan kepada pengguna aplikasi. Malah boleh sampai mencecah 70% potongan harga bagi restoran yang terpilih seluruh negara. Potongan ini adalah dengan kerjasama Offpeak dengan menggunakan “Offpeak Deals” dimana tawaran ini akan sentiasa up-to-date setiap hati.

Fungsi menempah restoran

Aplikasi Jalan jalan cari makan  memberi kemudahan untuk menempah restoran menerusi aplikasi ini. Tidak perlu untuk beratur panjang lagi, pengguna boleh terus menampah makanan di restoran yang digemari. Langkah untuk membuat tempahan cukup senang.

Sila ikuti langkah yang mudah di bawah:

  1. Pilih restoran yang anda berkenan
  2. Masukkan nombor telefon bimbit
  3. Isi tarikh
  4. Isi masa
  5. Isi berapa jumlah pengunjung yang akan datang

Tiada bayaran tambahan akan dikenakan apabila menggunakan aplikasi ini bayar apa yang ditempah sahaja.

Grafik yang menarik dan mesra pengguna

Rekaan baru yang telah diubah suai untuk lebih cantik dan mesra pengguna. Hampir perubahan sepenuhnya dari interface sebelum ini, aplikasi JJCM sekarang tampil lebih fresh dengan grafik yang baru. Total muat turun aplikasi ini pada hujung tahun 2015 hingga kini sudah lebih 250 ribu pengguna. Pengguna yang mendaftar diri mereka dalam aplikasi ini boleh memuat naik sebarang komen atau cadangan kepada restoran atau tempat makan yang telah dikunjungi.

Rekaan aplikasi ini adalah dari ilham seorang pencinta makanan untuk pencinta makanan. Dengan konsep inilah membuatkan wujudnya tempat komen dan candangan untuk memberikan peluang interaksi antara pengguna dan juga memberi informasi dan review pengguna melibatkan restoran dan makanan yang disediakan.

Pencarian restoran

Selain dari restoran yang pernah dikunjungi dalam rancangan jalan jalan cari makan, restoran yang lain-lain juga akan turut ada di dalam aplikasi ini maka anda tidak perlu risau. Berdasarkan cadangan dari orang ramai, editor aplikasi JJCM kan pergi ke restoran tersebut dan memasukkan sekali restoran tersebut ke dalam aplikasi JJCM. Artikel mengenai restoran juga ada terletak di dalam aplikasi JJCM ini. Pengguna boleh mencari informasi dari artikel yang disediakan yang mengandungi berbagai-bagai jenis topi mengenai makanan dan restoran. Selain itu, team JJCM akan menjelajah satu Malaysia untuk mencari tempat makanan dan makanan yang sedap dan unik untuk pengguna.

Untuk kemudahan pengguna lagi, pengguna boleh mencari restoran berdasakan lokasi terdekat menggunakan sistem GPS. Bila menggunakan fungsi carian berdekatan ini, senarai restoran yang berhampiran dengan lokasi GPS akan dipaparkan ketika mencari. Sebagai contoh, seandainya pengguna berada di Damansara, aplikasi akan memaparkan restoran atau kedai makan yang telah dipilih pihak JJCM yang dalam bulatan radius Damansara.

Muat turun aplikasi

Aplikasi ini percuma sahaja dan boleh dimuat turun di Google Play store untuk Android dan Apple Store untuk pengguna Apple/iOS.

Semoga anda semua dapat manfaat mengenai jalan jalan cari makan dan aplikasi yang mereka sediakan. Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

Sekian.

Sumber:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Jalan-Jalan_Cari_Makan

https://revmedia.my/segalanya-tentang-makanan-di-aplikasi-jalan-jalan-cari-makan-jjcm/

Summary
Jalan Jalan Cari Makan: Informasi dan Aplikasi JJCM yang berguna untuk anda
Article Name
Jalan Jalan Cari Makan: Informasi dan Aplikasi JJCM yang berguna untuk anda
Description
Jalan jalan cari makan merupakan sebuah rancangan menjelajah mencari makanan yang sedap dan menarik di lokasi serata Malaysia yang telah disiarkan oleh TV3 sejak tahun 2001.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: