Now Reading
Jajangmyeon, Resepi Ini Buat Anda Berasa Seperti Di Korea

Jajangmyeon, Resepi Ini Buat Anda Berasa Seperti Di Korea

Jajangmyeon

Jajangmyeon ataupun mi sos kacang hitam Korea merupakan hidangan mi yang ditambah dengan sos yang diperbuat daripada pes kacang soya hitam, daging dan sayuran. Jajang bermaksud “sos digoreng” manakala myeon pula bermaksud “mi”.

Setiap kali anda menonton drama Korea mahupun rancangan variasi Korea seperti Running Man, pasti mereka akan makan Jajangmyeon.

Jajangmyeon (Noodles with Black Bean Sauce) - Spoon Fork Bacon

Bagaimana rasa Jajangmyeon? Sedap ke? Pasti itu soalan yang berada di fikiran anda kerana mereka makan dengan begitu berselera sekali. Walaupun rupanya seakan-akan mi goreng basah namun rasanya sangat berlainan. Untuk itu, ayuh belajar cara-cara penyediaannya.

Bahan-bahan sos kacang hitam:      

  • 4 sudu chunjang atau pes kacang hitam (boleh didapati di pasaraya)
  • Madu secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu gula
  • Air secukupnya


Halal Pes Jajjangmyeon Masisso 330g

RM 20.00

Sos kacang hitam Korea yang sesuai kepada semua lapisan umur (tidak pedas). Menjadi salah satu makanan kegemaran orang korea kerana kesedapannya dan mudah dimakan. Bukan sahaja rakyat biasa korea, namun artis-artis dari korea selatan juga menjadikan Jajjangmyeon ini salah satu makanan kegemaran mereka kerana selalu keluar di kaca TV saat mereka menikmati Jajjangmyeon ini. Menjadi lebih menarik jika dimakan bersama Danmuji dan Kimchi.


Health Paradise Perfect Raw Honey 750ml (Halal) Premium Grade

RM 32.90

Health Paradise Perfect Raw Honey bebas daripada bahan kimia, pengawet dan bahan tambahan. Madu ini bagus digunakan dalam teh, memasak dan juga penyebaran sempurna untuk penkek segar buatan sendiri. Ia juga adalah makanan semula jadi dengan banyak faedah kesihatan. Ia mempunyai sifat anti-virus, anti-bakteria, dan anti-kulat. Ia meningkatkan kesihatan badan dan pencernaan dan merupakan antioksidan yang sangat kuat. Ia berkesan untuk menguatkan sistem imun, menghilangkan alergi, dan merupakan ubat yang sangat baik untuk luka kulit dan semua jenis jangkitan.


McCormick Pure Ground Black Pepper, Value Size, 6 oz

RM 55.00

McCormick Pure Ground Black Pepper adalah rempah-rempah penting, yang disukai di seluruh dunia, dengan tempat kehormatan di atas kompor dan di atas meja. Rangkaian pantri ini memberikan aroma tajam dan rasa panas bumi – sesuai untuk daging, sup dan rebusan. Lada hitam tanah kami selalu bermula dengan biji lada hasil panen tangan premium. Apabila digiling, coklat gelap dari hitam hingga hitam, biji lada berkerut yang dalam mempunyai rasa kayu-kayu yang kuat yang panas dan menggigit rasanya. Tambahkan ke hampir semua pinggan – campurkan ke dalam sup dan rebusan, taburkan pada telur dadar, salad atau sayur-sayuran atau gosokkan pada daging untuk membakarnya sebelum dimasak.

Bahan bahan lain:

  • Mi lidi
  • Isi ayam
  • Zukini
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Bawang merah
  • Timun (sebagai hiasan)
  • Air secukupnya
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2 sudu minyak masak


Mi Lidi Faiqa 250gm

RM 4.00

Mi Lidi Faiqa merupakan mee kering yang dihasilkan oleh Bumiputera Muslim. Ia tidak mengandungi asid borik, minyak dan pewarna. Selain itu, ia boleh digunakan untuk mengantikan mee kuning yang biasa anda gunakan dalam masakan seharian.  Ia juga sesuai digunakan untuk membuat mee goreng, mee sup, mee suah, pengganti laksa atau laksam. Jangan risau kerana ia tahan lama. Boleh disimpan sehingga satu tahun.

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong dadu isi ayam, zukini, kentang dan lobak merah.
  2. Potong cincang bawang merah.
  3. Kemudian, panaskan kuali dan masak isi ayam yang telah dipotong dadu tadi.
  4. Masukkan juga semua bahan yang telah dipotong dadu tadi dan masak selama beberapa minit.
  5. Selapas itu, masukkan pes kacang hitam chunjang, madu dan lada hitam ke dalam kuali tersebut. Kacau sehingga wangi.
  6. Tambahkan air dan tunggu sehingga semua bahan bahan itu benar benar masak.
  7. Sementara itu, rebus mi lidi anda dalam air panas sehingga lembut. Kemudian, bilas mi tersebut menggunakan air sejuk.
  8. Setelah sayur sayuran lembut, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  9. Apabila adunan menjadi pekat, masukkan minyak bijan.
  10. Masukkan mi anda ke dalam mangkuk dan tuangkan sos yang sudah siap dimasak ke atasnya.
  11. Letakkan timun yang sudah dipotong lidi ke atasnya sebagai hiasan.

Ha, lepas ni bolehlah buat Jajangmyeon sendiri di rumah. Tak perlu lagi ke restoran Korea semata-mata mahu puaskan keinginan di hati tu.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://bidadari.my/resepi-jajangmyeon/

https://www.mingguanwanita.my/masak-sendiri-makanan-korea-jjajangmyeon-buat-sos-blackbean-guna-taucu/

https://www.havehalalwilltravel.com/halal-jajangmyeon-recipe-jjajangmyeon

error: Content is protected !!