isu semasa
Terdapat pelbagai isu semasa kesihatan yang berlaku kebelakangan ini sepanjang tahun 2020. Isu sebegini pastinya menimbulkan kebimbangan kerana ia pastinya berbahaya kepada kesihatan kita.

Terdapat pelbagai isu semasa kesihatan yang berlaku kebelakangan ini sepanjang tahun 2020. Isu sebegini pastinya menimbulkan kebimbangan kerana ia pastinya berbahaya kepada kesihatan kita. Pelbagai langkah perlu diambil untuk mencegah dan menangani masalah ini.

1. Hantavirus

24 Mac 2020 – The Global Times, akhbar China melaporkan bahawa seorang warga daerah selatan barat Yunnan meninggal dunia apabila dijangkiti hantavirus.

Hantavirus adalah keluarga virus yang tersebar disebabkan oleh tikus dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit di seluruh dunia Jangkitan hantavirus boleh menyebabkan penyakit hantavirus tersebar di kalangan manusia.

– Simptom

Simptom awal adalah seperti kepenatan, demam dan sakit otot, terutama pada bahagian otot peha, punggung, belakang dan kadang-kadang pada bahu. Simptom ini adalah umum dan sering berlaku.

Sakit kepala, pening, rasa dingin dan masalah pada abdomen seperti loya, muntah, cirit-birit dan sakit perut. Hampir separuh daripada pesakit Hantavirus mengalami simptom ini.

Hantavirus boleh menyebabkan kematian. Kadar kematian penyakit ini adalah 38%. Ia juga boleh menyebabkan sakit otot dan pening kepala.

2. Demam kuning

Pada 3 Mac 2020, Ethiopian Public Health Institute (EPHI) melaporkan bahawa 3 individu disyaki menghidap demam kuning di Enor Ener Woreda, zon Gurage, SNNPR. 3 kes yang dilaporkan adalah ahli keluarga yang tinggal bersama (bapa, ibu dan anak lelaki) tinggal di perkampungan Kebele.

Hingga 6 April 2020, sebanyak 85 kes disyaki telah dilaporkan dari 6 Kebele di Enor Ener Woreda, di antaranya 54 dilaporkan dari Kebele Wedesha.

Meskipun isu semasa ini tidak dilaporkan di Malaysia, terdapat risiko demam kuning ini boleh berlaku di Malaysia. Hal ini kerana Malaysia mempunyai faktor risiko yang boleh menyebabkannya.

Antaranya seperti kewujudan nyamuk, monyet, hutan, Aedes Aegypti, iklim tropika namun masih belum berlakunya demam kuning sehingga kini.

– Simptom

Setelah ia menjangkiti anda, virus ini tidak memberi kesan sehinggalah hari ketiga hingga hari ke enam. Simptom bervariasi daripada sindrom influenza hingga hepatitis yang teruk atau demam hemoragik.

Simptom yang lebih serius seperti demam, sakit kepala, menggigil, sakit otot, mual dan muntah serta nadi yang sangat perlahan. Tetapi selepas 3 atau 4 hari simptom ini akan hilang.

Namun begitu, sebaik sahaja simptom ini hilang dalam masa 24 jam, sekitar 15% individu yang telah dijangkiti akan mengalami fasa toksik atau kronik.

Sekiranya ini berlaku, simptomnya adalah seperti demam, kulit berwarna kuning (yang disebabkan oleh kerosakan hati), sakit perut dan muntah. Pendarahan boleh berlaku daripada mulut, hidung, mata dan perut.

Muntah darah dan darah pada najis juga boleh berlaku. Buah pinggang akan terjejas dan kegagalan buah pinggang akan berlaku. Kadar kematian demam kuning boleh melebihi 50%.

3. Wabak

Isu semasa yang berlaku pada Jun 2020 – Wabak endemik di kawasan Ituri. Pada awal 2020, daerah Ituri dilaporkan dengan jumlah 64 kes wabak dan 14 kematian di 5 zon sihat, iaitu Aungba, Linga, Rethy, Aru dan Kambala.

Berbanding 10 kes dan 5 kematian pada 2019, semua dalam zon yang sama. Berdasarkan informasi yang diperolehi, kemungkinan ketiga-tiga wabak ini secara klinikal masih wujud.

a) Wabak Bubonic

Bentuk wabak ini paling biasa, anda dijangkiti apabila bersentuhan dengan tikus atau kutu yang dijangkiti kemudian ia mengigit anda.

Dalam kes yang jarang berlaku, anda boleh dihidapi jika anda bersentuhan dengan bakteria dari bahan yang bersentuhan dengan individu yang dijangkiti.

– Simptom

Simptom wabak bubonic selalunya hilang selepas 2 hingga 6 hari dijangkiti. Antaranya termasuklah:

  • Demam dan mengigil
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Rasa sengal dan lemah badan
  • Sawan
  • Anda juga mungkin mengalami kelenjar limpa yang bengkak yang dipanggil buboes.

b) Wabak pneumonic

Apabila bakteria merebak dan menjangkiti paru-paru, ia dikenali sebagai wabak pneumonic – penyakit yang boleh membawa kematian.

Wabak pneumonic adalah satu-satunya wabak yang boleh menjangkiti satu individu ke individu yang lain.

– Simptom

Simptom wabak ini boleh hilang dalam masa satu hari selepas terdedah pada bakteria. Simptom termasuklah:

  • Masalah pernafasan
  • Sakit dada
  • Batuk
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Rasa lemah badan
  • Kahak berdarah (air liur dan lendir atau nanah dari paru-paru)

c) Wabak septicemic

Apabila bakteria memasuki saluran darah kemudian merebak, ia dikenali sebagai wabak septicemic. Apabila dibiarkan tidak dirawat, wabak bubonic dan pneumonic boleh menyebabkan wabak septicemic.

– Simptom

Simptom wabak septicemic selalunya berlaku dalam masa 2 hingga 7 hari selepas terdedah, tetapi wabak ini boleh menyebabkan kematian sebelum simptom ini hilang. Simptom termasuklah:

  • Sakit pada abdomen
  • Cirit birit
  • Loya dan muntah
  • Demam dan mengigil
  • Rasa sangat lemah
  • Pendarahan (darah mungkin tidak boleh membeku)
  • Kejutan
  • Kulit bertukar menjadi hitam (gangren)

d) Influenza (H1N1)

Pesakit wanita berusia 22 tahun, tanpa komorbiditi, bekeja di kilang persembelihan babi di Ibiporã Municipality, Paraná State dan menghidap penyakit yang disyaki Influenza pada 12 April 2020.

– Simptom

  • Keletihan
  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Pening kepala
  • Sakit tekak
  • Sakit badan
  • Sejuk badan atau mengigil
  • Demam
  • Muntah atau cirit-birit, yang sering berlaku pada kanak-kanak

Sesetengah individu mengalami simptom serius, seperti:

  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Kesakitan yang teruk
  • Rasa lemah yang teruk
  • Demam panas
  • Sawan
  • Pening teruk
  • Hilang kesedaran

e) Coronavirus sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV)

Di antara 1 April dan 31 Mei 2020, National IHR Focal Point of Saudi Arabia melaporkan 9 kes baharu jangkitan MERS-CoV, termasuklah 5 kematian.

Kes ini dilaporkan daripada Riyadh (7 kes), Assir (1 kes) dan wilayah utara (1 kes). Kebanyakan kes dan usia yang dijangkiti yang telah dilaporkan antara 40 hingga 96 tahun.

– Simptom

Simptom MERS yang sering berlaku adalah demam, batuk dan sesak nafas. Kebanyakan daripada mereka mengalami masalah gastrousus, seperti cirit-birit, loya dan muntah.

Pneumonia adalah komplikasi umum. Ada yang dilaporkan mengalami kegagalan organ disebabkan oleh MERS, iaitu kegagalan buah pinggang.

Simptom selalunya hilang dalam masa 5-6 hari selepas terdedah pada virus, tetapi mengambil masa 2-14 hari untuk dikenalpasti.

Sesetengah individu dijangkiti virus tersebut tanpa mengalami sebarang simptom, manakala yang lain mengalami beberapa simptom MERS lain.

Individu dengan simptom serius mungkin menghabiskan masa yang lebih lama di hospital, memerlukan bantuan pernafasan dan penjagaan rapi.

Isu semasa berkaitan kesihatan tidak pernah diambil ringan oleh pihak berkuasa tidak kira di peringkat negara mahupun dunia. Kita patut hargai usaha keras mereka dari pelbagai bidang tugas yang cuba untuk menangani isu-isu ini.

Sama – sama kita berganding bahu untuk memastikan isu semasa ini tidak berlarutan lagi. Meskipun 2020 belum berada di penghujungnya tetapi semoga waktu – waktu mendatang adalah lebih baik daripada apa yang telah berlaku sepanjang 2020.

SUMBER

https://www.who.int/csr/don/02-jul-2020-mers-saudi-arabia/en

https://www.cdc.gov/hantavirus/index.html

https://www.nst.com.my/world/world/2020/03/577865/man-dies-hantavirus-china-says-report

https://www.who.int/csr/don/22-april-2020-yellow-fever-ethiopia/en

http://www.myhealth.gov.my/en/yellow-fever/

https://www.healthline.com/health/plague#if-you-think-you-have-plague

https://www.who.int/csr/don/23-july-2020-plague-drc/en

https://www.who.int/csr/don/09-jul-2020-influenza-a-brazil/en

https://www.medicalnewstoday.com/articles/327397#symptoms

Summary
Isu Semasa 2020 Dalam Kesihatan
Article Name
Isu Semasa 2020 Dalam Kesihatan
Description
Terdapat pelbagai isu semasa kesihatan yang berlaku kebelakangan ini sepanjang tahun 2020. Isu sebegini pastinya menimbulkan kebimbangan kerana ia pastinya berbahaya kepada kesihatan kita.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: