vaping
Kerajaan telah mengharamkan penggunaan vape terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

Budaya menghisap vape atau vaping yang dikatakan membantu perokok tegar untuk berhenti merokok adalah suatu kenyataan yang tidak betul. Vape iaitu sejenis rokok elektronik masih mempunyai kandungan nikotin walaupun tidak sebanyak yang terdapat dalam sebatang rokok biasa.

Jadi, adakah vape sama seperti rokok biasa? Ya, kedua-duanya mengandungi nikotin. Namun, aspek yang boleh membezakan vape dan rokok biasa adalah vape mempunyai perisa berbanding rokok. Disebabkan aspek inilah, penggunaan rokok elektronik ini lebih menarik minat pengguna terutamanya golongan remaja dan belia. Perisa seperti vanila, coklat, jagung dan limau dikatakan antara pilihan yang terkenal dalam kalangan penghisap vape.

adakah vape sama seperti rokok biasa?

Selain itu, masalah penggunaan vape ini mula menjadi hangat apabila kerajaan mendapati bahawa penggunaan rokok elektronik ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah. Bagi mengelak daripada dikesan, syarikat pengeluar telah mereka rokok elektronik dalam bentuk yang tidak mencurigakan seperti jam tangan. Jadi, secara tidak langsung, ini membolehkan pelajar untuk mendapatkannya dengan mudah tanpa perlu memikirkan kesan negatif yang boleh berlaku sekiranya mereka ditangkap oleh pihak sekolah.

Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengharamkan penggunaan rokok elektronik di negara ini. Pihak mereka juga telah melakukan pelbagai usaha untuk menyekat penggunaan vape terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Pelajar-pelajar yang terlibat ini harus diberi kesedaran akan keburukan rokok elektronik ini agar mereka tidak ketagih dengannya hingga dewasa. Ini boleh dilakukan kerana golongan remaja lebih mudah untuk dibawa berbincang dan dipujuk berbanding golongan belia atau golongan dewasa.

 pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengharamkan penggunaan rokok elektronik di negara ini.

Menurut sumber daripada Astro Awani, sebanyak 43 buah negara telah mengambil langkah sama untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik terutamanya di negara Asia seperti Thailand dan Singapura. Ini merupakan langkah pertama yang membantu mengurangkan kadar kematian yang berpunca daripada menghisap vape.

Menurut sumber daripada Astro Awani, sebanyak 43 buah negara telah mengambil langkah sama untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik terutamanya di negara Asia seperti Thailand dan Singapura.

Namun begitu, pengharaman vape memerlukan bantuan daripada semua pihak termasuklah mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan menghisap vape ini. Ibu bapa haruslah memantau anak mereka sejak awal agar isu ini dapat dibendung dengan cepat. Di samping itu, masyarakat juga haruslah berwaspada akan kesan negatif rokok elektronik ini dalam jangka masa yang panjang kerana ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan dan seterusnya mengakibatkan kematian.

SUMBER

https://www.webmd.com/mental-health/addiction/news/20191115/are-vaping-bans-the-way-to-go

https://www.healthline.com/health-news/e-cig-bans

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/quit-smoking/in-depth/electronic-cigarettes/art-20204330

https://www.medicalnewstoday.com/articles/216550

Summary
Isu pengharaman vaping: Mampukah ia dilakukan?
Article Name
Isu pengharaman vaping: Mampukah ia dilakukan?
Description
Kerajaan telah mengharamkan penggunaan vape terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Vape dikatakan berbahaya sama seperti rokok walaupun kadar nikotinnya adalah kurang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: