isejahtera

Tahukah anda bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan satu inisiatif buat warga emas,ibu tunggal dan program anak emas dipanggil iSejahtera.

Secara rasminya pelaksanaan sistem iSejahtera di negeri ini telah pun dilancarkan oleh Y.A.B Ketua Menteri pada tahun 2010. Objektif utama manual pengguna ini disediakan adalah sebagai panduan untuk pemohon (ORANG AWAM) yang layak bagi membuat permohonan iSejahtera.

Merujuk lawan web iSejahtera.penang.gov.my, ianya mengumpulkan pelbagai kategori perkhidmatan kepada orang awam dan rakyat khususnya di Pulau Pinang di dalam satu laman bagi memudahkan pengguna mengakses perkhidmatan yang disediakan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah permohonan atas talian (mengikut jenis program), senarai program kebajikan, syarat permohonan bagi setiap program yang ditawarkan, fungsi muat turun borang (borang EFT), penilaian sistem aplikasi melalui kaji selidik dan aplikasi mudah alih untuk instalasi ke telefon atau alat mudah alih anda yang dikenali sebagai AppSejahtera.

Dengan App tersebut, permohonan akan menjadi lebih mudah. Tetapi terdapat beberapa perubahan pelaksanaan urusan program i-sejahtera sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (pkp) dan penutupan penuh (total lockdown) di seluruh malaysia termasuk di pulau pinang

Bagi memastikan Program i-Sejahtera berjalan dengan baik sepanjang tempoh PKP dan arahan penutupan penuh (total lockdown) dikuatkuasakan, YB Phee Boon Poh selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Kebajikan telah bersetuju dengan cadangan kaedah pelaksanaan urusan Program i-Sejahtera seperti butiran yang berikut:

i. Semua dokumen pemohon (yang bertandatangan atau tidak) termasuk borang pendaftaran pemohon boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui e-mel i-Sejahtera* setiap Pejabat Daerah dan Tanah (PDT);

ii. PDT akan menyediakan kotak khas khusus untuk penerimaan borang-borang pendaftaran online yang dicetak sekiranya pemohon memilih untuk mengemukakan dokumen tersebut secara manual atau terus ke PDT;

iii. Semua pendaftaran melalui borang manual dibekukan dan hanya pendaftaran melalui borang online dibolehkan bagi semua program i-Sejahtera; dan

iv. Semua urusan yang melibatkan pertanyaan dan aduan daripada pemohon atau orang awam hendaklah dilakukan secara tanpa bersemuka melalui panggilan telefon, e-mel dan semakan secara atas talian.

Syarat permohonan iSejahtera hendaklah

1) Pemohon mestilah berumur 60 Tahun ke atas.
2) Pemohon mesti berdaftar dengan SPR sebagai pemilih yang mengundi di Negeri Pulau Pinang.

 Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
– Salinan Kad Pengenalan Waris
– Salinan maklumat akaun yang disahkan oleh pihak Bank

Bagi ibu tunggal pula :
1) Warganegara Malaysia.
2) Berdaftar di dalam SPR sebagai pemilih di dalam Negeri Pulau Pinang
3) Bercerai atau kematian suami
4) Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak.
5) Berumur 60 tahun ke bawah semasa mendaftar
6) Tidak berkahwin semula.
7) Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan :
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
– Salinan Sijil Kelahiran salah seorang anak.
– Salinan Kad Pengenalan Waris / Penerima Khairat.
– Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
– Salinan maklumat akaun yang disahkan oleh pihak Bank

Untuk OKU :
1) Warganegara Malaysia.
2) Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun.

 Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
– Salinan Kad Pendaftaran OKU.
– Salinan muka hadapan buku bank.

Untuk program anak emas :

1) Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2) Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
3) Tuntutan tidak boleh dibuat selepas 2 tahun dari tarikh anak dilahirkan.
4) Tarikh kelayakan mulai Januari 2011.

 Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan
– Salinan Sijil Kelahiran anak.
– Salinan MYKID.
– Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu.
– Salinan maklumat akaun yang disahkan oleh pihak Bank

Untuk program ibu emas :

1) Warganegara Malaysia.
2) Berdaftar di dalam SPR sebagai pemilih di dalam Negeri Pulau Pinang
3) Tiada pendapatan tetap/ tidak bekerja
4) Wanita telah/ masih berumahtangga
5) Berumur 60 tahun ke bawah semasa mendaftar


 Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
– Salinan Kad Pengenalan Suami.
– Salinan Sijil Perkahwinan.
– Salinan maklumat akaun yang disahkan oleh pihak Bank

Diharapkan segala maklumat ini, ianya membantu untuk tujuan permohonan.

Sumber

https://docplayer.info/43510411-Manual-pengguna-khusus-untuk-kegunaan-pemohon-bagi-program-anak-emas-sahaja-isejahtera-permohonan-program-anak-emas-secara-atas-talian.html

https://isejahtera.penang.gov.my/index.php

Summary
iSejahtera inisiatif kerajaan Pulau Pinang
Article Name
iSejahtera inisiatif kerajaan Pulau Pinang
Description
Tahukah anda bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan satu inisiatif buat warga emas,ibu tunggal dan program anak emas dipanggil iSejahtera
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: