Now Reading
iRakyat: Cara Mudah Untuk Daftar Bank Rakyat Secara Online

iRakyat: Cara Mudah Untuk Daftar Bank Rakyat Secara Online

iRakyat: Pada masa kini, transaksi secara online lebih digemari kerana mudah dan cepat. Pelbagai inisiatif diwujudkan untuk memudahkan pengguna termasuk mewujudkan perbankan online. Bank Rakyat juga tidak ketinggalan untuk turut mewujudkan satu sistem perbankan online seperti bank-bank yang lain.

iRakyat Login Online: Perbankan Internet Bank Rakyat (Register & New)

Sistem perbankan online Bank Rakyat 

Bank Rakyat telah memperkenalkan satu sistem perbankan online yang juga dikenali sebagai i-Rakyat. Sistem ini diperkenalkan bagi memudahkan urusan harian pengguna. Anda hanya memerlukan akses internet untuk menjalankan sebarang transaksi sama ada memindahkan wang ke akaun lain, membeli barangan secara atas talian dan lain-lain. 

Sistem ini boleh diakses pada bila-bila masa sahaja dan dimana jua. Selain itu, pelbagai servis dan perkhidmatan turut di awarkan oleh Bank Rakyat melalui sistem perbankan online mereka, iRakyat ini. 

Hanya menggunakan telefon bimbit atau laptop, urusan transaksi anda jauh lebih mudah dan cepat. Yang lebih menarik, anda boleh menjejaki sebarang transaksi pengeluaran dan kemasukan wang ke atau dari akaun anda tanpa perlu pergi ke mesin atm atau berbaris di kaunter. 

Bagaimana hendak mendaftar iRakyat (perbankan online Bank Rakyat) ?

Cara Mudah Mendaftar Bank Rakyat Online (iRakyat)

Untuk mendaftar iRakyat, anda perlu mempunyai akaun bank rakyat. 

Cara untuk membuka akaun Bank Rakyat ialah, pergi Bank Rakyat berhampiran anda dan daftar buka akaun di kaunter bank. Sila minta pertolongan staf yang bertugas sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kekeliruan. 

Seterusnya, sekiranya anda sudah mempunyai akaun Bank Rakyat apa yang anda perlu lakukan untuk mendaftar servis iRakyat? Sila ikuti langkah mudah dibawah ini.

Terdapat dua langkah utama untuk mendaftar iRakyat; 

Langkah 1: Daftar Nombor Telefon dan T-PIN

  1. Anda perlu pergi ke cawangan Bank Rakyat yang berhampiran anda. 
  2. Pergi ke kaunter dan nyatakan hasrat anda ingin membuka akaun iRakyat. 
  3. Dapatkan 6 digit pin (T-PIN) untuk digunakan bagi mendaftar akaun iRakyat dan nombor telefon anda. (Penting: Pastikan anda mendaftar nombor telefon yang aktif kerana anda akan menerima TAC di nombor telefon yang didaftarkan.)
  4. Selepas itu, pergi ke mesin ATM. Masukkan kad atm dan no pin anda seperti biasa. 
  5. Kemudian, pilihOthers” dan seterusnya pilih, “Internet Banking TPIN”.
  6. Masukkan nombor telefon anda yang aktif dan 6 digit TPIN.
  7. Selesai. Kini anda perlu mengaktifkannya. 

Langkah 2: Layari laman web rasmi (https://www.irakyat.com.my)

  1. Anda perlu layari https://www.irakyat.com.my untuk proses selanjutnya. 
  2. Klik “Login” dan pilih “Personal Banking” pada drop-down menu. 
  3. Kemudian, anda akan di bawa ke halaman seterusnya. Klik “First Time Registration / Register.”
  4. Pilih I have a Bank Rakyat MyDebit Card-i/Credit Card. Di halaman ini akan ada dua pilihan, jangan pilih “Temporary ID”).

5. Setelah itu, bermula 5 fasa pendaftaran anda.

6. Anda dikehendaki melengkapkan maklumat seperti Card Type (jenis kad, contohnya pilih “ATM (My Debit) Card”, masukkan nombor kad atm yang tertera di bahagian hadapan kad, no telefon dan TPIN. 

6. Klik “Next” untuk langkah selanjutnya. 

7. Masukkan no TAC yang dihantar ke nombor telefon anda di ruang TAC yang disediakan. Klik “Next.”

See Also

8. Seterusnya anda dikehendaki melengkapkan maklumat diri anda; 

  • Username, mestilah tidak melebihi 40 aksara dan alphanumeric iaitu gabungan di antara huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.
  • New Password, cipta password anda. Pastikan Password anda tidak melebihi 20 aksara dan alphanumeric  iaitu gabungan di antara huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.
  • Confirm New Password, sekali lagi masukkan kata laluan yang anda telah cipta. (Penting: Pastikan SAMA dengan password yang anda telah cipta di New Password tadi) 
  • Email Address, masukkan email anda yang aktif. Emel ini akan digunakan untuk login ke akaun anda.
  • Secure phrase, anda hendaklah memasukkan perkataan yang anda ingin gunakan untuk mengesahkan akaun yang anda cuba login nanti ialah akaun milik anda. Secure phrase ini mestilah perkataan yang mudah diingat.
  • Pilih gambar, anda juga dikehendaki untuk memilih gambar untuk mengesahkan identiti akaun anda dengan menggunakan gambar tersebut ketika login nanti. 
  1. Sila baca dengan teliti Terma & Syarat yang dinyatakan di bawah sebelum menanda kotak disebelahnya untuk meneruskan proses selanjutnya. 
  2. Tanda “Accept” dan seterusnya klik “Submit” untuk menghantar permohonan pendaftaran anda. 
  3. Anda akan dibawa seterusnya ke halaman yang tertera maklumat anda serta amaun yang dibenarkan untuk melakukan transaksi.
  4. Dengan itu, pendaftaran akaun iRakya anda telah berjaya. Anda kini boleh menggunakannya untuk sebarang urusan dan transaksi online. 

Kesimpulannya, hanya dengan mengikuti dua langkah utama anda mampu menggunakan sistem perbankan iRakyat dengan mudah. Sistem ini membolehkan anda menikmati pelbagai perkhidmatan menarik daripada pihak Bank Rakyat dan lain-lain.

Jangan ketinggalan untuk turut bersama menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Bank Rakyat ini. Dijamin segala urusan transaksi anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan senang dengan iRakyat. Nikmati kemudahan ini untuk membantu urusan anda seharian. 

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, soalan ataupun kekeliruan sila hubungi pihak Bank Rakyat melalui laman web rasmi (www.bankrakyat.com), no telefon pejabat (1300 80 5454) ataupun rujuk ke cawangan Bank Rakyat yang berhampiran anda. 

Apa itu i-Rakyat? Archives - SemakanStatus

Selamat mencuba dan daftar segera!

Sumber:

error: Content is protected !!