iphone11

iPhone 11 telah diluncurkan pada 10 September 2019, telah mendapat perhatian ramai. Hal ini kerana, menurut suatu kajian, iPhone 11 telah berjaya menyeimbangkan antara harga yang ditawarkan serta fungsi yang ditetapkan.

 Jenama telefon pintar iPhone bukanlah suatu jenama yang asing di dunia. Jika di Malaysia, iPhone sering digunakan oleh orang ‘have-have’ atau orang yang minat dan gemar dengan gambar yang berkualiti tinggi.

Sekiranya ketika keluar bersama keluarga atau rakan-rakan, iPhone akan menjadi mangsa untuk digunakan bagi menangkap gambar. Setakat ini, belum ada mana-mana jenama telefon pintar yang mampu menandingi kualiti gambar iPhone.

Demi mengekalkan kualiti penghasilan iPhone, pengeluaran jenis iPhone tidak selaju dan sepantas jenama telefon pintar yang lain. Tren penghasilan ini boleh kita lihat melalui perbandingan jumlah perbandingan jenama telefon pintar.

Setakat ini, iPhone telah menghasilkan hanya 29 jenis iPhone. Sekiranya dibandingkan dengan jenama telefon pintar gergasi lain seperti Samsung, Xiomi dan Redmi sudah semestinya iPhone tewas. Namun, bukanlah kuantiti yang dikejarkan tetapi kualiti yang difokuskan.

Sebab-sebab iPhone 11 perlu dimiliki

Antara pelbagai jenis iPhone yang telah diluncurkan, iPhone ini merupakan yang paling terkenal. Terdapat 8 sebab yang menjadikan iPhone ini terkenal dan perlu anda milikinya.

  • Ketahanan

Apple telah mengeluarkan kenyataan bahawa skrin telefon pintar iPhone 11 adalah yang paling kuat dan tahan lama yang pernah dicipta. Maknanya, secara teori iPhone ini mampu menahan hentakan dan jatuhan secara tidak sengaja.

Teori ini telah disahkan apabila menggunakan CNet’s Drop Test ke atas iPhone ini. Apabila diuji skrin telefon pintar iPhone 11, ternyata mampu menahan hentakan apabila dijatuhkan daripada ketinggian lebih kurang 3.35 meter.

Terdapat sedikit keretakan pada kemera belakang iPhone ini tetapi masih mampu digunakan. Cuma, kualti kemera sedikit berkurang. Disarakan menggunakan sarung telefon atau mempunyai AppleCare+. iPhone 11 juga menggunakan ‘dual ion-exchange process’ untuk menguatkan bahagian depan dan belakangnya.

  • Kamera Dwi-Kanta

Kamera dwi-kanta telah dinaiktaraf dan dikemaskini. Perkara yang dinaiktaraf dan dikemaskini termasuklah 12 megapixel kanta ‘wide-angle’ (26mm panjang fokus) dan 12 megapixel kanta ‘ultra-wide-angle’  (13 mm panjang fokus) berbanding satu kanta kemera 12 megaixel di dalam iPhone XR.

Kanta ‘ultra-wide-angle’ mempunyai pemandangan seluas 120 darjah yang dimana sesuai untuk mendapatkan gambar secara ‘landscape’ atau tangkapan seni bina. Berbanding iPhone 11 Pro, iPhone 11 tidak mempunyai kanta ‘telephoto’. Maka, ciri 2 kali ganda ‘optical zoom in’ tidak dimiliki oleh iPhone 11 yang biasa.

Dengan kanta ‘ultra-wide-angle’ baharu, Apple memperkenalkan aplikasi kamera yang akan mempamerkan keseluruhan keluasan pemandangan yang diambil. Hanya dengan satu ‘tap’ mampu menukarkan mod yang digunakan.

iPhone 11 juga dilengkapi dengan Smart HDR yang mampu mengenalpasti orang yang diambil gambar. Ciri ‘face highlight’, bayang, tona kulit yang kelihatan ‘natural’ dan elemen latar belakang dikekalkan.

  • Slofie

Kamera hadapan yang dilengkapi dengan ciri TrueDepth mampu mengambil 120 fps video gerak perlahan. Ciri ini dipanggil ‘Slofies’. Ciri ini sama seperti kamera belakang yang mampu mengambil video gerak perlahan.

Ciri ini juga sesuai digunakan untuk membuat aksi gerak perlahan menggunakan kamera hadapan di TikTok yang terkenal. Inilah tren baharu sosial media.

  • Mod Malam

Ciri fotografi iPhone juga telah memperkenalkan mod malam atau ‘Night Mode’. Ciri ini memperbaiki dan menambah baik keupayaan fotografi iPhone ini ketika dalam persekitaran ‘low-light’. Gajet akan mengesan secara automatic ketika mod malam perlu digunakan.

Gambar yang dihasilkan juga akan mengambil sedikit masa bagi mendapatkan gambar yang jelas. Menggunakan mod malam memerlukan tangan yang tidak mudah bergoyang supaya gambar yang diambil tidak kabur.

Ciri mod malam yang dimiliki iPhone ini adalah disebbakan kamera ‘wide-angle’ yang mempunyai pengesan cahaya dengan 100 peratus Focus Pixel. Ciri ini bersamaan seperti mod malam Google yang menggunakan ‘software’ untuk mencerahkan gambar tersebut.

Mod malam tidak memerlukan flash dan kamera akan mengambil beberapa keping gambar sambil menyeimbangkan kanta. Cip A13 akan memadam bahagian yang kabur dan mengabungkan gambar yang jelas.

  • Paparan Berkualiti

iPhone 11 mempunyai paparan 6.1 inci LCD yang tidak dapat ditangini oleh mana-mana telefon pintar iPhone yang lain. Paparan ini dikenali sebagai ‘Liquid Retina HD’ yang mempunyai resolusi 326 pixel per inci.

Apple mengatakan bahawa paparan LCD iPhone 11 merupakan yang paling maju di dalam sejarah pengenalan telefon pintar. Paparan i-Phone 11 juga mempunyai teknologi terkini Apple seperti ‘Tap to Wake’ untuk mengaktifkan paparan dengan sekali tekan.

Malah, sistem ‘Swipe-Based Gesture’ juga mengantikan butang ‘Touch ID Home’. ‘True Tone’ akan menyesuaikan paparan yang dihasilkan untuk memastikan paparan yang dihasilkan jelas seolah-olah hidup dan betul.

  • Kuasa Penghasilan yang Diperbaiki

iPhone 11 dilengkapi cip yang terbaharu iaitu A13 Bionic Processor. Cip tersebut menambahbaik keupayaan memprses iPhone 11 sebanyak 20 peratus berbanding iPhone XS. Cip ini juga mampu menambahbaik keupayaan bateri.

Penghasilan ini akan menguruskan iPhone 11 tanpa mengurangkan bateri gajet. Pengurangan tenaga yang digunakan adalah sebanyak 40 peratus.

Menurut ujian yang dilakukan oleh AnandTech, cip A13 di dalam i-Phone 11 mempunyai 50 sehingga 60 peratus keupayaan pengekalan grafik berbanding iPhone XS dan 20 peratus lebih laju untuk keupayaan CPU.

  • Memanjangkan Keupayaan Bateri

Kebanyakkan aduan berkenaan iPhone adalah kerana mempunyai jangka hayat bateri yang sedikit. Maka, Apple mula mengejar Android untuk memastikan kapasiti bateri iPhone meningkat. Sekiranya dibandingkan dengan iPhone XS, iPhone 11 bertahan lebih satu jam.

iPhone 11 juga mempunyai ciri ‘Optimized Battery Charging’ yang akan mengurangkan degradasi bateri ketika mengecas. Ciri ini akan menggunakan jam loceng yang telah ditetapkan di dalam gajet. Sebelum jam loceng iPhone 11 berbunyi, gajet hanya akan dicas sehingga 80 peratus sahaja. Selepas jam loceng iPhone 11 berbunyi, gajet akan dicas sehingga penuh.

  • Keselamatan dan Privasi

IPhone 11 dilengkapi dengan Face ID yang menggunakan pengesan wajah 3D. Ciri ini tidak boleh ditipu dengan menggunakan gambar, topeng mahupun wajah tiruan yang lain.

Ciri keselamatan ‘Attention Aware’ membenarkan Face ID dibukan hanya ketika pemilik memandang kea rah telefon miliknya dengan mata yang terbuka. Sekiranya mata tertutup, tidur, tidak sedarkan diri dan memandang ke arah lain, peranti itu tidak akan berfungsi.

SUMBER:

https://www.pastemagazine.com/tech/iphone-11/iphone-11-features/#improved-processing-power

https://www.macrumors.com/roundup/iphone-11/#display

https://www.apple.com/my/iphone/compare/?modelList=iphone11,iphone11pro,iphone11promax

Summary
iPhone 11: 8 Sebab Ia Terkenal dan Perlu Dimiliki
Article Name
iPhone 11: 8 Sebab Ia Terkenal dan Perlu Dimiliki
Description
iPhone 11 telah diluncurkan pada 10 September 2019, telah mendapat perhatian ramai. Hal ini kerana, menurut suatu kajian, iPhone 11 telah berjaya menyeimbangkan antara harga yang ditawarkan serta fungsi yang ditetapkan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: