insurans takaful
Takaful adalah sejenis insurans berprinsipkan Islam di mana ahlinya menyumbang wang ke dalam sistem tabung (pool system) untuk menjamin satu sama lain terhadap kerugian atau kerosakan yang berlaku.

Takaful adalah sejenis insurans berprinsipkan Islam di mana ahlinya menyumbang wang ke dalam sistem tabung (pool system) untuk menjamin satu sama lain terhadap kerugian atau kerosakan yang berlaku. Insurans berjenama takaful adalah berdasarkan syariah atau undang-undang agama Islam. Ia menerangkan bagaimana individu bertanggungjawab untuk bekerjasama dan melindungi satu sama lain seperti yang diperintahkan dalam Islam. Di samping itu, polisi takaful ini meliputi aspek kesihatan, kehidupan, dan keperluan insurans am.

Dalam takaful, pemegang polisi adalah pelabur bersama dengan penjual insurans (pengendali takaful), yang bertindak sebagai mudarib – pengurus atau ejen keusahawanan untuk pemegang polisi. Para pemegang polisi berkongsi dalam keuntungan serta kerugian pelaburan yang dibuat. Pulangan yang positif terhadap polisi tidak dijamin secara sah, kerana jaminan keuntungan yang tetap akan melibatkan penerimaan bunga dan menyalahgunakan larangan terhadap riba seperti yang ditetapkan dalam Islam.

Sekarang, mari kita lihat beberapa pakej Insurans Takaful yang anda boleh dapatkan.

a) Etiqa – E-medical Pass Takaful

1. HARGA DAN PERLINDUNGAN

Harga – TIGA (3) pakej terdiri daripada Silver, Gold dan Platinum dengan had tahunan keseluruhan sehingga RM120 ribu dan tiada had seumur hidup.

Perlindungan

  • Perlindungan sepanjang hayat tanpa had.
  • Manfaat pembedahan dan jagaan di hospital bagi pesakit dalam.
  • Manfaat pesakit luar.

2. CIRI-CIRI KHAS

  • Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan (hanya jawab 3 soalan kesihatan bagi mendapatkan perlindungan serta merta).
  • Kemasukan ke hospital tanpa tunai.
  • Penggunaan aplikasi Etiqa Healthcare (berupaya menunjukkan hospital panel yang terdekat dengan anda).
  • Kadar bayaran yang sangat berpatutan iaitu serendah RM1.77 sehari.
  • Mempunyai tiga pilihan bagi jumlah penolakan daripada RM1 ribu hingga RM5 ribu.

b) AIA Public Takaful – A-Plus Health-i

1. HARGA DAN PERLINDUNGAN

Harga – EMPAT (4) pakej serendah RM200 dengan had tahunan sehingga RM2 juta dan tiada had seumur hidup.

Perlindungan

2. CIRI-CIRI KHAS

  • Ganjaran dengan AIA Vitality seperti:
  1. Sehingga 100% penepian deduktibel.
  2. Faedah peningkatan bilik dan penginapan hospital – sehingga 100% daripada jumlah faedah.
  3. Health wallet booster tahunan.

  • Pilihan untuk membayar kadar yang lebih sedikit.
  • Health wallet – memberi ganjaran sekiranya anda tidak melakukan tuntutan.

c) AmMetLife Takaful – i-Am Care

1. HARGA DAN PERLINDUNGAN

Harga – SATU (1) pakej iaitu RM200 dengan had tahunan keseluruhan sehingga RM100 ribu dan tiada had seumur hidup.

Perlindungan

  • Manfaat kemasukan ke hospital.
  • Manfaat pra dan rawatan susulan hospital.
  • Manfaat pesakit luar.
  • Manfaat malapetaka perubatan
  • Lain-lain manfaat –
  1. Cukai kepenggunaan berkaitan

2. CIRI-CIRI KHAS

  • Tiada pembayaran jika bilik dan lembaga tidak melebihi pelan.
  • Menggunakan konsep syariah
  1. ‘Wakalah’ – semua pemegang sijil melantik AmMetLife Takaful sebagai agensi.
  2. ‘Tabarru’ – semua pemegang sijil bersetuju untuk menderma sebahagian daripada jumlah yang dibayar.
  3. ‘Qardh’ – pinjaman tanpa faedah berada dalam keadaan defisit.

d) Takaful Malaysia – Takaful myHealth Plus

1. HARGA DAN PERLINDUNGAN

Harga – ENAM (6) pakej dari RM50 sehari dengan had seumur hidup sehingga RM300 ribu.

Perlindungan

  • Kos kemasukan ke hospital.
  • Manfaat pesakit dalam di hospital tempatan atau luar negara.
  • Kos rawatan di wad biasa atau ICU.

2. CIRI-CIRI KHAS

  • Proses pendaftaran yang mudah.
  • Bonus pembaharuan sebanyak 10% sehingga kadar maksimum sebanyak 50%.
  • Tunai belas kasihan sehingga RM3 ribu bagi kematian.
  • Tunai kecemasan tambahan sehingga RM3 ribu sekaligus untuk kemasukan ke hospital selama 5 hari berturut-turut atau lebih.

e) Zurich Takaful – Medica2015

1. HARGA DAN PERLINDUNGAN

Harga – ENAM (6) pakej serendah RM150 dengan had tahunan keseluruhan  sehingga RM500 ribu dan tiada had seumur hidup.

Perlindungan

  • Rawatan kanser dan dialisis buah pinggang.
  • Manfaat kemasukan ke hospital.
  • Manfaat pesakit luar.
  • Manfaat-manfaat lain:
  1. Manfaat penjaga bagi kanak-kanak orang yang dilindungi.
  2. Penjagaan kejururawatan di rumah.
  3. Bayaran laporan perubatan.
  4. Cukai atas perbelanjaan yang layak.

2. CIRI-CIRI KHAS

  • Diskaun tanpa tuntutan.
  • Mendapat pendapat perubatan kedua.
  • Kemasukan ke hospital tanpa tunai dan bantuan 24-jam.
  • Perlindungan di mana saja anda berada:
  1. Program bantuan antarabangsa.
  2. Bantuan perjalanan.
  3. Bantuan kereta.
  4. Bantuan kediaman.

SUMBER

https://www.investopedia.com/terms/t/takaful.asp  

https://www.etiqa.com.my/v2/health-insurance-takaful/e-medical-pass-takaful

https://www.aia.com.my/en/our-products/medical-protection/a-plus-health-i.html

http://zurichtakafulsemenyih.blogspot.com/p/blog-page.html

https://www.takaful-malaysia.com.my/products/general/Pages/myhealthplus.aspx

https://www.ammetlifetakaful.com/Products/Direct/i-Am-Care.aspx

Summary
Insurans Takaful
Article Name
Insurans Takaful
Description
Takaful adalah sejenis insurans berprinsipkan Islam di mana ahlinya menyumbang wang ke dalam sistem tabung (pool system) untuk menjamin satu sama lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: