insiden bot karam mengorbankan nyawa pasukan polis marin
Berlakunya satu kes bot karam di mana seorang anggota pasukan penyelamat maut sementara cuba menyelamatkan mangsa di Sandakan, Sabah.

Baru-baru ini, berlakunya satu insiden di mana seorang anggota Pasukan Polis Marin terkorban ketika cuba menyelamatkan mangsa-mangsa bot karam di Sandakan, Sabah (berdasarkan sumber daripada ‘World of Buzz’). Anggota polis marin terbabit berjaya menyelamatkan 27 pelajar dan 9 warga awam tanpa mengira bahaya buat dirinya sendiri.

Jika anggota polis marin yang sudah terlatih dalam keadaan sebegini juga boleh maut, bagaimana pula dengan kita ini? Apakah yang boleh kita lakukan sekiranya kita berada dalam keadaan sama dengan pelajar-pelajar yang lemas itu tetapi tidak berjaya mendapatkan bantuan luar dengan segera?

Justeru itu, langkah-langkah pertama dalam menyelamatkan diri ketika lemas adalah aspek yang sangat penting. Inilah yang boleh membantu kita kekal selamat sementara menunggu bantuan luar, jika ada. Kejadian yang berlaku ke atas polis marin ini telah membuka mata ramai orang

Dalam artikel ini, mari pelajari beberapa cara untuk menyelamatkan diri sekiranya anda lemas atau mengalami situasi sama seperti kejadian bot karam ini. Ketahui bahawa ia haruslah dilakukan mengikut kesesuaian situasi, lokasi dan masa.

  • Jika anda lemas kerana faktor bot karam, pastikan anda memakai jaket keselamatan yang disediakan.
Jaket Keselamatan

Jaket keselamatan boleh memberi apungan seketika sementara menunggu bantuan luar. Pastikan anda memakainya dengan betul dan dapat memberi sokongan pada leher anda agar kepala anda tidak tenggelam sekali.

  • Jika tiada jaket keselamatan, cuba apungkan diri anda sendiri.

Cara mengapung diri mempunyai tiga posisi berbeza iaitu terlentang, tegak dan meniarap (berdasarkan sumber daripada ‘Media Maklumat’). Jika anda tidak pandai berenang atau mengapungkan diri, cari sumber lain yang boleh anda gunakan sebagai bantuan seperti kayu atau objek-objek besar yang boleh terapung.

  • Jika anda seorang perenang, jauhkan diri daripada orang lain buat seketika.

Walaupun anda sebenarnya adalah perenang yang hebat, namun sekiranya anda ditarik oleh individu-individu lain sebagai percubaan mereka untuk menyelamatkan diri, kesemua kehebatan itu sudah tidak berguna lagi.

Cuba jauhkan diri daripada kelompok yang lain tetapi janganlah pergi terlalu jauh kerana anda mungkin boleh lemas tanpa pengetahuan orang. Sebaliknya, ambil masa untuk berfikir bagaimana anda boleh menyelamatkan diri anda dan juga individu lain sebelum bantuan luar tiba.

  • Jika anda sudah mula tenggelam, tolak kaki sekuat hati agar anda dapat naik ke permukaan.

Biasanya, individu mula berputus asa dan semakin panik apabila mula tenggelam sedikit demi sedikit. Namun, apa yang anda harus lakukan adalah mencuba menolak badan anda ke permukaan air bagi mendapatkan udara. Manusia memang sejak awal dilahirkan tidak boleh bernafas dalam air buat masa yang lama. Kita memerlukan oksigen agar organ dalam badan boleh terus bekerja.

Manusia biasa hanya boleh bertahan dalam air selama lebih kurang 2 minit sahaja walaupun telah ramai individu yang membuktikan bahawa mereka boleh bertahan lebih daripada tempoh itu. Setiap orang adalah berbeza. Jika anda lemas, anda pasti akan tercungap-cungap mencari oksigen walaupun baru beberapa saat di dalam air.

  • Bertenang dan jangan panik.
Apungkan diri dan bertenang

Kesemua langkah di atas tidak boleh diselesaikan jika anda panik, jadi kekal bertenang. Apabila anda bertenang, barulah anda boleh berfikir dengan rasional dan positif. Jadi, ambil masa untuk memikirkan langkah yang boleh anda lakukan dengan cepat kerana hal ini berkaitan dengan nyawa anda.

Elakkan berlagak seperti anda boleh mengawal semua keadaan itu sendirian kerana kepakaran berenang anda mungkin tiada gunanya jika anda panik.

JADI,

Lemas dan tenggelam dalam air boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira anda seorang perenang yang baik mahupun individu biasa yang tidak pandai berenang. Ianya adalah lebih baik untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan sebegini lebih awal kerana anda mungkin bakal menghadapinya bila-bila masa. Pengetahuan ini mungkin tidak bermanfaat kepada anda sebagai seorang mangsa tetapi sebahagiannya mungkin boleh digunakan sebagai langkah awal sekiranya anda melihat individu yang lemas di depan mata.

SUMBER

  1. https://www.worldofbuzz.com/boat-crashes-in-sandakan-waters-gof-personnel-gives-his-life-to-save-all-passengers/
  2. https://mediamaklumat.com/cara-belajar-berenang/
  3. https://www.wikihow.com/Save-Yourself-from-Drowning-in-a-Shipwreck
  4. https://www.wonderopolis.org/wonder/how-long-can-you-hold-your-breath-underwater
Summary
Insiden bot karam di Sandakan: Seorang anggota Pasukan Polis Marin terkorban
Article Name
Insiden bot karam di Sandakan: Seorang anggota Pasukan Polis Marin terkorban
Description
Baru-baru ini, berlaku satu insiden di mana seorang anggota Pasukan Polis Marin terkorban ketika cuba menyelamatkan mangsa-mangsa bot karam di Sandakan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: