innisfree

Innisfree adalah jenama produk kecantikan yang memaparkan faedah semula jadi dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang murni dari Pulau Jeju. Jenama ini menggalakkan kecantikan yang sihat dan menjalani kehidupan yang mesra alam untuk mengekalkan keseimbangan alam semula jadi. Falsafah jenama ini adalah menghasilkan ramuan yang baik bertujuan untuk memberikan pelanggan kecantikan secara yang sihat melalui produk semula jadi. Disini kami berikan 5 produk Innisfree yang popular di Malaysia dan alternatifnya.

Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.

Innisfree Apple Seed Lip & Eye Makeup Remover 100ml

Innisfree Apple Seed Lip & Eye Makeup Remover 100ml

RM30.00

Innisfree Apple Seed Lip & Eye Makeup Remover ini diformulasikan dengan minyak biji epal untuk menghilangkan solekan di bibir dan mata dengan lembut dan berkesan tanpa rasa berminyak. Minyak biji epal membantu melembapkan dan memberi khasiat di dalam dan di luar kulit sambil melindungi kulit yang sensitif dari kerengsaan kulit yang mugkin disebabkan oleh penyingkiran solekan. Ia juga membantu menghilangkan kekotoran yang tertanam di dalam kulit. Bahan-bahannya adalah bebas daripada minyak mineral, pigmen sintetik, bahan haiwan, sulfat dan pewangian.

Etude House Soon Jung Lip & Eye Makeup Remover 100ml

Etude House Soon Jung Lip & Eye Makeup Remover 100ml

RM22.50

Etude House Lip & Eye Makeup Remover menanggalkan solekan dengan berkesan dan lembut di sekitar kulit mata yang halus. Ia tidak menyebabkan kerengsaan mata kerana teksturnya kurang berminyak. Ia melindungi dan menjaga kulit yang sensitif tanpa mengeringkan kulit tetapi mengekalkan penghidratan kulit. Produk ini telah lulus pelbagai ujian di atas kulit dan disahkan selamat serta tidak mencelakan kulit atau menyebabkan tindak balas alahan pada kulit.

Innisfree Green Tea Seed Cream 50ml

Innisfree Green Tea Seed Cream 50ml 

RM89.00

Innisfree Green Tea Seed Cream adalah krim lembut yang menggunakan Dual-Moisture-Rising Technology, membantu memberikan kulit penghidratan yang menyegarkan untuk menambah tahap kelembapan kulit agar kulit sihat dan berseri. Ia mengandungi 16 jenis asid amino untuk membantu memulihkan kulit yang kering dan menguatkan penghalang kelembapannya. Produk ini juga membantu meningkatkan kelembutan kulit kering dengan kelembapan yang kaya untuk kulit yang halus dan sihat.

The Chok Chok Green Tea Intense Cream 60ml

The Chok Chok Green Tea Intense Cream 60ml

RM 61.00

Produk ini mengandungi 100% ekstrak teh hijau yang membantu melembapkan kulit untuk waktu yang panjang. Tekstur gelnya yang kaya dengen kelembapan membolehkan aplikasi yang halus dan tidak melekit untuk melembapkan kulit yang kering. Ia berkesan memberi anti-pengoksidaan, melembapkan dan menenangkan kulit dengan ekstrak teh hijau dan oleh itu ia adalah sesuai untuk kulit yang sensitif. Ekstrak teh hijaunya juga membantu melindungi kulit daripada pencemaran dan kerosakan UV, serta membantu mencerahkannya untuk penampilan yang lebih muda.

Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner 200ml

Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner 200ml

RM75.00

Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner ini diformulasikan dengan Jeju Volcanic Clusters & Spheres™ untuk menyerap sebum yang berlebihan dan membersihkan liang pori muka. Penyerapannya adalah 2x lebih kuat secara menyeluruh dan berkesan menghilangkan sebum berlebihan. Bahan Jeju Volcanic sulfur juga membantu mengawal sebum berlebihan dan menjaga kulit menjadi halus dan matte. Kesan penghilangan kotoran dan pengawalan sebum daripada produk ini kekal dan tahan untuk waktu yang panjang selepas digunakan.

Clean & Clear Essentials Oil Control Toner 100ml

Clean & Clear Essentials Oil Control Toner 100ml

RM11.90

Clean & Clear Essentials Oil Control Toner dibuat menggunakan formula bebas minyak boleh membantu membersihkan sebum dan kotoran di kulit muka. Salicylic Acid ini membantu mengawal sebum, oleh itu ia berkesan mencegah jerawat dan bintik hitam serta mengelakkan kulit kelihatan berkilauan daripada minyak. Penggunaan toner ini menjadikan kulit seimbang dan segar secara semula jadi membawa kepada kulit yang berasa bersih dan licin.

Innisfree Perfect UV Protection Cream (Long Lasting / Oily Skin) SPF50+ / PA+++

Innisfree Perfect UV Protection Cream (Long Lasting / Oily Skin) SPF50+ / PA+++

RM64.00

Innisfree Perfect UV Protection Cream ini merupakan krim perlindungan UV yang menyegarkan dan tahan untuk waktu yang panjang. Ia mengandungi minyak bunga matahari dan ekstrak teh hijau Jeju yang membantu menjaga kesihatan kulit dan melindunginya daripada sinar UV. Ia memberi perlindungan UV yang kuat dan tahan keringat dan sebum menjadikannya bagus untuk aktiviti-aktiviti luar disebabkan formulanya kalis air bagi waktu yang panjang. Minyak biji blueweed dan ekstrak anggur di dalamnya juga menjadikan kulit berasa segar dengan melegakan tekanan kulit.

Face Republic Super Screen Sun Gel SPF50+ 50ml

Face Republic Super Screen Sun Gel SPF50+ 50ml

RM 38.25

Produk ini mengandungi formula yang tidak melekit, tidak berminyak, bertekstur gel dan sangat ringan pada kulit, menjadikan kulit berasa tenang dan segar sambil melindunginya secara aktif dari sinaran UVA dan UVB yang berbahaya. Formula ini boleh digunakan terus secara langsung pada wajah muka yang bersih tanpa produk penjagaan kulit lain dan untuk perlindungan matahari anda setiap hari. Produk ini tidak mempunyai bahan-bahan yang berbahaya seperti parabens dan fosfat.

Innisfree No Sebum Moisture Powder 5g

Innisfree No Sebum Moisture Powder 5g

RM38.00

Innisfree No Sebum Moisture Powder ini merupakan produk solek asas yang membantu mengawal sebum membolehkan kulit dijadikan tidak berminyak dan halus sepanjang hari. Ia mengandungi ekstrak pudina semula jadi dan garam mineral yang berasal dari air laut lava Jeju. Ia merangkumi wajah solek berminyak menjadikan kulit anda licin dan matte. Formulanya membantu mengawal minyak berkali ganda untuk penampilan yang tidak bersinar. Serbuknya mengawal lebihan minyak untuk kemasan wajah matte yang lembut dan semula jadi.

BBIA Last Sebum Pact 00 Super Clear 7g (Oil Control Powder Pact)

BBIA Last Sebum Pact 00 Super Clear 7g (Oil Control Powder Pact)

RM64.96

BBIA Last Sebum Oil Control Powder adalah serbuk ringan untuk menetapkan solek, melindung dan menghaluskan kulit dengan mengurangkan penampilan liang pori dan garis halus sehingga 12 jam. Ia menyerap minyak tanpa mengganggu solek anda ketika disapukan di atas. Rumusannya memastikan kulit anda tetap kelihatan matte dan segar tanpa meninggalkan jejak warna serta mengurangkan minyak berlebihan di muka, menjadikan kulit kelihatan kemas dan lembut.

Summary
Innisfree Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik Untuk Kulit Anda
Article Name
Innisfree Malaysia dan 5 Alternatif Yang Baik Untuk Kulit Anda
Description
Innisfree adalah jenama produk kecantikan yang memaparkan faedah semula jadi dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang murni dari Pulau Jeju. Jenama ini menggalakkan kecantikan yang sihat dan menjalani kehidupan yang mesra alam untuk mengekalkan keseimbangan alam semula jadi. Falsafah jenama ini adalah menghasilkan ramuan yang baik bertujuan untuk memberikan pelanggan kecantikan secara yang sihat melalui produk semula jadi. Disini kami berikan 5 produk Innisfree yang popular di Malaysia dan alternatifnya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: