peraturan pkp bersyarat baru
Rakyat Malaysia kini sudah boleh mula menarik nafas lega apabila kerajaan bertindak mengenakan peraturan PKP dengan syarat baru ketika negara mula memasuki fasa ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini yang berkuatkuasa pada 4 Mei.

Rakyat Malaysia kini sudah boleh mula menarik nafas lega apabila kerajaan bertindak mengenakan peraturan PKP dengan syarat baru ketika negara mula memasuki fasa ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini yang berkuatkuasa pada 4 Mei.

Kerajaan telah mengeluarkan satu set peraturan PKP baru bagi rakyat Malaysia untuk mematuhi Warta Persekutuan terbaru yang dikenali sebagai Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Tindakan Berkuatkuasa di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) (No. 5) 2020.

Bilakah peraturan baru ini akan mula berkuatkuasa?

Peraturan baru PKP bersyarat ini telah diwartakan pada 3 Mei, dan akan berkuatkuasa dari 4 Mei hingga 12 Mei ini, iaitu tarikh berakhirnya PKP Fasa 4.

Dalam peraturan ini, terdapat peraturan lama yang dibubarkan atau diubah untuk membolehkan rakyat hidup dengan selesa dan teratur apabila berkuatkuasanya peraturan baru tersebut.

Apakah peraturan PKP bersyarat yang baru?

  • Tiada pergerakan dari satu kawasan yang dijangkiti ke kawasan lain (perjalanan antara negeri) melainkan atas tujuan bekerja atau mereka yang terdampar di satu tempat ingin pulang ke rumah.

  • Hanya maksimum 4 orang penumpang sahaja dibenarkan menaiki kereta, dan semuanya mestilah dari rumah yang sama.

  • Perhimpunan pengebumian tidak boleh melebihi 20 orang.

  • Kapasiti individu yang dibenarkan menggunakan pengangkutan awam adalah separuh daripada jumlah maksimum penumpang bagi pengangkutan itu.

  • Kereta teksi dan e-hailing hanya boleh memuatkan dengan jumlah maksimum iaitu 2 orang penumpang.

  • Mana-mana warganegara Malaysia, menetap di Malaysia, ekspatriat yang pulang dari luar negara diharuskan menjalani pemeriksaan kesihatan setibanya di Malaysia.

Jadi, apakah aktiviti yang dilarang?

Mari kita lihat aktiviti yang dilarang dalam tempoh yang ditetapkan:

  • Aktiviti hiburan, riadah dan rekreasi yang boleh menjadi tempat perkumpulan orang ramai.
  • Perhimpunan agama, budaya dan seni.
  • Segala aktiviti perniagaan yang boleh menjadi tempat perkumpulan orang ramai.
  • Mencuba pakaian di bilik persalinan.
  • Menguji barang kosmetik di kedai berkenaan.
  • Perkhidmatan kedai gunting rambut dan salun kecantikan.
  • Penggambaran filem, drama dan iklan.
  • Kegiatan kapal persiaran, perkhidmatan pelancongan dan perkhidmatan di premis penginapan yang berada di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.
  • Penjualan dan pemasaran industri perkhidmatan kewangan dan perbankan di luar premis atau di tempat awam.
  • Sebarang penjualan dan pemasaran komersial di luar premis perniagaan atau di tempat awam – kecuali perniagaan makanan di medan selera, pusat penjaja, gerai makanan, trak makanan dan lain-lain.
  • Pemasangan dan penyelenggaran mesin seperti lif, eskalator, ‘boiler’ dan menara kren di tapak pembinaan secara berkumpulan yang boleh melibatkan perhimpunan individu.
  • Aktiviti di tempat pusat pekerja, asrama pekerja dan asrama yang boleh menjadi tempat perkumpulan.
  • Pemeriksaan teori dan praktikal bagi ‘shot-firer’ untuk industri perlombongan dan penggalian.
  • Pensijilan untuk produk pertanian.

Bolehkah kita dikenakan penalti kerana melanggar perintah baru ini?

Hukuman disebabkan melanggar peraturan PKP bersyarat baru ini sama dengan peraturan sebelumnya iaitu dengan denda maksimum RM1,000, atau penjara maksimum 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Jadi, pastikan anda mengikut arahan kerajaan demi kesejahteraan anda dan orang lain.

Bagaimana pula dengan kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa?

Ketua Pengarah diberikan kuasa untuk mengeluarkan apa-apa arahan dengan tujuan untuk mencegah dan mengendalikan wabak ini, kecuali untuk kegiatan yang dilarang sahaja.

Malah, pegawai yang diberikan kebenaran boleh meminta sebarang maklumat yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit daripada sesiapa sahaja.

Sekarang, mari dapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai aspek-aspek di bawah

  1. Tiada lagi sekatan perjalanan sejauh 10km

Di bawah Peraturan 4 yang baru, rakyat Malaysia sekarang dapat bergerak dengan bebas di mana-mana “kawasan tempatan yang dijangkiti” – atau dikenali sebagai negeri atau wilayah persekutuan, atau dengan kata lain tanpa melintasi sempadan negara serta dengan hanya satu batasan sahaja.

Pergerakan tersebut dibataskan dengan  tidak ada yang dapat memasuki atau keluar dari tempat di mana perintah kawalan pergerakan yang diketatkan  berlaku, kecuali bagi mereka yang perlu keluar atas urusan perkhidmatan kesihatan dan perubatan, atau jika diberi izin oleh pegawai yang diluluskan.

  1. Perjalanan antara negeri dibenarkan untuk orang yang terdampar atau untuk atas tujuan kerja sahaja

Peraturan untuk perjalanan antara negeri kini dilonggarkan sedikit dengan membenarkan perjalanan bagi mereka yang perlu melakukan perjalanan ke dan dari tempat kerja, atau bagi mereka yang terdampar di satu tempat disebabkan PKP dan ingin pulang pulang ke rumah. (Peraturan baru ini akan bermula secara berkesan bagi membolehkan perjalanan dalam negara kepada rakyat Malaysia yang terkandas mengikut jadual polis iaitu dari 7 Mei hingga 10 Mei).

Sama seperti sebelumnya, mereka yang mempunyai alasan “khusus dan tertentu” harus meminta kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pegawai polis yang bertugas di balai polis berdekatan dengan rumahnya.

Manakala, bagi pergerakan dalam negeri yang hanya dibenarkan bagi tujuan membeli keperluan harian, penjagaan kesihatan dan aktiviti penting juga telah diubahsuai bagi perjalanan dalam negara di bawah peraturan MCO 4, tetapi peraturan baru ini tidak menetapkan syarat seperti itu.

  1. Hanya empat orang sahaja dibenarkan menaiki kereta persendirian, dengan syarat tertentu

Bagi mereka yang memandu kenderaan persendirian, peraturan baru itu membolehkan maksimum empat orang iaitu pemandu dan tiga penumpang  dengan syarat bahawa keempat-empat mereka tinggal di rumah yang sama. Namun, peraturan tersebut tidak menyatakan bahawa ia tertakluk kepada  anggota keluarga sahaja.

Ini adalah berbeza dengan peraturan lama di mana seorang individu hanya dapat ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tinggal di rumah sama ketika keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau tujuan berkaitan yang dibenarkan.

  1. Maksimum dua penumpang sahaja bagi penumpang teksi atau kenderaan e-hailing

Peraturan baru menyatakan bahawa pemandu “kereta sewa, teksi biasa, teksi lapangan terbang, teksi limosin atau kenderaan e-hailing” tidak boleh membawa lebih dari dua penumpang untuk setiap perjalanan.

Bagi penyedia pengangkutan awam lain di darat, laut atau udara, mereka hanya boleh membawa separuh daripada kapasiti maksimum jumlah penumpang untuk setiap perjalanan.

  1. Hanya 20 orang sahaja dibenarkan menghadiri upacara pengebumian

Peraturan baru melarang perjumpaan dan perarakan untuk tujuan ekonomi, keagamaan, pendidikan dan pembelajaran, sukan, rekreasi, sosial atau budaya, tetapi secara khusus menyatakan bahawa perhimpunan untuk pengebumian dibenarkan dengan syarat maksimum hanya 20 orang sahaja dibenarkan menghadiri pengebumian itu.

Peraturan yang terdahulu mempunyai larangan yang sama terhadap perhimpunan tetapi kini, jumlah penglibatan individu secara spesifik sudah diketahui.

JADI,

Peraturan baru ini HARUS diberi perhatian serius oleh semua pihak. Dalam menjelaskan bagaimana peraturan baru ini adalah berbeza dari peraturan sebelumnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengatakan hanya aktiviti yang dilarang akan dianggap sebagai satu kesalahan, manakala aktiviti yang tidak disenaraikan sebagai aktiviti yang dilarang akan dibenarkan dalam tempoh PKP ini

Dengan sedikit kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan, diharapkan ia tidak dipandang remeh oleh masyarakat. Kelonggaran ini tidak bermakna bahawa kesemua aktiviti ini boleh berjalan begitu sahaja, malah langkah-langkah pencegahan COVID-19 harus diambil setiap masa. Perjuangan kita melawan COVID-19 masih belum tamat lagi jadi amalkan langkah-langkah bersesuaian untuk melindungi diri anda dan keluarga tersayang.

Bagi golongan individu yang sudah berumur atau berisiko, kekal di rumah sahaja buat masa ini. Selain itu, jika anda mempunyai simptom-simptom yang berkaitan dengan COVID-19, pastikan anda melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital berkenaan dengan segera agar langkah seterusnya dapat ditentukan.

SUMBER

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/05/05/heres-what-the-new-cmco-rules-say-no-more-10-km-rule-two-passenger-rule-for/1863124

https://www.therakyatpost.com/2020/05/05/these-are-the-new-conditional-mco-rules-you-must-follow/

Summary
Ini Adalah Peraturan PKP Bersyarat Baru Yang Anda Perlu Patuhi
Article Name
Ini Adalah Peraturan PKP Bersyarat Baru Yang Anda Perlu Patuhi
Description
Rakyat Malaysia kini sudah boleh mula menarik nafas lega apabila kerajaan bertindak mengenakan peraturan PKP dengan syarat baru.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: