majlis daerah penampang

Menurut sejarah, Majlis Daerah Penampang ditubuhkan adalah pada tahun 1958, dengan nama Jesselton Rural district yang bertapak di Pejabat Daerah Kecil Penampang. Jesselton District Council (J.D.R) ditubuhkan untuk mentadbir Kawasan Pekan Telipok, Kampung Likas , Taman Foh Sang, Taman Stephen dan Penampang.

Yang Dipertua Majlis Daerah Luar Bandar Jesselton yang pertama ialah Pegawai Daerah Jesselton, Mr. Blow D.S.O., dimana Ketua Eksekutif ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Penampang.

Ahli-ahlinya terdiri daripada Ketua-Ketua Anak Negeri:

  • O.K.K. Laiman Diki bin Siram
  • Mojimbun Majangkim
  • Tan Ping Hing
  • Ewan bin Empok
  • Ahsai bin Ghani

Kapitan-kapitan Cina:

  • Encik Foo Ah Kau (Penampang)
  • Encik Wong Nam Fatt (Telipok)
  • Encik Chin Nyuk (Menggatal)
  • Encik Chin Tsun Yin (Inanam)
  • Encik Ng Swee Hock (Putatan)

Pemilik-pemilik Harta:

  • Mr. W.C. Callard (Estet Lok Kawi)
  • Encik Julius Makajil (Penampang).

Untuk pengurusan yang lebih sistematik, Ordinan Kerajaan Tempatan (1961) telah berubah pada tahun 1966, Menteri Kerajaan Tempatan Sabah telah diwartakan dan berkuasa untuk melantik ahli-ahli Majlis. Perubahan tersebut disusuri selepas Jesselton di tukarkan kepada nama Kota Kinabalu, oleh itu, J.R.D.C dipanggil Majlis Daerah Luar Bandar Kota Kinabalu.

Pada tahun 1978, Kota Kinabalu dinaik taraf kepada perbandaran, di mana merangkumi keseluruhan daerah Kota Kinabalu, di kelola oleh Lembaga Bandaran Kota Kinabalu. Untuk Majlis Daerah Luar Bandar Kota Kinabalu, di gabungkan dibawah Majlis Daerah Penampang.

Peranan

Kerajaan di peringkat tempatan mewartakan pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan pembangunan ekonomi, sosial, fizikal dan persekitaran bandar mengikut Kawasan pentadbiran yang ditetapkan.

Selain daripada melaksanakan pengurusan kerajaan negeri , kerajaan tempatan juga mngelola perkhidmatan seperti berikut :

Pembekal Pekhidmatan:

  • Pusat Perancangan setempat
  • Pembangunan sosial dan ekonomi
  • Pelindung Alam Sekitar Bandar
  • Pengutip Hasil Cukai

Fungsi:

Fungsi Utama Majlis Daerah Penampang sebagai sebuah pentadbiran tempatan yang berkuasa seperti berikut :

Perkhidmatan Perbandaran

Kebersihan bandar dan pekan dari segi pengutipan sampah , pembersihan longkang , daripada Kawasan taman perumahan ( 196 buah ) , ke Kawasan komersial ( 46 buah ), Kawasan persindustrian ( 24 buah ), tamu ( 2 buah) dan kampung ( 72 penempatan)

Pembangunan Petempatan

Memproses serta merancang pelan pelan pembangunan setempatan dengan bertanggungjawab menjalankan projek-projek infrastruktur, kemudahan awam dan hart-harta majlis bawah pentadbiran negeri dan persekutuan.

Penguatkuasaan Undang-Undang dan Kepentingan Majlis

Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Majlis di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, Ordinan Hiburan Awam dan Ordinan Pelesenan di seluruh kawasan pentadbiran Majis termasuk pengeluaran permit-permit, menjaga serta membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima dari penduduk setempat setiap hari

Perlesenan

Dikelola oleh bahagian penguatkuasa majlis yang memproses dan menerima semua jenis permohonan seperti permit, pemeriksaan atas permohonan baru dan mengawal syarat-syarat perlesenan.

Penjagaan persekitaran

Mengawal kebersihan persekitaran di bawah pentadbiran majlis seperti perlaksaan kebersihan premis-premis makanan, kawalan anjing liar, mengambil tindakan terhadap aduan-aduan berkaitan kesihatan dalam pengawalan vektor di Daerah Penampang.

Kadar harta dan cukai

Penilaian data-data berkenaan harta-harta Majlis, melaksakan percukaian, pemilihan serta mengemaskini data-data pemilik/pembayar cukai di kawasan pentadbiran Majlis.

Pengurusan kewangan

Pengutipan semua hasil Majlis, mengawasi pembayaran, menyediakan anggaran tahunan, membuat pelan kewangan serta melaksanakan pengurusan kewangan selaras dengan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 serta Akta Acara Kewangan dan Arahan Perbendaharaan yang berkuatkuasa.

Pentadbiran Sumber Manusia

Bertanggungjawab dalam pengurusan surat-menyurat, penyimpanan dan penyelenggaraan rekod pemfailan, pengurusan dewan-dewan Majlis, pengurusan Aset Alih dan rekod kenderaan Majlis, pengurusan Sumber Manusia , Kebersihan serta Kawalan Keselamatan bangunan Majlis Daerah Penampang.

Projek Pembasmian Kemiskinan

Bertanggungjawab menyalurkan peruntukkan peruntukkan kepada Majlis Daerah Penampang oleh Kerajaan negeri mahupun persekutuan contohnya Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Wilayah Persekutuan dengan projek pembasmian kemiskinan kepada golongan sasar fakir miskin di Daerah Penampang yang tersenarai dalam senarai e-kasih.

Penjagaan Imej Pembandaran

Bertanggungjawab menaik taraf imej bandar terutama di Kawasan umum di bawah bidang kuasa Majlis. Mengelola lanskap (softscape dan hardscape) di taman umum, taman-taman permainan, lanskap umum tepian jalan raya dan kawasan lapang di kawasan-kawasan taman perumahan dalam pentadbiran Majlis.

ICT

Memantau dan melaksanakan perancangan ICT selaras dengan visi kerajaan untuk memberi Perkhidmatan awam yang lebih lancar dan berkualiti.

Berikut sedikit sebanyak berkenaan dengan Majlis Daerah Panampang. Semoga ianya bermanfaat!

Sumber:

http://ww2.sabah.gov.my/md.ppg/?latar-belakang

http://ww2.sabah.gov.my/md.ppg/?peranan-fungsi

Summary
Info Tentang Majlis Daerah Penampang Malaysia
Article Name
Info Tentang Majlis Daerah Penampang Malaysia
Description
Sejarah Majlis Daerah Penampang ditubuhkan adalah pada tahun 1958, Jesselton Rural district bertapak di Pejabat Daerah Kecil Penampang. Jesselton District Council (J.D.R) ditubuhkan untuk menjajah Kawasan Pekan Telipok, Kampung Iikas , Taman Foh Sang, Taman Stephen dan Penampang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: