smpk

SMPK PraSekolah atau juga dikenali sebagai Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan adalah satu sistem yang berfungsi untuk mengumpulkan data para pelajar dan institusi prasekolah. Info-info Berkaitan SMPK akan di bincangkan secara lanjut dan terperinci.

Sistem smpk ini penting kerana ia bertujuan untuk memantau pendidikan prasekolah dan capaian data murid di semua peringkat secara bersistematik.

Selain itu, sistem yang diperkenalkan ini adalah untuk menyelaraskan semua jenis prasekolah di Malaysia samada dari pihak kerajaan ataupun dari pihak swasta juga untuk mengukuhkan lagi tahap pengurusan dan penyelarasan maklumat di semua peringkat pelaksana.

Bagi pihak yang berkaitan, anda dinasihatkan untuk mendaftar dengan sistem maklumat prasekolah kebangsaan ini. Ini bertujuan untuk memastikan semua jenis prasekolah di Malaysia mengikut garis panduan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan dan keperluan murid-murid yang belajar di prasekolah ini.

Sistem smpk ini juga merupakan pengkalan data yang terbesar mengumpul data murid-murid prasekolah dari pelbagai jenis, seperti : Tadika kemas, genius perpaduan ataupun tadika swasta untuk data tahunan (Sebelum, semasa & akan datang).

Dibawah, kami akan membincangkan info-info yang berkaitan dengan smpk ini dengan lebih lanjut lagi.

SMPK

Kepentingan Pendidikan di peringkat PraSekolah

Semua sedia maklum yang pendidikan memainkan peranan yang besar untuk membina sesebuah negara. Pastinya pendidikan di peringkat prasekolah ini turut memainkan peranannya sebagai asas kepada perkembangan pendidikan itu sendiri.

Namun, pendidikan di prasekolah ini tidak termasuk dalam sistem persekolahan di Malaysia. Ini kerana, tidak ada peruntukkan khas yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi pendidikan di peringkat prasekolah ini.

Walaubagaimanapun, pihak Kementerian Pelajaran masih terlibat secara langsung dalam menyediakan buku panduan bagi kewujudan tadika-tadika di Malaysia ini. Ia terpulang kepada institusi masing-masing samada mahu menggunakan buku panduan itu atau pun sebaliknya.

Berikut adalah senarai kepentingan & fungsi pendidikan prasekolah (Seminar Pendidikan UKM, Jun 1989):

  • Melalui sistem pendidikan di peringkat prasekolah ini ianya dapat membantu untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai kelebihan atau kekurangan kanak-kanak sebelum memasuki darjah satu
  • Dengan adanya sistem ini dapat memperluaskan lagi pengalaman kanak-kanak dari kelas sosio-ekonomi yang baik
  • Pendidikan prasekolah ini juga dapat mengisikan dan mencukupkan lagi persediaan pembelajaran yang telah sedia lengkap atau masih lagi tidak lengkap
  • Fungsi yang lain pula adalah untuk membentuk kemahiran kanak-kanak dalam asas 3 M (Membaca, mengira & menulis).
  • Membantu untuk mengimbangi emosi kanak-kanak dengan menyemai sikap positif terhadap diri sendiri, kepercayaan kepada orang lain serta menambahkan keyakinan diri.
  • Memupuk nilai estetika dengan menyemai kesedaran kepada kanak-kanak terhadap keindahan alam sekitar dengan menikmati lagu, muzik dan lain-lain yang berkaitan
  • Menguasai perkembangan dan juga pendidikan katatanegaraan
  • Menyediakan pendidikan asas agama Islam terutamanya kepada kanak-kanak Islam
  • Memberikan pendidikan moral dan juga pendidikan rohani
  • Mewarnai zaman pendidikan kanak-kanak di peringkat prasekolah dengan menyediakan kurikulum yang dapat mengembangkan lagi fizikal dan jasmani mereka selain aktif bermain, bersenam dengan mengerakkan badan dan bermain sesama mereka atau melalui alat permainan

Tidak dinafikan lagi, fungsi pendidikan ini akan semakin bertambah dari semasa ke semasa mengikut arus komodenan masa kini. Maka, tadika digalakkan untuk memberikan perkhidmatan bagi meningkatkan keperluan kanak-kanan seperti :

  • Pendidikan akademik
  • Pendidikan keibubapaan
  • Penjagaan kanak-kanak
  • Perkembangan daya kreatif
  • Perkembangan kerohanian
  • Perkembangan menyeluruh kanak-kanak
  • Perkembangan personaliti kanak-kanak

Akhir sekali, ini dapat disimpulkan pendidikan di peringkat prasekolah ini berperanan besar dalam menyuburkan potensi kanak-kanak dalam segenap aspek perkembangan diri seperti emosi, sosial, fizikal dan intelek.

Cara Login SMPK Prasekolah

Dibawah ini akan dikongsikan bebrapa langkah untuk daftar masuk smpk secara atas talian :

  1. Anda perlu ke laman web rasmi smpk online dengan klik pada pautan ini : https://smpk.moe.gov.my/
  2. Kemudian sila masukkan ID pengguna serta Kata Laluan yang anda daftarkan, kemdian klik pula pada butang masuk
  3. Seterusnya, klik pada butang menu dan kemaskini maklumat diri anda

Sekiranya, anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan smpk ini, anda boleh lah merujuk kepada downlod manual dengan layari ke pautan ini https://smpk.moe.gov.my/.

Setelah itu, lihat pula pilihan antara ruangan ID pengguna dan Kata Laluan dan kemudian klik pada butang “Sila Pilih Fail” dan klik pula pada butang “Downlod”.

Akhir, jika ada sebarang solan berkaitan login ini, anda boleh terus menghubungi mereka di alamat e-mel ini : [email protected]

Matlamat & Fungsi SMPK

Dibawah adalah senarai matlamat utama mengenai sistem ini:

  • Pengumpulan data murid secara tahunan
  • Penjanaan maklumat Prasekolah secara tahunan
  • Permohonan & Pemilihan murid Prasekolah secara tahunan
  • Pengurusan oleh pihak Pembantu Pengurusan Murid (PPM), Guru dan Kelas Prasekolah secara tahunan

Dibawah merupakan senarai fungsi dan rasional mengenai pembangunan sistem ini:

  • Sistem baru atau aplikasi secara atas talian (online) yang menggantikan cara kutipan maklumat/data secara manual selain mengurangkan penggunaan kertas.
  • Smpk merupan sistem yang padu dan cekap jika dibandingkan dengan sistem maklumat terdahulu (manual).
  • Mewujudkan keserasian format dengan membantu dalam penyusunan dan penyimpanan data.
  • Mewujudkan kepelbagaian format sejajar dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).

Senarai Pengguna & Pelaksana

Terdapat beberapa pengguna dan juga beberapa pelaksana yang boleh menggunakan perkhidmatan sistem SMPK ini, antaranya ialah seperti berikut:

Peringkat Pengguna

  • Institusi yang terlibat seperti – Sekolah KPM, Tadika Kemas, Tabika Perpaduan dan Tadika Swasta
  • Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
  • Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Peringkat atau Agensi Pelaksana

  • Tadika Kemas
  • Tadika Swasta
  • Tadika Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN)
  • Prasekolah dibawah sekolah-sekolah KPM

Penutup

Akhir kata, ini adalah sebahagian pendedahan mengenai peranan pendidikan di peringkat prasekolahan juga pendedahan berkaitan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK). Semoga info-info berkaitan dapat memberi manfaat atau menambah pengetahuan anda mengenai sistem ini.

SUMBER:

https://skoloh.com/login-smpk-sistem-maklumat-prasekolah-kebangsaan/

https://mypendidik.com/smpk-moe-gov-my-login/

https://onviral.com.my/smpk-cara-log-masuk-dan-matlamatnya/

Summary
Info-info Berkaitan SMPK
Article Name
Info-info Berkaitan SMPK
Description
SMPK PraSekolah atau juga dikenali sebagai Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan adalah satu sistem yang berfungsi untuk mengumpulkan data para pelajar dan institusi prasekolah.Info-info Berkaitan SMPK akan di bincangkan secara lanjut dan terperinci.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: