Bunga Telang

Selain menjadi pewarna semula jadi, Bunga Telang atau turut dikenali sebagai Bunga Ungu mempunyai kelebihan menggalak kejelitaan wanita.

Sesuai untuk semua jenis kulit, banyak sebenarnya kebaikan menggunakannya untuk kecantikan wajah dan kesihatan tubuh jika diamalkan dalam rutin kecantikan harian.

3 Jenis Bunga Telang Yang Digunakan Dalam Produk Kecantikan

  • Bunga Telang Kering: Selalunya berwarna ungu pekat, banyak digunakan dalam pembuatan masker.
  • Ekstrak Gliserin: Bunga Telang yang telah diekstrak dalam bentuk ekstrak gliserin lazimnya berwarna coklat keperangan. Ia sering digunakan sebagai ramuan untuk produk serum, krim pelembap dan produk penjagaan rambut.
  • Penapaian: Bunga Telang yang diperam atau telah menjalani proses penapaian juga lazimnya berubah warna menjadi coklat gelap akan digunakan dalam penghasilan produk kecantikan yang berbentuk serum, pelembap wajah dan produk rambut.

Melihatkan ramai wanita hari ini yang sangat mementingkan kandungan produk yang digunakan, mari Ceria Sihat kongsikan informasi tentang kebaikan menggunakan Bunga Telang sebagai kandungan utama yang dimaanfaat dalam rutin kecantikan harian di rumah serta cara-caranya.

#1 Kaya Dengan Antioksidan

Bunga Telang adalah antara tanaman dan jenis bunga yang memiliki kandungan antioksidan terbaik. Ini termasuklah triterpenoids (perbaharui kolagen dan keanjalan kulit), glycosides (menenangkan kulit), anthocyanins (antioksidan dan anti-keradangan) dan tannis (astringen anti-bakterial). Kulit manusia memerlukan antioksidan untuk membaik pulih tekstur kulit serta keanjalannya.

Melihatkan kulit kita sering terdedah dengan partikel kotoran seperti peluh, habuk udara, solekan dan lain-lain, adalah baik jika kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan meningkatkan kandungan antioksidan di dalam tubuh.

Mungkin kamu boleh amalkan mengambilan teh yang diramu dengan kebaikan bunga ini. Boleh sahaja kamu membeli bancuhan serbuk teh Bunga Telang di kedai-kedai herba. Tak perlu risau kerana ia tidak beracun dan ia boleh diminum sebagai minuman harian.

#2 Legakan Iritasi Kulit

Sekitar tahun 2018, sebuah kajian telah dilakukan. Kajian mendapati bahawa pemakaian masker wajah yang diperbuat daripada Bunga Telang katanya mampu melegakan kegatalan pada kulit serta iritasi dan keradangan kulit lain.

Hal demikian diramal disebabkan warna bunga telang yang berona biru keunguan. Menurut amalan perubatan tradisional, warna biru sering dianggap sebagai simbol ‘menyejukkan’.

Kajian lain yang dilakukan juga mendapati, penggunaan Bunga Telang yang konsisten akan dapat merangsang keremajaan kulit!

#3 Mengurangkan Kemerahan

Oleh kerana kelebihan bunga ungu ini mampu meredakan kerengsaan kulit, ia juga sebenarnya mampu mengurangkan kemerahan pada kulit yang disebabkan jerawat, ruam, dan kekeringan ekstrem.

Ia sememangnya memiliki gabungan elemen kesembuhan nyata buat kulit.

#4 Memulihkan Kelembapan

Dalam sebuah kajian, Bunga Telang turut dipercayai mampu meningkatkan tahap pengekalan kelembapan dalam kulit yang secara tidak langsung akan membaiki kandungan lembapan kulit secara semula jadi.

Kebaikan ini akan membantu memulih kulit daripada mengalami kekeringan serta memperbetul keseimbangan lipid. Hasilnya, kulit terlihat lebih muda, anjal dan berseri.

#5 Menyokong Struktur Kolagen

Seperti yang kita semua sedia maklum, kolagen adalah sifat dalaman kulit yang bantu menonjolkan keremajaan kulit dari segi keanjalan serta kestabilan aliran darah di dalam kulit.

Namun, penghasilan kolagen akan beransur berkurang apabila usia seseorang sudah semakin meningkat.

Hal sebegitu membuatkan ramai wanita runsing justeru, penggunaan produk kecantikan yang berasaskan bunga istimewa ini amat disyorkan kerana mampu menyelesaikan permasalahan pengurangan kolagen di dalam kulit.

Cara Membuat Semburan Muka Bunga Telang

Selain menggunakan bunga ini sebagai ramuan untuk masker wajah, kamu juga boleh mengolah ia dengan menjadikannya sebagai semburan wajah yang mudah digunakan dan dimuatkan di dalam beg tangan untuk dibawa ke mana sahaja dan digunakan pada bila-bila masa.

Berikut adalah bahan dan cara-cara membuat semburan di rumah.

Bahan-Bahan:

  • Satu Cawan Air
  • 2 Sudu Bunga Telang Kering
  • 1 Sudu Ekstrak Minyak Witch Hazel

Cara-Cara:

  1. Masukkan satu cawan air bersih ke dalam mangkuk.
  2. Taburkan bunga kering di dalam air. Biarkan bunga direndam beberapa ketika 10 – 15 minit.
  3. Tapiskan bunga lalu masukkan air rendaman tadi ke dalam botol semburan.
  4. Goncang sebelum digunakan ke wajah.

Untuk hasil yang lebih efektif, boleh simpan semburan ini di dalam peti sejuk agar ianya tahan lebih lama.

Paling mustahak, bunga ungu ini sangat sesuai untuk digunakan ke atas semua jenis kulit. Jadi tak perlulah kamu risau kalau-kalau kamu memiliki jenis kulit yang sensitif.

Baik jenis kulit kering, kulit berminyak, mahupun jenis kulit kombinasi, kamu boleh mengguna dan mengamalkannya di dalam rejim kecantikan harian kamu.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.nativessentials.com/blogs/clean-beauty-notes/butterfly-pea-flower-extract#:~:text=Butterfly%20Pea%20flower%20is%20rich,dark%2C%20healthy%2C%20thick%20hair

https://www.teamiblends.com/blogs/lifestyle/7-skincare-secrets-of-butterfly-pea-flower

Summary
Info Cantik! Guna Bunga Telang Untuk Kejelitaan Semula Jadi
Article Name
Info Cantik! Guna Bunga Telang Untuk Kejelitaan Semula Jadi
Description
Selain menjadi pewarna semula jadi, Bunga Telang atau turut dikenali sebagai Bunga Ungu mempunyai kelebihan menggalak kejelitaan wanita.
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: