No. Plat Terkini

Adakah anda pemandu ataupun antara yang menggunakan jalan raya. Adakah anda perasan sesuatu yang unik yang dimiliki pada setiap kenderaan walau dimana-mana pelusuk dunia. Tak lain tak bukan adalah no. plat terkini ataupun nombor pendaftaran kenderaan yang perlu diletakkan dan dipamerkan di bahagian depan dan belakang kenderaan.

Setiap kenderaan yang berenjin di atas jalan raya tak kiralah apa saja bentuk dan saiznya, sama ada kereta, motosikal, lori, van atau bas ataupun bulldozer perlu didaftarkan kecuali basikal. Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana sistem nombor plat itu dimulakan di negara kita dan sejak bilakah nombor plat kenderaan di gunakan di seluruh dunia?

Maka, kami akan kongsikan lima fakta menarik tentang nombor plat kenderaan untuk anda tahu.

Fakta Pertama

Pada 14 Ogos 1893 menerusi pengenalan ordinan polis Perancis telah menjadi negara pertama yang mewajibkan penggunaan kenderaan mendaftarkan nombor kenderaan. Namun pada 30 September tahun 1901 barulah pelaksanaan sepenuhnya berjaya dilakukan  oleh negara Perancis. Kemudian, Perancis mengenalkan ordinan bersifat mandatori di Perancis dimana setiap pemilik kenderaan yang mampu mencapai kelajuan melebihi 30 km/j wajib didaftarkan.

Walaupun demikian negara Belgium pula menjadi negara pertama dunia yang memperkenalkan. Semua pemilik kereta diwajibkan melakukan pendaftaran, dengan pemasangan nombor plat. Pengenalan nombor plat di Belgium adalah lebih awal berbanding Perancis, walaupun Perancis yang memperkenalkan sistem pendaftaran kenderaan pertama di dunia.

Fakta Kedua

Tahukah anda siapakah Eu Tong Seng? Beliau merupakan pemilik kereta pertama di Tanah Melayu. Pada tahun 1902 ahli perniagaan tersebut yang menetap di Perak telah membawa masuk sebuah kereta.

Pada waktu itu, masih tiada inisiatif ataupun tindakan  untuk mewujudkan keseragaman dalam sistem pendaftaran nombor kenderaan. Hal ini demikian kerana kuasa untuk mendaftarkan kenderaan jatuh kepada kuasa ketua polis bagi setiap negeri masing-masing. Oleh sebab itu, peraturannya menjadi berbeza-beza disetiap tempat. Pada waktu itu juga tidak semua negeri mewajibkan pendaftaran nombor kenderaan.

Ketua polis Perak kemudiannya memilih singkatan ‘PK’ kerana merasakan ianya sangat sesuai untuk merujuk kepada singkatan Perak. Untuk makluman kereta pertama yang dimiliki Eu Tong Seng juga  didaftarkan dengan huruf pendaftaran ‘PK’ sebagai pangkalnya.

Fakta Ketiga

Pada zaman pentadbiran British di Tanah Melayu, pihak British mewujudkan system pendaftaran yang menyeragamkan system pendaftaran yang ada agar lebih mudah urusan rekod dilakukan.

Kerajaan British memperkenalkan akta yang baru melalui sistem susunan huruf pendaftaran mengikut abjad yang lebih teratur dan tersusun. Pada tahun 1945 ia diperkenalkan di semua negeri secara seragam.Sebagai mengingati kemasukan kereta pertama di negeri Perak, Huruf A diberikan dan digunakan di negeri itu.

Fakta Keempat

Selepas pertukaran huruf kepada huruf A pada nombor pendaftaran kenderaan di Perak, pemilik no plat pendaftaran pertama dengan huruf yang baru bukanlah milik Eu Tong Seng. Namun, milik lelaki British bernama Claude Henry Labrooy dengan nombor plat AL. Beliau merupakan seorang arkitek dan kontraktor di Ipoh dan menjadi orang pertama menggunakan nombor pendaftaran AL di Tanah Melayu.

Sumbangan beliau masih dikenang sehingga kini khusunya bagi komuniti penganut Kristian, adalah merekabentuk dan menguruskan pembinaan The Mission House di Ipoh pada tahun 1913. The Mission House, kini dikenali sebagai Gereja Gospel Elim yang terletak di Jalan Chung Thye Phin.

Sekarang, nombor plat pertama dari segi susunan di negara kita, dimiliki oleh Sultan Selangor yang memadankan nombor bersejarah itu dengan kenderaan mewah milik Baginda.

Fakta Kelima

Kenderaan tentera kita didaftarkan bermula dengan huruf Z di depan, walaupun begitu masih terdapat perbezaan kategori pendaftaran kenderaan milikan tentera. Contohnya Z1 hanya dikhaskan untuk Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Antara nombor pendaftaran lain adalah ZA, ZB, ZC dan ZD digunakan bagi mewakili kenderaan kendalian tentera darat, ZL  pula dikhaskan untuk tentera laut dan ZU dikhaskan bagi tentera udara. ZZ pula disediakan untuk kegunaan penjawat awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan.

Jadi kenapa tentera menggunakan nombor pendaftaran huruf Z? Tiada sebab yang khusus pun cuma  bertujuan memudahkan pengenalan dan huruf Z juga seakan bebas, tidak mewakili mana-mana negeri.

Permohonan Tempahan No. Plat

1. Membuat Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran

Permohonan ini adalah terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

Pihak yang terbabit hendak mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10). Pemohon perlu menyediakan salinan dokumen pengenalan diri hendaklah mengemukakan mengikut kategori:-

i. Individu :

Pemohon hendaklah menyediakan satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/Kad  Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera.

ii. Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

Pihak yang berkenaan hedaklah menyediakan satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik)

iii. Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

Pihak syarikat hendaklah menyediakan satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

iv. Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

Pihak berkenaan hendaklah menjadi satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

v. Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

Menyediakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

Mengemukakan bayaran penuh harga tempahan nombor pendaftaran yang dibida dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang sahaja (tempoh sahlaku mestilah tidak kurang dari tiga (3) bulan dari tarikh tender diiklankan) dan dibuat atas nama KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA (Negeri-Negeri lain) / AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MOT-T (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya). Wang Tunai/ Wang Pos/ cek persendirian tidak boleh diterima.

Sampul surat bersetem/berdaftar dan ditulis dengan alamat surat-menyurat(pemohon) yang terkini bagi tujuan penghantaran surat jawapan

2.  Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan

Permohonan ini adalah terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kende

Pemohon hendaklah mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10A).

Pemohon hendaklah mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-

i. Individu :

Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/Kad  Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

ii. Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik) atau

iii. Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

iv. Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

v. Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

3. Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)

Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10B).

Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-

i. Individu :

Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/ Kad  Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

ii. Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik) atau

iii. Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

iv. Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

v. Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

Harga Tempahan No. Plat

Harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran adalah  seperti berikut :-

Nombor Bernilai Utama (Golden Number)

  • RM20,000.00

Kategori Nombor Pendaftaran  

  • 1       2         3          4          5          6          7          8          9          10

Nombor Menarik ( Attractive Number )

  • RM3,000.00

Kategori Nombor Pendaftaran

 11      12       13        14       15       16       17       18       19    

22       28      33        38        44        55        66       77       88       99      

 111     222      333     444      555      666     777     888     999    

1111      2222     3333    5555    6666   7777      8888   9999

Nombor Popular (Popular Number)

  • RM800.00

Kategori Nombor Pendaftaran

20        21       23        24        25        26       27       29       30       31       32

34        35       36        37       39        40        41       42       43       45        46

47        48       49       50       51        52        53       54       56       57       58

59        60       61       62       63       64       65       67       68       69       70

71        72       73        74       75       76       78       79       80       81       82

83        84       85       86       87       89       90       91       92       93       94

95        96       97       98       100     101     121     131     141     151     161

171      181     191     200     202     212     232     242     252     262     272

282      292     300     303     313     323     343     353     363     373     383

393      400     404     414     424     434     454      464     474     484      494

500      505     515     525     535     545     565     575     585     595      600

606      616     626     636     646     656     676     686     696     700      707

717      727     737     747     757     767     787     797     800     808    818

828      838     848     858     868     878     898     900     909     919   929

939      949     959     969     979     989     1000   1001   1010   1100   1122

1133    1144   1155   1166   1177   1188   1199   1212   1221   1313    1331

1414    1441   1515   1551   1616   1661   1717   1771   1818   1881  1919

1991    2000    2002   2020   2112   2121   2200   2211   2233   2244  2255

2266    2277   2288   2299   2323   2332   2424   2442   2525   2552   2626

2662    2727   2772   2828   2882   2929   2992   3000   3003   3030   3113

3131    3223   3232   3300   3311   3322   3344   3355   3366   3377   3388

3399    3434   3443   3535   3553   3636   3663   3737   3773   3838  3883

3939    3993   4000   4004   4040   4114   4141   4224   4242   4343   4400

4411    4422   4433   4444    4455    4466   4477   4488   4499   4545  4554

4646    4664   4747   4774   4848   4884   4949   4994   5000   5005    5050

5115    5151   5225   5252   5335   5353   5445   5454   5500   5511  5522

5533    5544   5566   5577   5588   5599   5656   5665   5757   5775    5858

5885    5959   5995   6000   6006   6060   6116   6161   6226   6262    6336

6363    6446   6464   6556   6565   6600   6611   6622   6633   6644    6655

6677    6688   6699   6767   6776   6868   6886   6969   6996   7000    7007

7070    7117   7171   7227   7272   7337   7373   7447   7474   7557    7575

7667    7676   7700   7711   7722   7733   7744   7755   7766   7788    7799

7878    7887   7979   7997   8000   8008   8080   8118   8181   8228     8282

8338    8383   8448   8484   8558   8585   8668   8686   8778   8787    8800

8811    8822   8833   8844    8855   8866   8877   8899    8989   8998    9000

9009    9090   9119   9191   9229   9292   9339   9393   9449    9494    9559

9595    9669   9696   9779    9797   9889   9898   9900   9911   9922  9933

9944  9955  9966 9977 9988

Nombor Semasa (Running Number)

  • RM300.00

Keputusan

1.  Pemohon yang berjaya dan tidak Berjaya akan dimaklumkan melalui Surat Keputusan.

2.  Wang akan dikembalikan kepada pemohon yang tidak berjaya, melalui draf bank/kiriman.

3.  Maklumat pemohon yang Berjaya akan disenaraikan, seperti nama dan nombor identiti pengenalan diri serta dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.

4.  Bagi pemohon yang berjaya hendaklah mendaftarkan dan membayar nombor tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut kategori permohonan dari tarikh kelulusan.

MAKLUMAT TAMBAHAN

​​​​​​​1.  Anda boleh menempah nombor pendaftaran dimana-mana JPJ Negeri. Sampul surat permohonan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.

​​​​​​​2.  Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

​​​​​​​3.  Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.

​​​​​​​4.  Yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

Begitulah perkongsian menarik berkenaan No Plat di negara kita. Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://iluminasi.com/bm/5-sejarah-unik-nombor-pendaftaran-kenderaan-di-malaysia.html

https://www.irujukan.my/no-plat-terkini/#Cara_Tempah_Nombor_Plat_Pendaftaran_Kenderaan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Nombor_plat_kenderaan_Malaysia

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/kenderaan1/-/knowledge_base/kenderaan/panduan-memohon-nombor-pendaftaran-kenderaan

Summary
Info Berkenaan No. Plat Terkini di Malaysia
Article Name
Info Berkenaan No. Plat Terkini di Malaysia
Description
Adakah anda pemandu ataupun antara yang menggunakan jalan raya. Adakah anda perasan sesuatu yang unik yang dimiliki pada setiap kenderaan walau dimana-mana pelusuk dunia. Tak lain tak bukan adalah no. plat terkini ataupun nombor pendaftaran kenderaan yang perlu diletakkan dan dipamerkan di bahagian depan dan belakang kenderaan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: