imunisasi
Imunisasi merupakan satu proses di mana seseorang individu tersebut dilindungi daripada penyakit yang disebabkan oleh jangkitan mikro-organisma

Imunisasi merupakan satu proses di mana seseorang individu tersebut dilindungi daripada penyakit yang disebabkan oleh jangkitan mikro-organisma (atau lebih dikenali sebagai patogen).

Imunisasi juga merujuk kepada satu proses memberikan vaksin kepada seseorang individu bagi mencegah penyakit berjangkit daripada berlaku.

Istilah vaksin merujuk kepada bahan atau bahan kimia yang digunakan untuk imunisasi, sementara vaksinasi merujuk kepada tindakan atau perilaku seseorang individu memberikan vaksin kepada seseorang individu yang lain.

Imuniti pula merujuk kepada keadaan seseorang yang dilindungi kerana telah divaksin atau mengalami jangkitan dan pulih.

Vaksinasi, seperti jangkitan, memberi imuniti selepas berinteraksi dengan sistem imun.

Sejarah

Ia dikatakan imunisasi berubah dan berkembang lebih daripada 2,000 tahun. Berdasarkan Yunani lama, individu yang telah sembuh daripda wabak bubonik mempunyai ketahanan daripada menghidapnya lagi.

Berdasarkan pemerhatian ini, pemerintah Athen pada ketika ini menggunakan mereka yang terselamat daripada epidemik sebelumnya akan membantu mereka yang menghidap jangkitan yang sama apabila ia berlaku lagi. 

Semasa Zaman Pertengahan, amalan menyuntik individu dengan sejumlah kecil bahan daripada pustula cacar dikenali sebagai variolation (vaksinasi) yang merebak dari India dan China ke Turki dan kemudian ke Eropah bahkan sehingga ke Amerika.

Walau bagaimanapun, prosedur itu sendiri mempunyai risiko kematian yang besar dan tidak pernah dipraktikkan secara meluas untuk dijadikan rawatan klinikal.

Edward Jenner, seorang pakar perubatan daripada Britain, memperkenalkan amalan kita ketahui pada masa kini iaitu vaksinasi 30 pada abad ke 18.

Vaksinasi ini berdasarkan pemerhatian pemerah susu yang mengalami jangkitan kulit ringan yang disebabkan oleh virus vaccinia (biasanya disebut cacar air) mempunyai ketahanan terhadap cacar iaitu penyakit yang sangat berbahaya.

Kerana kejayaannya melindungi manusia daripada cacar, vaksin terhadap cacar boleh didapati secara meluas, kemudian menghapuskan cacar di seluruh dunia pada akhir tahun 1970-an.

Ini merupakan satu – satunya ketika di mana penyakit yang membunuh berjaya dibasmi sepenuhnya. Profesor Imunologi Australia yang terkenal, mendiang Frank Fenner merupakan penyumbang utama kepada pencapaian luar biasa dalam menghapuskan cacar.

Bagaimana vaksin berfungsi?

Semua imunisasi berfungsi dalam cara yang sama.

Vaksin menggunakan sistem imun badan anda untuk meningkatkan perlindungan tubuh badan daripada jangkitan sebelum anda mengadakan kontak dengan jangkitan tersebut.

Dalam kata lain, meskipun dijangkiti dengan penyakit tersebut tetapi anda tidak mengalami sebarang simptom berkaitan.

Jika anda bersentuhan dengan jangkitan tersebut selepas anda diberikan vaksin, badan anda berfungsi untuk menghentikan tubuh anda daripada dijangkiti penyakit tersebut atau anda hanya mengalami keadaan yang ringan.

Tidak seperti pendekatan imunisasi lain seperti homeopathy, vaksinasi telah diuji dengan ketat agar ia selamat dan efektif untuk melindungi seseorang individu daripada penyakit berjangkit.

Fakta Mengenai Imunisasi

– Imunisasi mencegah atau menghalang sebanyak 2 hingga 3 juta kematian setiap tahun

Imunisasi menghalang kematian setiap tahun dalam semua kumpulan usia daripada diphtheria, tetanus, pertussis (whooping cough), dan measle. Ia adalah salah satu kejayaan besar dan menjimatkan kos kerana campur tangan kesihatan awam.

– Lebih ramai kanak-kanak yang sudah menerima imunisasi

Pada tahun 2010, kira – kira 109 juta kanak – kanak berusia di bawah 1 tahun telah divaksin dengan 3 dos vaksin diphtheria-tetanus-pertussis (DTP3). Kanak – kanak ini dilindungi daripada penyakit berjangkit yang boleh memberikan kesan yang serius seperti penyakit, kecacatan dan kematian.

– Kira – kira 19.3 juta kanak – kanak di bawah umur 1 tahun tidak menerima vaksin DTP3

70 peratus kanak – kanak yang tinggal di 10 negara dan lebih daripada separuh kanak – kanak yang tinggal di kawasan Afrika dan Asia Tenggara di bawah WHO.

– Lebih 1 juta bayi dan kanak–kanak mati disebabkan penyakit pneumococcal dan rotavirus diarrhoea setiap tahun

Kematian dalam jumlah yang besar dapat dielakkan dengan pengambilan vaksin.

– Kerjasama awam-swasta memudahkan pengenalan dan perkembangan vaksin

Contohnya, vaksin baru yang membantu mencegah punca utama epidemik meningitis di Afrika Selatan, meningococcal A, MenAfriVac, diperkenalkan di Burkina Faso, Mali dan Niger.

Pada hujung tahun 2011, Cameroon, Chad dan Nigeria diberikan vaksin lebih daripada 22 juta individu dengan itu membantu menyingkirkan punca yang menyebabkan epidemik meningitis di Afrika.

– Sumber vaksin influenza telah diperbanyakkan

Pengembangan ini tidak mustahil dengan kerjasama dan sokongan WHO terhadap usaha pengeluar vaksin untuk menghasilkan dan meluluskan vaksin influenze di 11 negara yang sedang membangun.

– Kematian akibat penyakit demam campak (measles) menurun sebanyak 74% di seluruh dunia

Penurunan kematian akibat penyakit demam campak (measles) di seluruh dunia daripada kira – kira 535,300 kematian pada tahun 2000 kepada 139,300 pada tahun 2010 dengan adanya kempen vaksinisasi yang intensif.

– Kes Polio menurun sehingga 99%

Sejak tahun 1988, kes polio semakin berkurangan sehingga 99% daripada kira – kira 350,000 kes kepada 1,352 kes yang dilaporkan pada tahun 2010.

Penurunan tersebut adalah hasil daripada usaha dunia untuk menghapuskan penyakit ini. Hanya 3 negara iaitu Afghanistan, Nigeria dan Pakistan yang masih kekal endemik polio menurun daripada 125 lebih kes di 1988.

– Kematian tahunan disebabkan neonatal tetanus telah menurun

Kematian disebabkan neonatal tetanus telah menurun sehingga kira – kira 59, 000 daripad 790, 000 kematian di tahun 1988.

– Imunisasi memberi peluang pada usaha untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa

Imunisasi tidak hanya melindungi kanak – kanak daripada penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin.

Ia juga bertindak sebarang peluang atau jalan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa seperti suplemen vitamin A untuk mencegah malnutrisi, jaring racun serangga untuk melindungi seseorang daripada malaria dan ubat cacing untuk cacing usus.

Tambahan lagi, kebaikan imunisasi meningkatkan jangka hayat pada individu dewasa dan remaja, memberikan perlindungan menentang penyakit yang boleh meragut nyawa seperti influenza, meningitis dan kanser yang berlaku di usia dewasa.

Kesan Sampingan Imunisasi

Apakah kesan sampingan vaksin yang sering berlaku? Kebanyakan kesan sampingan selepas mendapatkan vaksin adalah ringan. Ia termasuklah :

  • Rasa sakit, bengkak atau kemerahan pada tempat disuntik
  • Demam ringan
  • Menggigil atau kesejukkan
  • Rasa penat
  • Sakit kepala
  • Sakit otot dan saraf

Pengsan juga boleh berlaku selepas apa – apa prosedur perubatan termasuklah vaksinasi. Ingatlah bahawa kebanyakan kesan sampingan sebenarnya merupakan tanda bahawa badan anda sudah mula membina imuniti (perlindungan) daripada penyakit. Anda boleh bertanya pada doktor anda untuk informasi berkaitan imuniti.

Vaksin juga boleh memberi kesan yang baik atau impak yang baik untuk kesihatan anda, pembentukan kognitif dan produktiviti. Imunisasi secara meluas memerlukan bekalan vaksin yang mencukupi untuk menghalang sebarang penyebaran penyakit. Imunisasi boleh mengubah epidemiologi (kajian terhadap kekerapan dan pengleluasaan sesuatu penyakit) penyakit yang memerlukan perubahan strategi vaksin.

SUMBER

https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0264410X16309434

https://www.science.org.au/learning/immunisation-and-climate-change/science-immunisation/what-is-immunisation

https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/Why-immunisation-is-important

https://www.who.int/features/factfiles/immunization/facts/en

https://www.vaccines.gov/basics/safety/side_effects

Summary
Imunisasi: Definisi, Sejarah, Fungsi, Fakta Dan Kesan
Article Name
Imunisasi: Definisi, Sejarah, Fungsi, Fakta Dan Kesan
Description
Imunisasi merupakan satu proses di mana seseorang individu tersebut dilindungi daripada penyakit yang disebabkan oleh jangkitan mikro-organisma
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: