Now Reading
IKEA menarik balik semua ‘bib’ lapik dada bayi

IKEA menarik balik semua ‘bib’ lapik dada bayi

ikea bib

Adakah produk yang digunakan oleh anak anda selamat? Isu ini dibahas setelah syarikat pembekal kelengkapan perabot rumah, IKEA menarik balik semua penjualan dan pengedaran ‘bib’ atau lapik dada bayi bagi kanak-kanak di seluruh dunia baru-baru ini. Mereka mendapat aduan daripada ibu bapa yang mengatakan produk Ikea bib boleh mencekik anak-anak mereka ketika digunakan.

Pengeluaran lapik dada bayi dalam dua warna iaitu merah dan biru itu dihentikan serta syarikat IKEA menggesa semua ibu bapa yang telah membeli produk ini untuk memulangkannya dengan kadar segera. Walaupun ia sebenarnya tidak berisiko jika dilihat dari luarannya, namun ia mampu jadi berbahaya sekiranya butang di bahagian belakang ‘bib’ itu tercabut. Ia dikatakan mampu membuatkan kanak-kanak tercekik kerana tiada cara lain yang boleh membuka ‘bib’ itu selain mengguntingnya sekiranya butang itu tercabut.

Syarikat IKEA memohon maaf dan menarik balik bib atau lapik dada bayi itu sebagai langkah berjaga-jaga serta mengutamakan keselamatan pelanggan mereka. Mereka juga memberikan wang pampasan atas produk tersebut. Walau bagaimanapun, produk ‘bib’ atau lapik dada bayi yang lain selamat digunakan seperti biasa kerana mereka diperbuat daripada bahan dan rekaan yang berbeza.

Insiden sebegini menunjukkan betapa pentingnya buat ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak mereka tidak kira semasa makan, tidur ataupun bermain. Kejadian yang tidak diingini boleh sahaja berlaku walaupun mereka berada di dalam rumah bersama kita jadi cuba elakkan kejadian sebegitu dengan lebih awal.

Selain itu, insiden ini juga memberi pengajaran buat ibu bapa yang selalu bermain telefon semasa bersama anak-anak untuk lebih memberi perhatian terhadap isu-isu ini. Ibu bapa yang telah membuat aduan tersebut sebenarnya telah mengambil langkah yang sangat penting bagi membantu menyedarkan ibu bapa dan penjaga lain bahawa produk-produk yang tidak berbahaya ini juga boleh mengancam keselamatan anak-anak walaupun mereka berada dalam jagaan kita.

SUMBER

https://edition.cnn.com/2019/10/09/health/ikea-bib-recall/index.html

error: Content is protected !!