Now Reading
Ikan Temenung Rebus Air Asam Betul-Betul Menyengat

Ikan Temenung Rebus Air Asam Betul-Betul Menyengat

Ikan rebus air asam

Anda teringin nak makan ikan temenung rebus air asam? Jom baca artikel ini. kami sajikan anda 2 resepi ikan temenung rebus air asam.

Makanan ni boleh dikatakan kegemaran ramai juga lah. Makan ratah tanpa nasi macam tu sahaja pun dah memadai. Untuk orang yang tengah nak berdiet tu sesuai sangat lah nak amalkan.

Ikan temenung rebus air asam ni sangat mudah nak buat. Ia tidak memerlukan masa yang lama pun, sangat cepat untuk disediakan. Orang yang malas pun boleh jadi rajin nak buat resepi ikan temenung air asam ni tau.

Kalau duduk dikampung ni, makanan ni sangat sesuai untuk dihidangkan bersama dengan ulam-ulaman dan juga sambal belacan. Fuh, kecur air liur betul ya. Nak nak pulak kalau dapat ikan segar, makan simple macam ni saja  pun boleh berebut adik-beradik tau.

Lain orang lain lah cita rasanya kan? Tiap orang mempunyai resepi rahsia yang tersendiri macam mana nak bagi ikan rebus air asam tu jadi makin bertambah sedap. Jadi, anda kena baca artikel ni untuk dapatkan resepi ikan temenung rebus air asam yang ternyata padu rasanya.

Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda resepi bagaimana mahu menyediakan ikan temenung rebus air asam dari pelbagai sumber. Jadi, anda boleh cuba dirumah okay selepas baca ni.

Resepi Ikan Temenung Air Asam oleh Che Nom

Resepi ini memerlukan masa sekitar 20 minit sahaja, 10 minit untuk penyediaan bahan dan 10 minit lagi untuk masa memasak. Jumlah hidangan ini adalah untuk dalam anggaran 4 orang makan.

Bahan-bahan untuk memasak:

  • 4 ekor ikan temenung (Jumlah untuk 4 orang makan)
  • 1 atau 2 keping asam keping atau asam gelugor
  • 1-2 biji tomato yang dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar yang dipotong dadu
  • 1 inci belacan yang dibakar sehingga naik bau atau wangi
  • 5-6 biji cili padi atau cabai melaka yang dihiris kecil
  • 2-3 biji limau kasturi (Boleh lebihkan jika mahu rasa yang lebih masam)
  • 1 mangkuk kecil sahaja pati air asam jawa
  • 1 sudu atau sedikit sahaja sos ikan
  • Garam dan gula secukup rasa (Boleh lebih atau kurangkan ikut cita rasa sendiri)

Cara-cara penyediaan:

  • Tuang air agak-agak ikan sedikit tenggelam ke dalam periuk atau kuali yang sesuai. kemudian rebus ikan tadi bersama dengan asam keping/gelugor dan masukkan sedikit sahaja garam. Biarkan selama 5-10 minit di atas api yang perlahan sahaja. Setelah siap merebus, boleh angkat ikan tersebut ke dalam bekas yang lain pula.
  • Lebihan air rebusan ikan tadi boleh dituang ke dalam bekas dan masukkan semua bahan-bahan tadi: pati asam jawa, bawang dan tomato yang dipotong dadu, belacan yang dah siap dibakar, perahan air limau kasturi dan sedikit sos ikan.
  • Kemudian, ramas dengan tangan atau gaulkan kesemua bahan tadi sehingga sebati dan pekat. Setelah itu masukkan cili padi dan kacau dengan sudu.
  • Akhir sekali, tuangkan kuah air asam ke atas ikan. Kemudian, hiaskan pula dengan potongan limau dan juga hirisan daun bawang jika suka.

Tips: Cili padi yang dimasukkan perlu di kacau dengan menggunakan sudu adalah untuk mengelakkan jari anda berasa panas.

Resepi Kedua: Ikan Rebus Air Asam

Resepi ini adalah sama sahaja dengan resepi di atas tadi. Cuma ada olahan sedikit sahaja dari bahan yang digunakan. Kami kongsikan juga kepada anda supaya anda boleh juga turut menggunakan cara ini pada waktu yang lain pula.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2-4 ekor ikan temenung – (Bersihkan dan perlu direbus bersama asam jawa/asam keping dan juga garam)
  • 1 setengah mangkuk air untuk rebusan
  • 1 inci belacan
  • 10 biji cili api/cili padi* (dipotong halus)
  • 1 biji tomato* (dipotong dadu/dihiris halus)
  • 1 biji bawang* (dipotong dadu/dihiris halus)
  • Gula & garam*
  • 1 biji limau nipis (ambil jus)
  • 1-2 helai daun limau purut (dihiris halus)

Cara-cara penyediaan:

  • Masukkan belacan 1 inci tadi kedalam air rebusan ikan kemudian lenyek-lenyekkan ia sampai ia lumat.
  • Setelah itu, masukkan pula bahan-bahan yang bertanda ke dalam air rebusan tadi dan sesuaikan rasanya ikut cita rasa anda. Sekiranya tak cukup masam, boleh masukkan jus limau pula. Kacau lagi sehingga sebati.
  • Akhir sekali, letakkan ikan yang siap direbus tadi di atas pinggan dan curahkan semua air asam yang telah siap tadi ke atas ikan. Untuk dapatkan aroma yang wangi boleh taburkan hirisan daun limau purut ke atasnya. Siap untuk dihidang!

Pelbagai resepi menarik

Terima kasih yang tidak terhingga kerana anda melayari laman web ini untuk dapatkan resepi yang menarik. Di sini kami turut menyediakan pelbagai juadah atau koleksi resepi yang menarik untuk dicuba. Jadi teruskan menyokong kami. Selamat mencuba menu-menu yang menarik ya!

See Also
masak lodeh

Penutup

Sekian sahaja perkongsian resepi kami kali ini yang bertemakan ikan temenung rebus air asam. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberikan idea untuk anda cuba masak nanti juga dapat membantu anda yang baru pertama kali hendak mencuba resepi ini.

Resepi ini pasti akan menghantui anda. Dah lah mudah untuk memasaknya. Dah siap cuba menu ikan temenung air asam jawa ni nanti jangan lupa kongsi ya bagaimana hasilnya. Biar ramai tahu, resepi mudah ni. Pastinya sedap menjilat jari. Yummy!

Sumber

http://gedungresepi2u.blogspot.com/2016/05/resepi-ikan-rebus-air-asam.html

https://resepichenom.com/resepi/ikan-kembung-rebus-air-asam/show

error: Content is protected !!