ikan masak kicap

Ikan masak kicap merupakan menu ringkas yang dapat dihidangkan kepada keluarga kurang daripada 30 minit. Ikan masak kicap juga merupakan menu orang berpantang. Pengambilan makanan amat dititik beratkan oleh orang tua dahulu kerana bimbang terjadinya kegatalan pada bahagian luka menyebabkan ketidakselesaan.  Rata-rata mempercayai, punca kegatalan yang dialami oleh ibu berpantang adalah daripada benang yang digunakan untuk menjahit luka ibu yang diperbuat daripada usus haiwan yang mengambil masa sehingga tiga bulan untuk lenyap.

Jika anda bukan penggemar ikan, boleh tukar dengan ayam. Bagi penggemar kicap sejati, mungkin ini adalah salah satu resepi kegemaran anda! Sekiranya anda ingin kuah, anda boleh tambahkan air, tetapi jika anda suka kering maka tidak perlu menambah air pada minit-minit akhir. Semuanya terpulang kepada cita rasa anda.

Sekiranya anda mahukan sedikit kepanasan, ganti cili merah dengan 2 atau 3 cili mata burung atau gunakan kedua-dua cili tersebut bagi memberikan rasa umphhh pada masakan.

Saiz hidangan untuk resipi ini adalah 4 hingga 5 hidangan

Bahan-Bahan Menyediakan Ikan Masak Kicap:-

  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 2 cili mata burung atau cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato, dipotong empat
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh cuka
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar bawang goreng (Pilihan)

Langkah-langkah Menyediakan:-

  1. Pertama sekali goreng ikan dan angkat setelah selesai menggoreng.
  2. Hiris bawang, semua cili, halia dan bawang putih.
  3. Tumis bawang, cili, halia dan bawang putih secara berperingkat dengan api sederhana besar
  4. Masukkan baki dan terus tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan cuka, kicap manis dan kicap masin.
  6. Masukkan air sedikit dan tomato yang dipotong dadu.
  7. Letakkan ikan goreng di dalamnya dan biarkan mendidih sekitar 3minit.
  8. Masukkan bawang goreng (pilihan)                         

Wah, sudah siap ikan masak kicap kita. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal pedas. Fuh lazat betul makan seisi keluarga. Selamat mencuba!

SUMBER:

1) http://www.friedchillies.com/recipes/detail/ikan-kembung-masak-kicap

2) https://cookpad.com/ke/recipes/9231517-ayamikan-masak-kicap

Summary
Ikan Masak Kicap:  Menu Makan Malam Yang Enak
Article Name
Ikan Masak Kicap: Menu Makan Malam Yang Enak
Description
Ikan masak kicap merupakan menu ringkas yang dapat dihidangkan kepada keluarga kurang daripada 30 minit. Ikan masak kicap juga merupakan menu orang berpantang. Pengambilan makanan amat dititik beratkan oleh orang tua dahulu kerana bimbang terjadinya kegatalan pada bahagian luka menyebabkan ketidakselesaan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: