Ikan Masak 3 Rasa

Setiap kali berkunjung ke restoran masakan Thai, antara menu yang menjadi pilihan sudah semestinya ikan masak 3 rasa. Bukan sahaja sesuai digandingkan dengan apa sahaja jenis ikan, menu ini juga mendapat tempat di hati orang ramai kerana sedap dimakan bersama nasi.

Tetapi, bila masak menu ini di rumah lain pula rasa tidak seperti makan di restoran Thai. Jadi, ini perkongsian resepi masak 3 rasa yang anda boleh cuba supaya rasa sama seperti apa yang dipesan di restoran!

Siakap Ikan Masak 3 Rasa

Bahan Untuk Ikan:

  • 1 ekor ikan siakap – kelar dan lumur garam kunyit
  • Tepung jagung – dilumur pada ikan
  • Minyak – untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:

  • 4 ulas bawang putih – ketuk
  • 6 tangkai cili padi – dipotong kecil
  • 1 inci halia – dihiris halus
  • 1 batang serai – ketuk

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan – tak letak
  • Sedikit minyak bijan – opsyenal

Bahan bahan Lain:

  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 1/2 biji cili benggala – dipotong dadu – opsyenal
  • Kiub nenas dalam tin – opsyenal
  • 3-4 helai daun limau purut – buang tulang
  • Daun sup/daun bawang – untuk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Ajino-moto secukup rasa

Kaedah penyediaan:

  • Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.
  • Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan. Saya tidak goreng terendam kerana nak jimat minyak.
  • Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai.
  • Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sebentar.
  • Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
  • Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
Ikan Siakap 3 Rasa Sedap Macam Restoran Thai - YouTube

Resepi siakap Ikan 3 Rasa Thai

Bahan-Bahan:

Bahan untuk menggoreng ikan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Sedikit Kunyit

Bahan untuk kuah:

  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dicincang halus
  • 1 inci halia, dicincang halus
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang bunga kantan, dihiris nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 6 biji cili padi , dihiris nipis
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun bawang untuk hiasan

Kaedah Penyediaan:

  • Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika
  • Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
  • Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati.
  • Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.
  • Hiaskan dengan daun bawang.
Resipi Langkah Demi Langkah Ikan Siakap 3 Rasa Versi Thailand.

Resepi Siakap ikan 3 Rasa Paling Mudah

Bahan-bahan goreng ikan:

  • 2 ekor ikan siakap
  • Tepung rangup serbaguna Bestari perisa pedas

Kaedah penyediaan:

  • Lumur tepung pada ikan. Tak perlu garam atau kunyit.
  • Hasilnya, luar ikan jadi rangup dan rasa pedas.
  • Pasti kan guna minyak yang banyak untuk goreng ikan. Pasti kan juga minyak sudah betul-betul cukup panas. Gunakan teknik deep frying.Ikan perlu tenggelam dalam minyak.
  • Setelah siap goreng, angkat dan letak dulu di tepi. Sementara siapkan sos ikan pula.

Tips: Menurut pemilik resipi, tepung jenama Bestari perisa pedas sahaja yang paling sedap untuk goreng ikan siakap 3 rasa.

Bahan-bahan untuk sos ikan:

Bahan tumisan*:

  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu)*
  • 6 ulas bawang puti h (diketuk)*
  • halia 2 inci (dihiris nipis)*
  • 10-15 tangkai cili api merah (dihiris atau diketuk)*
  • 5 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos ikan
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 tin cube nenas (ambil dengan airnya sekali)
  • 1 batang saderi (potong 1/2 inci)
  • daun ketumbar (potong 1/2 inci)
  • 1 batang serai (diketuk)

Kaedah penyediaan:

  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  • Tumis bahan-bahan tumisan.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos ti ram dan sos ikan. Kacau sebati .
  • Masukkan tomato dan cube nenas dengan air sekali. Air nenas tu untukefek rasa manis kuah sos.
  • Masukkan batang saderi, daun ketumbar dan serai. Kemudian perasakan dengan garam. Siap.
  • Boleh terus siramkan atas ikan siakap yang sudah digoreng tadi. Akhir sekali,boleh tabur lebihan daun ketumbar atas ikan sebagai hiasan.

Tips: Rahsia resepi ini terletak pada ikan yang tidak akan sama macam siakap 3 rasa yang biasanya di lumur dengan tepung jagung.

hari nan indah: Siakap 3 Rasa

Pastinya semua ahli keluarga menyukai resepi baharu ikan masak tiga rasa yang anda bakal pelajari ini. Selamat Mencuba!

Sumber:

https://www.aziekitchen.com/2017/04/ikan-siakap-masak-3-rasa-yang-sangat.html

https://resepichenom.com/resepi/ikan-masak-tiga-rasa/show

https://iluminasi.com/bm/resepi-siakap-tiga-rasa.html

Summary
Ikan Masak 3 Rasa: Resepi Yang Perlu Anda Cuba!
Article Name
Ikan Masak 3 Rasa: Resepi Yang Perlu Anda Cuba!
Description
Setiap kali berkunjung ke restoran masakan Thai, antara menu yang menjadi pilihan sudah semestinya ikan masak 3 rasa. Bukan sahaja sesuai digandingkan dengan apa sahaja jenis ikan, menu ini juga mendapat tempat di hati orang ramai kerana sedap dimakan bersama nasi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: