Now Reading
Ikan Kembung Masak: Resepi Ikan Kembung Dijamin Sedap

Ikan Kembung Masak: Resepi Ikan Kembung Dijamin Sedap

ikan kembung masak

Ikan kembung masak? Pasti anda mencari resepi untuk memasak ikan kembung. Ikan kembung merupakan antara jenis ikan yang banyak digunakan dalam masakan. Ianya juga sesuai dinikmati bersama apa jenis kuah atau sambal, jadi tidak hairan lauk ini memang cukup popular di kebanyakan gerai.

Tiada idea untuk memasak ikan kembung? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan  resepi ikan kembung untuk anda. Teruskan membaca!

Pepes Ikan

Pepes ikan merupakan hidangan Indonesia yang menggunakan isi ikan. Kali ini, apa kata anda cuba pepes yang menggunakan isi ikan kembung, pasti sedap!

Bahan-bahan:

  • 1 kg ikan kembung (diasingkan isi atau tulang)
  • 500 g tepung ubi
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 kotak santan
  • Serbuk perencah
  • Garam dan gula
  • Daun pisang untuk membungkus

Bahan kisar:

  • 4 batang serai
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • Segenggam cili kering

Kaedah Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kisar hingga lumat dan tuangkan dalam kuali.
  2. Masukkan sedikit minyak, kiub ayam, serbuk perencah, garam, gula dan santan.
  3. Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal.
  4. Gaul isi ikan kisar  dengan tepung ubi.
  5. Setelah sambal sejuk, campurkan dengan ikan kisar tadi. Gaul rata isi ikan dan sambal.
  6. Letakkan 1 sudu kecil adunan pepes atas daun pisang dan bungkus mcm kuih koci kemudian kukus selama 20 minit. Boleh juga dibakar hingga masak (dibakar sekejap sahaja).
  7. Sedia untuk dihidang.
Resep Membuat dan Cara Memasak Pepes Ikan Kembung Bumbu Kuning Pedas yang  Nikmat dan Lezat - Selerasa.com

Serunding Ikan Kembung

Serunding ikan kembung merupakan antara resepi ikan kembung yang wajib anda cuba. Ianya cukup enak dimakan bersama nasi putih panas atau roti.

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • 12 biji bawang merah kecil
  • 7-8 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang Holland
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit
  • 2 inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • Cili kering

Kaedah Penyediaan:

  1. Masak bahan yang dikisar  sehingga naik bau.
  2. Letak ikan yang telah di buang tulang.
  3. Masukkan santan, asam keping dan gula garam secukup rasa (boleh juga letakkan gula Melaka).
  4. Keringkan sehingga betul-betul kering.
  5. Sedia untuk dihidang.
RESEPI SERUNDING IKAN | DUDUK DI RUMAH - YouTube

Sambal Berlada Ikan Kembung

Bahan-bahan:

  • 5-6 ekor ikan kembung (digoreng dahulu)
  • 1 senduk besar cili kisar
  • 10 biji cili padi hijau (dikisar)
  • 3 biji cili merah hidup (dikisar)
  • 2 labu bawang merah besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1-2 batang serai (diketuk)
  • Asam keping
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air

Kaedah Penyediaan:

  1. Tumis bawang sampai kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar lain, cili padi, cili merah dan cili kisar
  3. Tumis sehingga sambal pecah minyak.
  4. Masukkan serai dan asam keping.
  5. Tumis lagi sehingga bahan sebati.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa (tambah air jika perlu).
  7. Masukkan bawang hiris dan masukkan ikan goreng.
  8. Sedia untuk dihidang.
IKAN KEMBUNG BERLADA?️? VERSI DIET SEDAP? - YouTube

Ikan kembung, menu yang mudah dan sangat menyelerakan, juga sangat cepat disediakan. Kalau ada ikan kembung yang segar memang sesuai dimasak sebegini. Kalau di kampung dahulu, menu sebegini selalu menjadi pilihan untuk dimakan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang boleh bertambah-tambah nasi tanpa anda sedari!

Sumber:

https://resepichenom.com/resepi/ikan-kembung-rebus-air-asam/show

https://saji.my/resepi-ikan-kembung/

https://cookpad.com/my/search/ikan%20kembung

error: Content is protected !!