ikan buntal
Ikan buntal adalah sebahagian daripada spesis Tetraodontidae. Ia boleh didapati di kawasan tropika dan sub tropika di laut Atlantik, India dan Pasifik.

Ikan buntal adalah sebahagian daripada spesis Tetraodontidae. Ia boleh didapati di kawasan tropika dan sub tropika di laut Atlantik, India dan Pasifik.

Rahang ikan buntal boleh berubah kepada bentuk paruh dengan 2 pasang gigi yang berat dan kuat. Malah ia mempunyai keupayaan untuk mengembungkan bahagian perut yang mengembung dengan udara atau air sebagai tanda mempertahankan diri terhadap pemangsa.

Kebanyakan spesis ini mengumpul racun tetrodotoksin melalui pemakanannya, iaitu sebatian organik bukan protein yang dikenali sebagai toksin marin yang paling kuat dan 1200 kali lebih berbahaya daripada sianida.

Viscera, kulit serta darah sesetengah spesis ikan buntal adalah beracun. Sesetengah spesis mempunyai kelebihan mengeluarkan racun daripada kulit mereka manakala sesetengah yang lain mempunyai daging yang beracun. Tahap ketoksikan adalah berbeza bergantung pada spesis, serta kawasan geografi dan musim ia didapati.

Ikan buntal sering didapati di dalam air di tepi pantai dalam, kadang-kadang menghampiri perairan payau dan air tawar. Ikan buntal sering ditemui bersendirian dan seolah-olah sedang makan sesuatu.

Terdapat 26 genus dan lebih kurang 190 spesis yang boleh didapati di seluruh dunia. Lebih kurang 50 spesis dilaporkan beracun kepada manusia. Terdapat 32 spesis ikan buntal yang boleh ditemui di perairan Malaysia.

Ikan Buntal telah diiktiraf di Jepun

Mesti mengejutkan betul tak? Bagaimana negara Jepun boleh mengiktiraf ikan buntal sebagai salah satu makanannya meskipun ia beracun.

Fugu dalam bahasa Jepun adalah ikan buntal, selalunya daripada genus Takifugu, Lagocephalus, atau Sphoeroides, atau Diodon, atau merujuk kepada hidangan daripada ikan buntal ini.

Fugu secara umumnya beracun disebabkan oleh tetrodotoksin, di mana penyediaannya mestilah berhati-hati bagi mengeluarkan bahagian bertoksin dan mengelakkan daripada mencemarkan daging ikan buntal tersebut.

Restoran yang menyediakan fugu dikawal undang – undang Jepun yang ketat dan di beberapa negara lain, dan hanya cef yang berkelayakan (menjalani latihan yang ketat selama 3 tahun atau lebih) dibenarkan untuk menyediakan ikan buntal ini.

Penyediaan domestik boleh menyebabkan kematian dan hal ini salah di sisi undang – udang di Jepun.

Fugu dihidangkan sebagai sashimi dan chirinabe. Sesetengah individu menganggap hati adalah bahagian yang lazat namun ia merupakan bahagian yang paling beracun dan menghidang bahagian organ ini diharamkan di Jepun sejak 1984. Fugu merupakan salah satu hidangan Jepun yang terkenal dan diraikan.

Ia memerlukan kemahiran dan latihan yang banyak bagi memastikan ikan tersebut disediakan dengan selamat dan individu tersebut mestiah mengetahui bahagian mana yang beracun.

Kerajaan Jepun mengawal ketat penyediaan fugu dan cef perlu mengambil peperiksaan secara meluas sebelum mereka dibenarkan secara sah penyediaan fugu. Peraturan ketat bermaksud ikan tersebut mungkin menyebabkan kematian.

Sejak beberapa tahun dahulu, kebanyakan individu mati disebabkan makan tiram berbanding fugu pada setiap tahun sejak peraturan ini diwujudkan.

Kesemua kemahiran dan latihan yang perlu dilalui untuk penyediaan makanan membuahkan harga ikan buntal meningkatkan. Ia dibunuh sebelum disediakan. Meskipun proses ini dilihat mengerikan tetapi dengan proses yang betul, otot pada ikan akan dikejangkan dan ikan tersebut akan mati.

Kaedah mematikan ikan ini atas tujuan untuk mengekalkan kesegaran daging, dan fugu tersebut dihidangkan dalam masa 24 jam untuk dimakan.

Toksin Ikan Buntal

Tetrodotoksin dihasilkan oleh bakteria yang hidup di dalam ikan buntal. Sebahagian daripada ikan mengandungi tahap toksin yang tinggi dan memperlukan kemahiran yang tinggi untuk mengeluarkannya sebelum dimakan. Tetrodotoksin stabil pada haba dan tidak boleh dipecahkan dengan memasak.

Tetrodotoksin yang ditemui pada fugu lebih bertoksin daripada sianida dan setiap tahun sebanyak 20 orang diracuni disebabkan penyediaan ikan buntal yang salah.

Bahagian beracun berbeza mengikut spesis dan spesis yang dihibrid pada masa kini sukar ditentukan bahagian beracunnya. Salah satu bahagian yang sukar ditentukan sama ada ia ovari fugu betina yang sangat beracun atau testis jantan yang sangat lazat untuk dimakan.

Tetrodotoksin merupakan sodium channel blocker yang boleh menyerang saraf manusia dan mempunyai kekuatan 1000 kali ganda lebih berbanding sianida. Ia boleh menyebabkan seseorang itu lumpuh. Kebanyakan daripada mereka maut apabila otot diafragma yang digunakan untuk sistem pernafasan tidak berfungsi.

Purata dos yang tetrodotoksin yang membunuh adalah 0.33 mg per kg berat badan. Tiada penawar yang didapati untuk meneutralkan kesan racun toksin ini. Rawatan yang boleh didapati di hospital hanya lah bantuan pernafasan dan titisan intravena sahaja. Badan manusia akan memproses racun ini dan menyahkeluarkan melalui najis ataupun air kencing.

Simptom Keracunan

Simptom selalunya berlaku dalam masa 10-45 minit selepas makan racun fugu dan mula menjadi kejang dan kesemutan pada mulut, pengeluaran air liur, mual dan muntah.

Simptom juga boleh membawa kepada kelumpuhan, hilang kesedaran, kegagalan pernafasan dan menyebabkan kematian

Rawatan Keracunan

Muntah merupakan simptom yang boleh berlaku pada individu yang keracunan dan kesannya mula menunjukkan tanda selepas ikan tersebut dimakan dalam masa 3 jam.

Individu tersebut mungkin mengalami lumpuh. Bantuan pernafasan mungkin boleh memastikan individu tersebut masih hidup sehingga rawatan perubatan diberikan secepat mungkin.

Pusingkan individu tersebut dengan pantas jika muntah berlaku.

Kemalangan

Kematian yang pernah berlaku di Malaysia

Pada Februari 2009, seorang nelayan warganegara Malaysia mati dan 4 individu dikejarkan ke hospital selepas mereka makan ikan buntal ketika mereka kehabisan makanan ketika berada di laut.

Kematian yang berlaku pada tahun 2020

Berlaku di Banyuwangi, wilayah jawa timur Indonesia pada 11 Mac 2020 yang lalu, tiga sekeluarga muat setelah menikmati ikan buntal. Mereka mengalami pening kepala, sesak nafas dan muntah selepas memakannya.

Racun di dalam ikan buntal bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main – main. Meskipun tiada undang – undang berkuatkuasa di Malaysia yang menghalang masyarakat di Malaysia untuk memakannya, tetapi ikan buntal bukanlah satu budaya makanan di Malaysia. Sebaiknya di elak dari mengambilnya, mencegah lebih baik kerana kesannya bukannya simptom biasa tetapi sehingga boleh membawa kematian.

SUMBER

https://www.compoundchem.com/2018/01/17/fugu/

https://www.businessinsider.com/japan-poisonous-pufferfish-delicacy-expensive-cost-2019-7

http://www.talkaboutfish.com/puffer-box-scorpion-stone-etc/pufferfish

https://en.wikipedia.org/wiki/Fugu

https://www.webmd.com/first-aid/pufferfish-poisoning

https://majalahkesihatan.com/boleh-ke-makan-ikan-buntal

https://www.sinarharian.com.my/article/73568/GLOBAL/Tiga-sekeluarga-maut-makan-ikan-buntal

Summary
Ikan Buntal Selamat atau Tidak?
Article Name
Ikan Buntal Selamat atau Tidak?
Description
Ikan buntal adalah sebahagian daripada spesis Tetraodontidae. Ia boleh didapati di kawasan tropika dan sub tropika di laut Atlantik, India dan Pasifik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: