Ikan Bakar Melaka

Ikan bakar melaka atau dikenali sebagai ikan panggang yang diperap dengan rempah atau sambal, kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dibakar menggunakan arang.

Ia adalah hidangan yang sangat popular di Melaka kerana merupakan hidangan khas Portugis pada suatu ketika dahulu.

Tak semua orang suka makan ikan bakar kerana hidangan ini tidak berkuah, anda juga boleh makan ikan bakar bersambal atau ‘kukus’.

Kebiasaannya hidangan ini menggunakan ikan cencaru, ikan siakap, ikan kembung, ikan bawal dan ikan tenggalan.

Makan panas-panas dengan nasi putih bersama belacan dan ulam pasti sedap sehingga menjilat jari!

Mesti ada antara anda yang pernah berkunjung ke Melaka tetapi buntu tak tahu nak makan ikan bakar dekat mana.

Jangan risau, kami senaraikan antara medan yang popular dan terkenal dengan hidangan ikan bakar terbaik di Melaka.

1. Restoran Ikan Bakar Malim

Jika anda berada di sekitar Melaka International Trade Centre (MITC) Melaka, anda boleh cuba makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Malim. Macam-macam pilihan lauk-pauk tempatan yang anda boleh dapati disini.

Dengan slogan “Pasti Tinggal Tulang”, sudah tentu anda akan makan dengan licin. Dan, ini adalah satu jaminan bahawa ikan bakar disini adalah terbaik dari yang terbaik! Namun, sekiranya anda tidak menyukai makanan pedas, pilihlah versi Ikan Siakap “Stim Limau”.

Alamat: 2 & 4, Jalan TU 40, Taman Tasik Utama Air Keroh, 75450, Ayer Keroh, Melaka.

No. Telefon: 017-2964283

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

2. J & J Corner Portuguese Seafood

Satu lagi destinasi yang menjadi tumpuan orang ramai adalah J&J Seafood Corner, yang terletak di hujung deretan gerai di Kampung Portugis Melaka. Seperti di Restoran Ikan Bakar Malim, di sini juga mempunyai pelbagai menu tempatan yang lain dan terkenal dengan minuman mangga mereka.

Yang membezakan adalah ikan bakar dimasak dalam aluminium foil, apabila dibuka balutan, ia dilimpahi dengan sos cili yang beraroma. Apa yang bestnya, semua hidangan ikan di sini sangat lembut menjadikan ianya sangat senang untuk dimakan.

Alamat: Medan Selera Portuguese Settlement, Lot 10, Jalan Ujong Pasir, 75050, Melaka, Malaysia.

Waktu Operasi: Setiap hari. Dari 5 pagi sehingga 8 malam.

3. Teres 1, Portugeuse Melaka

Masih berada di sekitar Kampung Portugis Melaka, Teres 1 juga menjadi tempat makan yang digemari oleh pelancong dan penduduk tempatan.Penempatan Portugis terdiri daripada banyak gerai yang menawarkan pelbagai jenis makanan laut dan Teres 1 adalah salah satu destinasi makan yang menyajikan ikan bakar yang sangat menyelerakan.

Ikan bakar di sini menggunakan ikan jenahak segar dengan diselaputi sos pedas yang benar-benar menjadi kesukaan penggemar makanan pedas!

Alamat: Gerai No.1 Medan Selera, Kampung Portugis Melaka 75050 Melaka 75050 Malacca City, Malacca, Malaysia

Waktu Operasi: 5 pm- 11pm. Setiap hari kecuali pada hari Selasa.

4.  Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru

Anda ingin suasana yang berbeza ketika menikmati hidangan ikan bakar? Singgah sahaja di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru kerana ia dilengkapi dengan pemandangan sungai yang indah di sekitarnya. Restorannya juga terapung!

Bukan itu sahaja, ini juga merupakan tempat makan yang paling murah yang mana anda boleh menikmati pelbagai makanan laut segar. Terdapat lebih dari 20 restoran makanan laut di sini, kesemuanya menawarkan keunikan tersendiri dalam persembahan dan pilihan item menu. Anda pasti tidak menyesal datang kesini bersama rakan atau keluarga tersayang.

Alamat: Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru, 77300 Bandar Melaka, Melaka

Waktu Operasi: Setiap Hari. Bermula dari 8 pagi – 8 malam

5.  Ikan Bakar Parameswara

Seperti namanya, restoran Parasmeswara , ia merupakan tempat makan yang paling terkenal di Perkampungan Ikan Bakar Umbai. Mana-mana peminat makanan laut wajib datang kesini untuk menikmati ikan bakar yang terbaik. Lokasinya terletak jauh di dalam kampung, iaitu kira-kira 20 minit dari bandar Melaka.

Yang menariknya, sebaik sahaja anda mendapat meja, anda boleh memilih ikan segar sendiri dan bagaimana anda mahu makanan laut anda dimasak sebelum dihidangkan panas-panas. Antara pilihannya adalah “manis dan masam”, “kukus”, “masak butter”, “Asam Pedas” dan banyak lagi.

Pendek kata, Ikan Bakar Parasmeswara menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar dari ikan bakar sehingglah kerang. Hidangan popular disini adalah ikan bakar bersambal, kerang rebus dan sambal ikan pari. Walaupun hidangannya begitu mewah dan lazat, jangan risau kerana harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

Alamat: Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu, Umbai, 75640, Melaka

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.

6. Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung

Restoran ini terletak betul-betul di sebelah jeti memancing. Apa yang menariknya, anda juga boleh melihat aktiviti perikanan dijalankan dan para nelayan sedang menangkap hidupan laut. Jika anda mahu kesini, pastikan anda datang lebih awal kerana jika terlambat, anda terpaksa beratur panjang dan tempat duduknya agak terhad.

Namun, jangan risau sejurus anda mendapat tempat duduk, anda akan dilayan dan servisnya juga cepat berdasarkan komen pengunjung. Hidangan yang menarik disini ialah Ikan Bakar Bercili. Yang paling unik, rasanya lebih kepada masam manis berbanding pedas. Sangat sedap!

Alamat: Jalan Padang Temu, 75050 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari. Bermula pukul 4pm -11.30pm

7. Bert’s Garden

Lokasi Bert’s Garden yang terletak jauh dari kesibukan bandar Melaka, betul-betul berada di tepi pantai sambil menyaksikan keindahan matahari terbenam, ini adalah tempat makan ikan bakar terbaik buat pasangan yang romantik.

Selain dari pemandangan indah yang sempurna, ini adalah tempat yang menyajikan makanan laut segar, masakan tempatan dan barat, termasuk salah satu ikan bakar yang paling enak dan terbaik! Jika anda menginginkan privasi, disini adalah pilihan yang tepat dan berbaloi dengan servis dan kelazatan hidangannya yang memukau.

Alamat: Jalan Kampung Pinang Tanjung Kling, Melaka 76400 Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari . 4.30 pm -12.00 am

Anda pasti tidak sabar untuk memilih tempat ikan bakar Melaka yang terbaik, bukan? Kami pasti anda tidak akan kecewa. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan atau review dari pengunjung yang terkini.

Jangan lupa kongsikan pengalaman anda sekiranya sedang menikmati salah satu tempat makan disini.

Sumber:

https://rasamalaysia.com/spicy-grilled-fish/

https://www.foodadvisor.my/best-grilled-fish-in-melaka

https://www.malaysiamall.my/7-best-seafood-restaurants-in-malacca/

Summary
Ikan Bakar Melaka – 7 Tempat Menarik Untuk Anda Cuba!
Article Name
Ikan Bakar Melaka – 7 Tempat Menarik Untuk Anda Cuba!
Description
Ikan bakar melaka atau dikenali sebagai ikan panggang yang diperap dengan rempah atau sambal, kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dibakar menggunakan arang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: