Barang Dapur

Barang dapur antara barang tipikal menjadi pilihan ramai orang di dalam bab memilih barang sebagai hadiah perkahwinan. Contohnya macam pembakar roti dan pembuat kopi.

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai lagi pilihan buat anda, khususnya yang berkaitan dengan peralatan rumah. Peralatan tidak dinafikan hadiah yang terbaik untuk membantu pengaantin baru untuk mulakan hidup baru bersama.

Pasangan ini dapat untuk cuba untuk memahami dan menggunakannya bersama-sama. Ini adalah aktiviti yang menyeronokkan yang membolehkan pasangan baru meluangkan masa yang berkualiti bersama.

Sebaik-baiknya carilah barang dapur yang mudah digunakan, unik dan menarik. Ia bukan sahaja akan mengindahkan hari persandingan pasangan baru ini, malah mereka juga akan sangat menghargai pemberian anda.

Ini adalah antara idea hadiah barang dapur untuk diberikan kepada pasangan pengantin baru ini!

1. Set Barang Dapur Penyimpan Makanan

Dengan set padan dan suai daripada Ikea ini, pasangan yang menerima dapat hasilkan tempat penyimpanan yang rapi untuk semua jenis makanan daripada pasta sehingga kekacang.

Mereka sentiasa boleh menambah koleksi kepada set ini bila mahu pindah kerana ia sangat mudah untuk diselenggarakan di mana-mana pantri.

2. Set Pisau

Jikalau anda sedang mencari pisau baru tetapi tidak tahu ingin bermula daripada mana, anda boleh cuba set yang ini. Set ini terdiri daripada bahan yang tahan lama dan serbaguna. Sangat ideal untuk penyediaan makanan setiap hari.

3. Cawan Piala

Cawan-cawan diperbuat daripada potongan kaca yang dihiasai, membawa suasana mewah ke dapur anda. Set yang anggun sesuai untuk majlis-majlis penting.

4. Set Perkakas Dapur

Pasangan yang baru memulakan fasa perkahwinan semestinya kekurangan perkakas dapur. Inilah masanya untuk anda sediakan koleksi perkakas dapur yang tidak mencukupi itu kepada sesuatu yang lebih tersusun dan mencukupi. Takdelah nanti bila nak lenyek kentang guna garfu dan nak parut keju guna penyagat limau, mereka akan sangat berterima kasih dengan set ini.

5. Mangkuk Penyimpan

Mangkuk melamin yang kukuh ini didatangi dengan penutup, sesuai untuk penyimpanan makanan dan mengambil ruang yang sedikit sahaja di dalam cabinet. Di samping, ia juga hadir dengan pelbagai jenis warna bergaya.

6. Gerobak Penyimpan Beroda

Dengan adanya gerobak penyimpan berwarna putih yang minimalis dan bersahaja ini, pengguna dapat menyusun kesemua botol-botol rempah, bikar produk kering atau alatan membersih. Ia mempunyai roda, jadi senanglah mereka menggunakannya di dapur.

7. Mesh Colander

Versi di atas sinki ini tiada bandingannya untuk mengimbangkan penapis dan periuk yang panas pada waktu yang sama. Ia juga bekerja dengan baik untuk makanan bersaiz besar.

8. Set Papan Pemotong

Sistem tiga pelabelan ini sangat mudah untuk pengantin baru mengenalpasti jenis makanan apa yang ingin dipotong: makanan yang sudah dimasak, buah-buahan dan sayuran dan daging mentah. Maka mereka tidak perlu lagi memotong daging mentah dan sayur-sayuran pada papan pemotong yang sama!

9. Barang Dapur Pelindung Percikan Minyak

Anda juga tahu betapa jengkelnya rasa apabila kita baru sahaja bersihkan bahagain atas dapur kemudian ia kotor dengan sekelip mata bila anda masak menggunakan minyak? Masalah percikan minyak bukan lagi isu dengan adanya pelindung hebat ini, melindungi pengguna dan meja kaunter. Jadi anda telah membantu mereka untuk tidak perlu lalui isu sebegitu!

10. Periuk Nasi dan Pengukus Makanan

Dengan hanya satu sentuhan butang, barang dapur ini berupaya untuk memasak sehingga 8 cawan untuk pelbagai jenis nasi. Apabila si pengguna ingin menyediakan makanan, perkakas ini sangat memudahkan.

Ia mengambil alih kerja supaya pengguna boleh fokus untuk siapkan hidangan lain sementara tunggu nasi masak.

11. Set Pinggan Mangkuk

Set ini telah lengkap dengan semua benda yang anda perlukan, termasuklah empat pinggan makan, empat pinggan pencuci mulut dan empat biji mangkuk. Sudah masanya untuk pilih set yang betul-betul sepadan kepada pasangan pengantin baru.

12. Pengadun Berdiri

Pengadun berdiri daripada jenama KitchenAid adalah antara barangan yang mempunyai permintaan tinggi di dalam senarai hadiah perkahwinan. Walaupun ianya mahal, namun sangat berbaloi dengan nilai wang yang anda keluarkan. Barangan ini mempunyai ribuan ulasan bertaraf lima bintang.

Didatangi dengan pelbagai warna yang anda juga boleh gunakan untuk menghias dapur – dan fungsinya sangat hebat! Bercirikan 10 kelajuan optimal untuk setiap resepi yang anda ada.

13. Penggoreng Udara

Sekarang ini, penggoreng udara tengah laku macam pisang goreng panas, Jikalau anda masih kurang tahu akan kegunaannya, anda perlu tahu yang ia berupaya untuk membakar, memanggang, meggoreng dan menyalai makanan anda 30% lebih cepat.

Hanya suku minyak digunakan daripada kebiasaan sebelum anda menggunakan penggoreng udara ini. Salah satu hadiah yang perlu anda senaraikan buat mereka yang ingin jimat masa.

Cuba lah salah satu barang dapur ini sambil mencari hadiah perkahwinan yang ideal buat keluarga atau sahabat handai. Samada anda pilih untuk bagi pengadun berdiri atau ketuhar memanggang, pasangan pengantin tersebut pasti akan hargai pemberian anda selama bertahun-tahun.

Anda bukan sahaja tunjukkan rasa kasih terhadap pasangan, malah anda juga membantu mereka untuk melangsungkan kehidupan selepas berkahwin dengan lebih mudah.

Terdapat pelbagai lagi idea menarik lain yang boleh dijadikan sebagai hadiah perkahwinan, tetapi ini adalah antara barangan dapur yang penting dan digunakan setiap hari. Jangan lupa untuk beli mengikut bajet anda sambil mengambil kira kualitinya.

SUMBER:

https://littlehomeappliance.com/20-thoughtful-appliances-for-wedding-gifts

https://www.marthastewart.com/7890574/registering-kitchen-items?slide=c1f7c240-5901-4002-99e4-cc53cf4d1c7d#c1f7c240-5901-4002-99e4-cc53cf4d1c7d

https://www.buzzfeed.com/hbraga/let-this-list-of-kitchen-products-inspire-your-wedding

https://learn.compactappliance.com/kitchen-appliances-wedding-gifts/

Tagged: