Banyak perkara yang boleh menyebabkan kulit anda kering dan mengelupas, seperti udara sejuk hinggalah kerana kehadiran klorin di kolam renang. Dalam sebilangan kecil individu, sekumpulan penyakit yang dipanggil ichthyosis lamellar boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kelihatan pucat.
Ia tidak boleh disembuhkan, tetapi rawatan yang dibuat boleh menyembuhkan sisik dan membuat anda berasa lebih selesa dengan kulit anda sendiri.
Seterusnya, ‘ichthyosis’ bukanlah satu penyakit, tetapi ia merupakan 20 keadaan di dalam keluarga penyakit kulit yang boleh menyebabkan kulit kering. Individu yang mengalami keadaan ini kehilangan perlindungan yang mengekalkan kelembapan pada kulit mereka. Keadaan ini juga menghasilkan sel-sel kulit baru yang terlalu cepat atau membuang sel-sel lama dengan terlalu perlahan. Ini kemudian mendorong kepada pembentukan kulit tebal dan bersisik.
Keadaan ini mendapat namanya daripada perkataan Yunani bagi istilah ikan, kerana kulit kelihatan seperti sisik ikan.
Jenis ‘Ichthyosis’ Lamellar
Sesetengah jenis penyakit ini hanya menyebabkan kulit kering dan bersisik. Manakala, yang lain pula boleh menyebabkan masalah di dalam badan juga.
Kebanyakan bentuk penyakit ini adalah sangat jarang berlaku. Kedua-dua jenis yang jarang berlaku ini ialah:
- ‘Ichthyosis’ vulgaris. Ia menjejaskan kira-kira 1 daripada setiap 250 orang.
- ‘Ichthyosis’ resesif yang berkaitan dengan X. Ia menjejaskan kira-kira 1 daripada 6,000 orang, tetapi hanya berlaku pada golongan lelaki.
Simptom Ichthyosis Lamellar
Dalam bentuk yang diwarisi, gejala muncul semasa kelahiran atau dalam beberapa bulan pertama kehidupan.
Kering, kulit bersisik adalah gejala utama bagi penyakit ini. Selain itu, sisik hanya terbentuk pada beberapa bahagian badan, seperti:
- Badan
- Perut
- Punggung
- Kaki
- Wajah dan kulit kepala
Sisik boleh berwarna putih, kelabu atau coklat gelap. Ia juga mungkin mempunyai retakan tebal atau nipis yang mengalir melalui mereka. Kekeringan dan sisik ini boleh menjadi semakin teruk dalam cuaca sejuk dan kering. Di samping itu, keadaan ini biasanya bertambah baik dalam cuaca panas.
Tanda-tanda ‘ichthyosis’ lain adalah:
- Kulit kemerah-merahan.
- Melepuh.
- Mengelupas.
- Gatal.
- Sakit.
- Terdapat garisan pada telapak tangan dan tapak kaki.
- Kulit tegang dan menyebabkannya sukar untuk bergerak.
Punca Ichthyosis Lamellar
Keadaan ini boleh diwarisi atau diperolehi.
– Ichthyosis yang diwarisi
Ini berlaku disebabkan oleh mutasi, atau perubahan kepada gen. Gen adalah kod yang memberitahu tubuh anda untuk menghasilkan protein yang seterusnya menentukan bagaimana tubuh kelihatan dan berfungsi.
Mutasi gen ‘ichthyosis’ mempengaruhi protein yang melindungi kulit anda dan mengekalkan kelembapannya. Ia juga menjejaskan betapa cepatnya sel-sel kulit berganda atau digantikan.
Ibu bapa mewariskan gen ini kepada anak-anak mereka. Kadangkala, kanak-kanak dengan ibu bapa yang tidak mempunyai ‘ichthyosis’ boleh mendapatkan penyakit ini sebelum dilahirkan. Perubahan gen berlaku di dalam telur atau sperma, atau juga apabila telur dan sperma bergabung untuk menghasilkan bayi. Ini dipanggil sebagai “mutasi spontan.”
Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang mempunyai mutasi gen tetapi tidak menunjukkan simptom. Golongan ini dipanggil sebagai “pembawa”.
– Ichthyosis yang diperoleh
Ini bermula pada zaman dewasa. Namun begitu, doktor masih tidak tahu apa yang menyebabkannya.
Individu yang mempunyai jenis yang diperoleh ini sering mempunyai keadaan seperti:
- Kelenjar tiroid yang tidak aktif.
- Penyakit buah pinggang.
- Sarkoidosis, penyakit yang jarang menyebabkan keradangan di dalam badan.
- Kanser seperti limfoma Hodgkin.
- Jangkitan HIV.
Sesetengah ubat juga mampu mencetuskan keadaan ini:
- Ubat kanser seperti hydroxyurea (Droxia, Hydrea), protease inhibitors (kelas ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan HIV) dan vemurafenib (Zelboraf).
- Asid nikotinik yang digunakan untuk merawat kadar kolesterol tinggi.
Diagnosis Ichthyosis Lamellar
Kadangkala, simptom ‘Ichthyosis Lamellar’ adalah sangat ringan sehingga boleh kelihatan seperti kulit kering yang biasa. Sekiranya keadaan kulit kering dan bersisik mengganggu anda, rujuk pada pakar dermatologi iaitu doktor yang merawat masalah kulit bagi mendapatkan rawatan. Doktor akan mengambil sampel kulit untuk diperiksa di bawah mikroskop yang dipanggil biopsi. Selain itu, doktor juga mungkin akan menguji air liur anda untuk sebarang perubahan gen yang menyebabkan jenis ‘ichthyosis’ tertentu.
Faktor Risiko Ichthyosis Lamellar
Kulit adalah pelindung badan anda. Ia menyimpan kelembapan di dalam dan menghalang bakteria dan bahan asing lain daripada membuatkan anda sakit. Apabila ‘ichthyosis’ membuat kepingan bersisik pada kulit anda, anda akan kehilangan beberapa lapisan perlindungan ini.
Kulit bersisik boleh membawa kepada komplikasi seperti:
- Jangkitan.
- Dehidrasi.
- Kelenjar peluh yang tersekat, boleh menyebabkan keadaan terlalu panas.
- Pertumbuhan rambut perlahan daripada kulit bersisik di bahagian kulit kepala.
- Membakar lebih banyak kalori, kerana kulit perlu bekerja lebih keras untuk mengubah sel.
‘Ichthyosis’ boleh menyebabkan masalah emosi juga. Kulit bersisik boleh menjejaskan rupa anda. Individu dengan keadaan ini kadangkala berasa tertekan dan mempunyai keyakinan yang rendah.
Seterusnya, individu lelaki dengan ‘ichthyosis’ juga menghadapi risiko yang lebih tinggi bagi:
- Kanser testis.
- Zakar yang tidak kelihatan atau tersembunyi.
- Jumlah sperma yang rendah.
Komplikasi lain termasuk:
- Kehilangan penglihatan akibat kerosakan kepada kornea (lapisan yang jelas di hadapan mata).
- Masalah sistem otak dan saraf.
Rawatan Ichthyosis Lamellar
Ia tidak boleh disembuhkan, tetapi rawatan boleh membantu anda menguruskan kulit yang kering dan bersisik. Sapu krim, losyen atau minyak pada kulit anda setiap hari bagi menambahkan kelembapan. Cari krim yang mempunyai bahan-bahan berikut:
- lanolin, alfa hidroksi asid, urea, atau propylene glycol. Produk dengan ceramida atau kolesterol juga dapat mengekalkan kulit lembap.
Sapukan losyen sebaik sahaja anda keluar dari bilik mandi atau mandi, apabila kulit anda masih lembap. Ini akan membantu mengekalkan kelembapan.
Perkara-perkara lain yang anda boleh cuba:
- Mandi dalam air garam.
- Gosok kulit anda dengan batu ‘pumice’.
- Keluarkan kulit mati dengan produk yang mengandungi asid salicylic, asid glikolik, atau asid laktik.
- Sekiranya kekeringan dan bersisik menjadi semakin serius, doktor akan memberikan ubat retinoid oral seperti acitretin (Soriatane) atau isotretinoin (Absorica, Claravis, Sotret, dan lain-lain). Retinoid boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tulang lemah, mulut kering dan perut yang tidak selesa.
‘Ichthyosis’ tidak mengancam nyawa, tetapi ia boleh mengubah kehidupan. Pakar dermatologi boleh mencadangkan rawatan untuk membantu kulit anda kelihatan dan berasa lebih baik. Sekiranya anda berasa tertekan atau mempunyai keyakinan yang rendah, berbincang dengan ahli terapi atau pakar kesihatan mental yang lain.
Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.prweb.com/releases/2015/05/prweb12712555.htm
SUMBER
https://www.the-dermatologist.com/content/diagnosis-lamellar-ichthyosis
https://emedicine.medscape.com/article/1111300-treatment
https://www.the-dermatologist.com/content/diagnosis-lamellar-ichthyosis