Now Reading
Ibilik Penang: Tempah Bilik Sewa di Penang Secara Online.

Ibilik Penang: Tempah Bilik Sewa di Penang Secara Online.

IBILIK PENANG

Ibilik Penang: Tempah Bilik Sewa di Penang Secara Online ~ Kini anda boleh mencari bilik sewa di Penang dengan mudah tanpa perlu pergi ke satu-satu lokasi. Segala-galanya hanya dihujung jari anda.

Dengan menggunakan laman web rasmi Ibilik (www.ibilik.com), anda boleh mendapatkan bilik sewa yang anda inginkan mengikut citarasa dan keselesaan anda.

Disini, kami akan berikan anda tips-tips berguna untuk mencari bilik sewa di Penang secara online agar anda tidak tertipu dan dapat bilik yang anda inginkan mengikut bajet anda.

Teruskan membaca.

Ibilik Penang: Langkah-Langkah Mencari Bilik Sewa di Penang Secara Online.

  1. Langkah utama yang anda perlu lakukan adalah, pergi ke laman web (www.ibilik.com).
  2. Kemudian, cari bilik sewa di lokasi khusus yang anda inginkan seperti, “Bilik Sewa Di Kepala Batas, Penang”.
  3. Survey iklan-iklan yang ada berdasarkan ciri-ciri yang anda ditetapkan. Seterusnya, setelah jumpa bilik yang anda berkenan, klik “View”.
  4. Hubungi nombor yang tertera melalui ws atau sms. Hal ini kerana sekiranya terjadi apa-apa, anda boleh tunjukkan bukti screenshot perbualan anda. Elakkan call direct kepada nombor tersebut.
  5. Setelah berpuas hati, jangan tergesa-gesa buat apa-apa transaksi. Kalau boleh, anda pergi dahulu ke lokasi bilik sewa tersebut dan pastikan apa yang diiklankan itu adalah legit.

Ibilik Penang: Faktor Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Menyewa Bilik.

  • Sewa Bulanan.

Pastikan anda jelas dengan sewa yang di minta oleh pemilik rumah/agen tersebut. Target belanjawan bulanan anda, adakah anda mampu atau tidak untuk membayar bilik sewa tersebut setelah tolak semua keperluan lain yang penting.

  • Deposit.

Sekiranya bilik sewa tersebut memerlukan deposit, pastikan anda telah datang melihat bilik tersebut dan bersetuju dengan keadaan bilik sebelum membayar deposit. Elakkan membayar deposit terlalu awal kerana anda mungkin berubah fikiran atau, anda boleh ditipu.

Tetapi jika anda perlu juga untuk membayar deposit terlebih dahulu, pastikan nombor akaun pemilik bilik sewa tersebut sama dengan nama di kad pengenalan beliau. Sebelum melakukan apa-apa transaksi ada baiknya anda melihat review atau mencari info berkaitan untuk mengetahui status bilik sewa tersebut.

  • Kontrak.

Ini sangat penting untuk mana-mana penyewa dan juga pemilik bilik sewa. Pastikan anda membaca dan fahami dengan baik syarat-syarat yang ditetapkan oleh tuan rumah sebelum menandatangani dokumen persetujuan. Kontrak ini membolehkan hak anda sebagai penyewa atau pemilik terjamin.

  • Bil.

Ini juga antara perkara penting yang anda perlu ambil kira. Pastikan anda jelas samada bil air dan elektrik atau WiFi, termasuk dalam sewa bulanan ataupun tidak. Hal ini turut akan mempengaruhi bajet yang anda tetapkan.

  • Keadaan bilik.

Untuk mengelakkan isu akan datang, anda perlu bertanya tentang keadaan bilik sekiranya gambar tidak cukup jelas. Antara benda penting yang anda boleh tanya ialah, adakah tilam, katil, kipas, almari baju disediakan di dalam bilik? Kemudian, tanya juga kemudahan seperti Wifi, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain.

  • Lokasi.

Pastikan lokasi pilihan anda cukup strategik seperti jarak yang dekat dari tempat kerja, terdapat banyak kedai makan dan kemudahan lain serta bekalan air/elektrik yang terjamin dan tidak terputus tanpa notis.

Ibilik Penang: Tips Untuk Elakkan Di Scam.

  • Harga yang terlalu rendah.

Sekiranya anda menjumpai iklan sewa rumah dengan harga yang terlalu rendah dan tidak masuk akal, sebaiknya elakkan. Ada banyak kemungkinan yang akan berlaku. Samada scam, bilik itu tidak wujud ataupun, keadaan bilik itu teruk.

  • Periksa bil api dan air terlebih dahulu.

Untuk mengelakkan anda yang membayar tungakkan bil api dan letrik, pastikan anda tahu jumlah bil semasa rumah tersebut. Anda boleh minta rekod bil tersebut dengan pemilik rumah. Acah-acah nak tengok untuk rancang bajet dan sebagainya. Pandai-pandailah ya.

  • Jangan buat transaksi tergesa-gesa.

Sekiranya anda diminta untuk membuat transaksi cepat dan tergesa-gesa, itu sebenarnya antara hint utama. Elakkan melakukan transaksi sebelum anda melihat keadaan bilik tersebut atau, sekiranya perlu, pastikan nama akaun dan no kad pengenalan pemilik rumah adalah sama.

See Also
Hobi

  • Platform.

Elakkan cari bilik atau rumah sewa di platform yang diragui. Pastikan anda banyak bertanya, membaca info-info dan membuat survey dengan teliti sebelum membuat apa-apa keputusan.

Kesimpulan

Mudahkan mencari bilik sewa di Penang melalui Ibilik? Bukan di Penang sahaja, anda juga boleh mencari bilik sewa seluruh Malaysia menggunakan platform ini.

Sebagai pengguna, kita hendaklah bertindak bijak agar tidak mudah tertipu. Gunakan platform yang ada seperti ibilik sebagai kemudahan tetapi pastikan anda juga mengambil langkah berhati-hati.

Semoga bermanfaat!

Sumber:

http://coretanmasalapangku3.blogspot.com/2017/11/tips-mencari-rumah-atau-bilik-sewa.html

https://speedhome.com/blog/berhati-hati-dengan-scammer-sewa-rumah/

https://www.ibilik.my/

error: Content is protected !!