i-Sinar: Cara Memohon & Semakan Kelulusan Julai 2021

i-Sinar merupakan salah satu program inisiatif pihak kerajaan Malaysia bagi memberi kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 agar dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

BERNAMA - EPF offers further details on i-Sinar in response to media query

Pihak kerajaan telah mengumumkan pengeluaran akaun KWSP adalah dibenarkan bagi semua pencarum tanpa mengira status pencarum, aktif ataupun tidak. 

i-Sinar merupakan salah satu program inisiatif pihak kerajaan Malaysia bagi memberi kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 agar dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Pihak kerajaan telah mengumumkan pengeluaran akaun KWSP adalah dibenarkan bagi semua pencarum tanpa mengira status pencarum, aktif ataupun tidak. 

Bermula tarikh 8 Mac 2021 yang lalu, kelayakkan permohonan kemudahan i-Sinar telah ditambah baik iaitu:

  • Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150

Kesemua kategori ini dilayakkan untuk memohon i-sinar hasil daripada penambahbaikkan program i-Sinar tanpa kriteria.

Jumlah pengeluaran yang dibenarkan bagi KWSP akaun 1 adalah sehingga RM60,000. Manakala bagi kategori lain pula pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM10,000. Walaubagaimanapun, jumlah setiap pegeluaran adalah bergantung pada baki yang terdapat di dalam akaun 1 pencarum.

Berikut ialah maklumat lanjut dan terperinci mengenai jumlah pengeluaran yang dibenarkan:

https://www.ceriasihat.com/

Pemohon tidak perlu lagi mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan. Berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria, permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan seperti yang dinyatakan di atas.

Untuk makluman anda, anda tidak perlu membayar semula pengeluaran i-sinar yang dikeluarkan. Semua caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 sehingga mencukupi amaun i-Sinar yang telah dikeluarkan. Setelah itu, caruman anda akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

Perkara penting yang perlu dilakukan sebelum membuat permohonan

Berikut ialah perkara penting yang anda perlu lakukan sebelum memohon bagi melancarkan urusan permohonan anda kelak. 

  • Sila daftarkan nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP yang berdekatan.
  • Jangan lupa untuk mengemas kini maklumat anda melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  • Pastikan akaun bank yang anda berikan kepada pihak KWSP semasa pendaftaran menepati syarat seperti dibawah iaitu:
  • Akaun masih aktif
  • Pemilik akaun adalah anda
  • Akaun yang digunakan adalah bukan akaun bersama
  • Akaun yang digunakan adalah bukan akaun syarikat

Penting: Rancang urusan anda sebaiknya sekiranya anda hendak mendaftarkan nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP. Hal ini kerana untuk mengelakkan anda berbaris panjang dan menunggu lama. KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini. 

Permohonan i-Sinar Diperluaskan

Sebelum ini, hanya 2 juta pencarum sahaja yang layak memohon. Kini setelah penambahbaikkan, ia diperluaskan kepada 8 Juta pencarum. Hal ini memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk meneruskan kehidupan di masa-masa sukar ini. 

Para pencarum boleh memohon secara online (portal i-Sinar) ataupun boleh terus kunjungi mana-mana cawangan KWSP berhampiran anda. 

Semak Status Bayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP 26 Ogos 2021

Syarat Dan Kriteria Permohonan bagi i-Sinar

Berikut adalah syarat dan kriteria permohonan bagi i-Sinar berdasarkan gambar. Sila baca dengan teliti sebelum membuat permohonan agar permohonan anda tidak di tolak.

i-Sinar merupakan salah satu program inisiatif pihak kerajaan Malaysia bagi memberi kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 agar dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Langkah Mudah Memohon i-Sinar Secara Online

Berikut adalah langkah mudah untuk anda mengemukakan permohonan i Sinar. Sila rujuk gambar di bawah untuk memudahkan anda faham.

Klik link: https://isinar.kwsp.gov.my

Semakan Permohonan i-Sinar Online

  • Sekiranya anda telah membuat permohonan, kini anda boleh mengakses semakan i-Sinar melalui pautan ini: https://isinar.kwsp.gov.my
  • Kemudian, untuk melakukan semakan, anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda dan nombor telefon bimbit anda yang aktif.
  • Seterusnya, klik “SEMAK STATUS”.

Anda juga boleh meminda atau mengemaskini butiran maklumat pengeluaran i-Sinar anda melalui portal i-Sinar seperti berikut:

See Also
surat pengesahan majikan

  • Nombor telefon bimbit; dan/atau
  • Alamat surat menyurat; dan/atau
  • Butiran akaun bank; dan/atau
  • Maklumat bayaran : Nama Bank, Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) dan/atau Pilihan Lokasi Serahan Arahan Bayaran.

Pembatalan Pengeluaran i-Sinar

Sekiranya anda berubah fikiran dan hendak membatalkan permohonan anda, anda boleh melakukan di pautan yang sama seperti yang dinyatakan di atas. 

Boleh Ke Batalkan Permohonan I-Sinar Atau Mohon Sekali Lagi? Ini Jawapan  Jelas Buat Anda - Edu Bestari

1Pengeluaran i-Sinar boleh dibatalkan melalui fungsi “PEMBATALAN PENGELUARAN” yang terdapat pada pilihan di portal i-Sinar online. 

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau mengemukakan pertanyaan berkaitan i-Sinar, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

Inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak beban yang ditanggung lebih-lebih lagi pada musim covid ini.

Sebagai pemohoan anda perlu cakna tarikh-tarikh tertentu seperti tarikh permohonan dibuka/tutup, dan sebagainya. Jangan lupa unutk baca dengan teliti segala maklumat yang berkaitan agar anda dapat membuat keputusan secara realistik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat sesiapa yang benar-benar memerlukan.

Sekian.

Sumber :
https://portalsemakan.com/i-sinar/
https://isinar.kwsp.gov.my/faq
https://therohani.com/i-sinar-login-kwsp/

error: Content is protected !!