i-lestari

i-Lestari adalah satu daripada inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan urusan pengeluaran pelanggan KWSP. Sepanjang berlakunya pandemik sejak tahun 2020 pelbagai rintangan dan cabaran yang telah dihadapi setiap lapisan masyarakat. Maka pelbagai pelan yang telah kerajaan laksanakan bagi memastikan setiap rakyat dapat meneruskan kehidupan mereka. Bagi mereka yang berhasrat untuk mengeluarkan duit di dalam akaun 2 KWSP anda boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Apa yang anda perlu tahu berkenaan i-Lestari

  • i-Lestari adalah program KWSP yang membolehkan anda untuk mengeluarkan minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan dari Akaun 2 sehingga maksimum 12 bulan
  • Kelayakan bilangan bulan pengeluaran wang akan dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang akan diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh penguatkuasaan Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  • Bayaran pengeluaran i-Lestari ini akan dibuat secara bulanan dan berulang pada bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran individu.

Situasi :

a) Permohonan yang diluluskan untuk diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.

b)Namun sekiranya permohonan yang diluluskan menerima wang pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

Sekiranya permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluarannya hanyalah selama 1 bulan.

i-lestari

Tempoh Pengeluaran

  • Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
  • Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
  • Untuk makluman anda permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021

Kelayakan Pengeluaran

Pencarum i-Lestari yang layak untuk memohon mestilah memenuhi kriteria berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Jumlah Yang Dibenarkan Keluar

Jumlah wang pengeluaran i-Lestari yang dibenarkan untuk dikeluarkan bermula pada jumlah minimum sebanyak RM50 dan maksimum sebanyak RM500 sebulan, jumlah pengeluaran ini adalah tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Sekiranya jumlah simpanan Akaun 2 KWSP anda adalah kurang daripada jumlah yang dipohon, maka jumlah pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Tarikh Penerimaan Bayaran

  • Bagi pemohon pengeluaran wang KWSP yang selesai memohon pada bulan April 2020 bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.
  • Bagi permohonan pengeluaran yang dilakukan selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran akan bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran yang akan diterima oleh KWSP.

Namun pada 28 Jun lalu Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu inisiatif baru yang menggantikan i-Lestari iaitu i-Citra KWSP. Kemudahan yang disediakan pada kali ini adalah pengeluaran RM5,000 daripada akaun KWSP bermula Ogos nanti.

i-Citra KWSP

i-lestari

Mulai 15 Julai 2021 ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my, pembayaran pertama adalah dijangka akan dikreditkan dalam akaun pemohon pada bulan Ogos 2021.

Syarat Kelayakan iCitra

  • Semua ahli KWSP yang di bawah umur 55 tahun berstatus layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.
  • Sekiranya diluluskan jumlah pengeluaran akan dibayar dalam jangka masa sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sejumlah RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum sejumlah RM50. Namun begitu, anda juga di ingatkan untuk mengemaskini nombor telefon bimbit anda bagi memastikan anda menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

Perkenalan i-Citra ini diambil tindakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas. Seperti yang kita sedia maklum dengan keadaan sekarang ramai ahli yang memerlukan talian hayat antaranya pengeluaran KWSP.

KWSP sememangnya bertanggungjawab bagi melindungi dana persaraan ahli, namun keseimbangan bagi keperluan semasa dan juga simpanan masa depan serta kemudahan sementara turut diambil kira bagi membantu ahli dalam menghadapi pandemik ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda bolehlah merujuk sendiri ke laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

Perkara yang anda perlu tahu!

  • i-Citra KWSP merupakan kemudahan pengeluaran RM1,000 sebulan selama lima bulan.
  • Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi http://icitra.kwsp.gov.my bermula 15 Julai nanti.
  • Anda layak mengeluarkan wang KWSP sekiranya baki akaun KWSP anda mencukupi.
  • Anda juga boleh memohon i-citra walaupun anda telah menerima i-sinar dan i-lestari namun semuanya tertakluk pada syarat kelayakan yang dimaklumkan.

Untuk makluman anda berikut adalah maklumat berkenaan inisiatif yang telah dilaksanakan bagi kemudahan anda sebagai ahli KWSP. Namun harus diingatkan untuk anda tidak mengambil peluang ini sebagai perkara sia-sia. Almaklumlah inikan tabung hari tua kita. Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://portalsemakan.com/i-citra/

https://ecentral.my/i-lestari-kwsp/

https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Summary
i-lestari: Inisiatif Kerajaan Melalui Pengeluaran Akaun 2 KWSP
Article Name
i-lestari: Inisiatif Kerajaan Melalui Pengeluaran Akaun 2 KWSP
Description
i-Lestari adalah satu daripada inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan urusan pengeluaran pelanggan KWSP. Sepanjang berlakunya pandemik sejak tahun 2020 pelbagai rintangan dan cabaran yang telah dihadapi setiap lapisan masyarakat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: