Hyperthymesia
Hyperthymesia jarang berlaku, penyelidikan mendapati hanya beberapa individu yang mempunyai kelebihan ini. Kajian terhadap hyperthymesia masih dilakukan.

Hyperthymesia jarang berlaku, penyelidikan mendapati hanya beberapa individu yang mempunyai kelebihan ini. Kajian terhadap keadaan ini masih dilakukan, kerana saintis sedang berusaha untuk memahami bagaimana otak memproses memori.

Simptom Hyperthymesia

Individu dengan keadaan hyperthymesia hidup seperti orang normal tetapi dengan perbezaan bahawa mereka boleh mengingati peristiwa kecil yang berlaku di dalam hidup mereka berbanding individu dengan memori yang normal.

Sesetengah simptom atau ciri utama yang dikenal pasti pada individu ini adalah seperti:

  • Memori semantik yang mendalam
  • Memori berepisod yang luar biasa
  • Kelebihan mengingati peristiwa kecil
  • Kapasiti memori yang luar biasa
  • Kapasiti pemikiran yang tinggi

Punca Hyperthymesia

Memandangkan hanya terdapat beberapa orang sahaja yang mengalami keadaan ini, inilah yang menyebabkan kurangnya penyelidikan berkenaannya.

Terdapat juga beberapa teori tentang apa yang boleh menyebabkan hyperthymesia, tetapi punca sebenar masih tidak diketahui.

Sesetengah kajian juga menimbulkan punca hyperthymesia yang berkemungkinan seperti faktor biologi, genetik atau psikologi.

Diagnosis Hyperthymesia

Memandangkan keadaan ini adalah seperti suatu kelebihan yang jarang berlaku, buat masa ini, tiada cara formal untuk mendiagnosis keadaan ini. Sesetengah kajian mendapati bahawa individu dengan keadaan hyperthymesia mempunyai aktiviti yang tidak seimbang pada sesetengah bahagian otak mereka.

Oleh itu, doktor mungkin berpotensi untuk menilai sama ada seseorang mempunyai HSAM atau tidak dengan melakukan imbasan MRI semasa mereka menjalani ujian memori.

Ujian ini termasuklah penilaian ‘autobiographical memory’, dengan menguji kelebihan seseorang untuk mengingati peristiwa tertentu atau fakta tentang kehidupan awal mereka.

Rawatan Hyperthymesia

Hyperthymesia tidak boleh diperoleh dengan bantuan perubatan atau dengan cara lain. Tetapi, terdapat perkara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan memori anda seperti:

  • Dapatkan tidur yang mencukupi. Kekurangan tidur boleh mempengaruhi kemampuan anda untuk mengingati sesuatu.
  • Kekal aktif. Latihan dengan intensiti sederhana boleh meningkatkan memori anda dan mungkin memberi kesan positif pada bahagian otak anda yang melibatkan memori. Salah satu cadangan yang anda boleh lakukan adalah dengan berjalan laju sekurang-kurangnya 2 jam setengah setiap minggu.
  • Senaman otak. Selain bersenam untuk tubuh, lakukan senaman otak dan tajamkan memori anda dengan aktiviti seperti membaca, bermain teka silang kata, bermain kad, mengingati lagu atau puisi, bermain alat muzik atau belajar bahasa asing.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan, rujuklah pada doktor anda untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik untuk anda.

Sumber:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/hyperthymesia#summary

https://hellodoktor.com/health/disease/hyperthymesia-hyperthymestic-syndrome/

Summary
Hyperthymesia : Simptom (ciri-ciri), Punca, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Hyperthymesia : Simptom (ciri-ciri), Punca, Diagnosis, Rawatan
Description
Hyperthymesia jarang berlaku, penyelidikan mendapati hanya beberapa individu yang mempunyai kelebihan ini. Kajian terhadap hyperthymesia masih dilakukan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: