Hotel Kota Bharu

Mendambakan percutian di pantai timur yang masih mengekalkan suasana tradisionalnya? Negeri Cik Siti Wan Kembang adalah jawapannya. Banyak sekali bangunan lama, masjid yang indah dan tempat membeli-belah klasik yang terdapat di ibu negeri ini dan juga senarai hotel Kota Bharu.

Tak sabar ingin melihat dengan lebih dekat tarikan-tarikan yang ada di bandar tertua di pantai timur ini? Jangan terlebih excited sampai terlupa menempah penginapan pula.

Jewels Hotel

Hanyalah beberapa langkah sahaja dari Jewels Hotel anda boleh sampai ke pelbagai tempat makan bagi menghilangkan rasa lapar yang dirasai setelah puas berjalan. Namun, untuk sarapan pagi, anda tak perlu risau kerana bayaran penginapan yang dikenakan adalah termasuk dengan sarapan.

Sarapan yang dapat anda nikmati di sini adalah terdiri daripada masakan Melayu dan barat. Selain itu, untuk anda yang kaki shopping pula, pusat membeli-belah Parkson terletak tidak jauh dari hotel.

Lokasi mantap dan seleksi makanan yang tidak mengecewakan, bonus lain untuk membuatkan anda memilih hotel ini adalah kerana ia juga turut menyediakan fasiliti pusat kecergasan yang lengkap dengan pelbagai peralatan senaman yang termasuklah treadmill dan basikal.

Jewels Hotel Kota Bharu - Main Image

De’Viana Hotel

Anda memiliki anak-anak yang aktif? Jika begitu, anda mungkin ingin menjadikan De’Viana Hotel sebagai tempat penginapan. Ini kerana hotel ini menyediakan kolam renang khas untuk kanak-kanak. Maaf kepada yang dewasa, banyak energi yang anda perlu simpan untuk meneroka sekitar Kota Bharu ni.

Di samping itu, seperti kebanyakkan hotel bajet yang lain, De’Viana Hotel terletak di lokasi yang cukup strategik,  berdekatan dengan Kampung Kraftangan, Billion Shopping Centre, Wakaf Che Yeh dan banyak lagi.

Selain itu, bagi anda yang kelaparan, hanyalah beberapa tapak dari hotel anda boleh menjumpai McDonald dan Oldtown White Coffee. Tempat makan lain? Tidak menjadi isu di Kelantan ini.

Setelah puas berjalan di kawasan sekitar, di dalam bilik hotel ini anda dapat menonton pelbagai siaran Astro yang menarik dari tv, channel FOX pun ada, memang cool.

Apa lagi yang menarik tentang hotel ini? Tak kisahlah apa pun jenis pilihan penginapan yang dibuat, sama ada superior room, executive room atau sebagainya, semuanya cukup luas dan lengkap dengan dapur mini.

De'Viana Hotel Kota Bahru - Main Image

Cyber Studio Apartment

Cyber Studio Apartment menawarkan bilik-bilik moden yang dihias ringkas bertemakan warna natural iaitu pelbagai tona coklat dan putih, gabungan warna yang sangat sedap dipandang.

Walaupun ditawarkan dalam harga yang begitu murah, biliknya lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti microwave, seterika, peti ais, wifi, tv, pembakar roti dan banyak lagi. Tidak cukup dengan kesempurnaan kelengkapannya, dari hotel yang bertaraf 3 bintang ini juga, anda boleh menyaksikan pemandangan di sekitar bandar. Lokasinya, sangat menarik kerana anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke kawasan membeli-belah (Pasar Siti Khadijah dan Giant), kedai-kedai makan dan banyak lagi.

Cyber Studio Apartment Kota Bharu - Main Image

Aam Hotel

Terletak di dalam kawasan perumahan teres, Aam Hotel adalah sebuah hotel bergaya Inggeris yang sangat menarik untuk diinapi bukan hanya kerana harganya yang begitu murah tapi juga kerana dekorasinya yang sangat sedap dipandang, memang kreatif!

Perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan juga sungguh memuaskan hati, tak ubah seperti layanan di hotel 5 bintang. Di samping itu, walaupun harga penginapannya sudah begitu murah, hotel ini menawarkan sarapan pagi secara percuma.

Yang bestnya, salah satu menu yang disediakan adalah nasi kerabu Kelantan yang dikatakan sangat sedap oleh yang pernah mencuba. Hidangan lain yang tak kurang enaknya adalah seperti nasi lemak, kari ayam, mihun goreng dan lain-lain lagi. Semuanya secukup rasa!

Lokasinya, hanyalah 3.6 km dari pusat membeli-belah Billion dan dalam sekitar 5 km dari stesen bas / teksi serta Muzium Kraftangan.

Aam Hotel Kota Bharu - Main Image

Crown Garden Hotel

Terletak di Bandar Kota Bharu, Crown Garden Hotel adalah sebuah penginapan menarik di dalam bangunan gah berwarna putih. Dari luar sudah terpancar gaya elegan hotel ini yang turut dapat dilihat melalui dekorasi dalamannya.

Bilik-biliknya dihias dengan moden, lengkap dengan segala kemudahan penting untuk keselesaan optimum. Selain bilik yang selesa, hotel ini turut lengkap dengan banyak lagi fasiliti lain seperti peralatan bbq, perkhidmatan shuttle, parking percuma, kafe dan kemudahan permainan seperti meja ping-pong dan board games. Lokasinya, hanyalah berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah, Kelantan Trade Centres dan Pantai Timur Shopping Centre. Kedai dan gerai makan juga tidak sukar untuk ditemui di sekitar hotel.

Crown Garden Hotel - Kota Bharu

Cahaya Qaira Homestay @ D’Perdana Kota Bharu

Ingin menikmati pemandangan yang terindah di sekitar Kota Bharu?Anda patut booking Cahaya Qaira Homestay @ D’Perdana Kota Bharu.

Bukan sahaja menawarkan pemandangan yang menarik, homestay ini juga menawarkan keselesaan seolah-olah berada di rumah sendiri. Bagi yang bercadang untuk menginap beramai-ramai, dua buah tilam toto turut disediakan dengan percuma sebagai tambahan kepada 2 buah katil bersaiz queen yang disediakan.

Dah puas berehat? Di tingkat yang sama dengan homestay ini terdapat kolam renang yang boleh digunakan sehingga lewat malam. Kemudahan lain yang disediakan adalah taman permainan kanak-kanak dan gimnasium.

Berkenaan lokasinya, Kota Bharu Mall hanyalah sekitar 3 km dari sini, manakala Billion Shopping Centre pula hanyalah 2.2 km. Anda juga hanya perlu berjalan kaki untuk ke Pasar Siti Khadijah, 7E, kedai-kedai makan, dobi dan banyak lagi kemudahan yang lain.

Cahaya Qaira Homestay @ D'Perdana Kota Bharu - Main Image

Yang penting, walau apa sekali pun pilihan penginapan yang dibuat, kami harap percutian anda di negeri Cik Siti Wan Kembang ini penuh dengan keseronokan.

Sekadar peringatan, hati-hati bercuti di Kelantan ya? Kemungkinan besar sebaik pulang dari Kelantan, berat badan anda sekeluarga bertambah secara tidak sedar kerana boleh dikatakan dalam banyak-banyak negeri di Malaysia ini, masakan negeri ini adalah antara yang sukar dilupakan keenakannya. Selamat bercuti ke Kota Bharu!

Sumber:

  1. https://www.maisinggah.com/hotel-murah-di-kota-bharu/
  2. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-kelantan/
  3. https://wolufastz.blogspot.com/2021/05/senarai-hotel-di-kota-bharu-palace.html
Summary
Hotel Kota Bharu: 6 Hotel Murah Di Kota Bharu
Article Name
Hotel Kota Bharu: 6 Hotel Murah Di Kota Bharu
Description
Mendambakan percutian di pantai timur yang masih mengekalkan suasana tradisionalnya? Negeri Cik Siti Wan Kembang adalah jawapannya. Banyak sekali bangunan lama, masjid yang indah dan tempat membeli-belah klasik yang terdapat di ibu negeri ini dan juga senarai hotel Kota Bharu.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: