Hotel Di Miri

Anda pasti ingin mengenalpasti hotel di Miri sekiranya menjejakkan kaki ke destinasi terkenal dan paling popular iaitu Miri Sarawak. Miri membentuk pintu masuk ke Taman Nasional Gunung Mulu dan Taman Nasional Niah yang terkenal.

Bandar ini menempatkan penduduk sekitar 300,000 orang, dan ini menjadikannya bandar kedua terbesar di Sarawak setelah Kuching.

Miri juga memiliki banyak tempat menarik untuk dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong asing antaranya ialah Bukit Telaga Minyak dan Taman Nasional Laut Miri. Oleh sebab itu, banyak hotel-hotel di bandar Miri ini telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan penginapan setiap pengunjung yang datang.

Hotel-hotel menarik di Miri:

Kingwood Boutique Hotel

Kingwood Boutique Hotel adalah salah satu hotel yang terletak di Miri dan lokasinya dari Kompleks Beli-Belah Boulevard hanyalah 4 km. Pengunjung yang menginap di hotel ini boleh datang ke kompleks beli-belah dan pergi ke restoran-restoran berhampiran hotel pada bila-bila masa.

Setiap bilik di hotel sangat selesa diduduki kerana ia dilengkapi dengan penghawa dingin dan televisyen demi kepuasan pelanggan. Kemudahan lain yang disediakan adalah cerek untuk kegunaan tetamu membuat air panas sendiri, peralatan mandian, dan alat pengering rambut.

Jadi, pengunjung yang datang ke hotel ini tidak perlulah membawa pengering rambut sendiri. Tambahan lagi, WiFi percuma dan mesin membuat kopi disediakan di setiap bilik. Perkhidmatan kaunter penerimaan tetamu di hotel ini dibuka 24 jam supaya tetamu boleh berurusan dengan pihak hotel pada bila-bila masa sahaja.

Imperial Hotel Miri

Imperial Hotel Miri terletak secara strategik di daerah komersial iaitu berada di sebelah Permaisuri Imperial City Mall di Miri. Hotel sangat mewah sehingga menawarkan kolam renang di atas bumbung dan 3 pilihan tempat makan. Semua bilik tetamu adalah berhawa dingin dan dilengkapi WiFi percuma yang boleh diakses di seluruh kawasan.

Bagi tetamu yang membawa kenderaan, tempat letak kenderaan percuma disediakan untuk mereka. Dalama hotel ini dihiasi secara elegan dengan perabot kayu. Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan TV dan cerek elektrik. Selain itu, beberapa unit tertentu mempunyai ruangan dapur sendiri untuk memasak. Setiap hari, Palm Terrace Cafe di hotel ini akan menyajikan sarapan bufet dan tetamu boleh menikmatinya sambil menghadap ke kolam renang.

Berkenaan makanan, anda tidak perlu risau kerana Imperial dibuka setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam khususnya masakan Asia, tempatan, dan barat. Bagi peminat kopi dan makanan ringan, anda boleh menikmatinya di Permaisuri Coffee House.

Bukan itu sahaja kemewahan yang ditawarkan di hotel ini, malah tetamu juga boleh bersenam di pusat kecergasan ataupun bersantai di sauna hotel ini. Dengan bayaran tambahan, kakitangan di kaunter penerimaan tetamu 24 jam boleh membantu anda dengan perkhidmatan cucian kering dan dobi.

101 Hotel

101 Hotel adalah sebuah hotel yang terletak di Miri dan menawarkan penginapan yang selesa dengan akses WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Hotel ini sangat mementingkan kepuasan hati pelanggan, sebab itulah hotel ini dilengkapi dengan bilik dan tempat tidur yang bersih, penghawa dingin, meja, rak pakaian, dan televisyen untuk hiburan tetamu.

Pancuran mandian juga disediakan untuk tetamu supaya mereka boleh menyegarkan badan setelah tiba di hotel ini dan ketika hendak meninggalkan hotel. Selain itu, untuk memudahkan tetamu yang datang di hotel ini, kakitangan hotel yang ramah akan menyambut ramah kedatangan mereka dan menawarkan perkhidmatan penyewaan kereta dan simpanan bagasi.

Sebgai maklumat tambahan anda mengenai hotel ini, ia berjarak 15.8 km dari San Qing Tien Taoist Temple dan 17.4 km dari Kompleks Membeli-belah Boulevard, dan Lapangan Terbang Miri berjarak kira-kira 8 km jauhnya dari hotel ini. Oleh itu, anda bolehlah mengatur perjalanan anda jika anda berada di hotel ini.

Ajang Hotel

Ajang Hotel merupakan hotel di Miri yang terletak di Pusat Komersil Miri Waterfront. Hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dan moden untuk tetamu yang datang. Tetamu yang menginap di hotel ini boleh melihat pemandangan bandar yang indah dari dalam bilik hotel yang berhawa dingin.

Anda tidak perlu risau jika jaringan internet anda tidak baik selama berada di hotel ini, kerana WiFi percuma disediakan di seluruh hotel ini. Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan almari pakaian, peti keselamatan, peti sejuk, televisyen, kemudahan mandian, dan pengering rambut.

Segala kemudahan yang disediakan adalah demi menjamin keselesaan dan kepuasan setiap tetamu yang menginap. Paling penting sekali adalah kaunter penerimaan tetamu sentiasa berkhidmat 24 jam supaya tetamu boleh berurusan dengan pihak hotel pada bila-bila masa sahaja.

Sebagai tambahan, kakitangan di hote ini boleh membantu tetamu dalam urusan penukaran mata wang terutama bagi tetamu dari negara asing. Soal makanan pula, hotel ini memiliki restoran yang sentiasa menyajikan pilihan masakan tempatan yang lazat untuk para tetamu.

Jinhold Hotel & Serviced Apartment

Jinhold Hotel & Serviced Apartment adalah salah satu hotel di Miri yang menawarkan tempat penginapan  berkonsepkan alam semula jadi. Setiap bilik di hotel ini direka dengan gaya kontemporari dan dilengkapi penghawa dingin, televisyen, dan kemudahan membuat kopi/teh.

Kemudahan lain yang ada di hotel ini adalah WiFi percuma, kolam renang, restoran, dan dobi layan diri. Dengan segala kemudahan yang lengkap di hotel ini, para tetamu tidak perlu keluar jauh dari hotel untuk membuat sesuatu perkara kerana segalanya sudah tersedia di dalam hotel.

Kakitangan di hotel ini juga sangat ramah dan sentiasa berbesar hati membantu para tetamu dalam urusan simpanan bagasi dan maklumat lapangan terbang.

Setiap orang pasti menginginkan tempat penginapan yang selesa dan dilengkapi dengan banyak kemudahan bukan? Jadi anda bolehlah menilai dan melihat sendiri hotel di Miri yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda seperti yang telah dicadangkan kepada anda. Semoga penginapan anda hotel Miri akan menjadi penginapan yang terbaik dan memuaskan untuk anda.

Sumber:

https://www.wonderfulmalaysia.com/miri-city-malaysia.htm

https://www.booking.com/city/my/miri.ms.html

Summary
Hotel Di Miri Yang Terbaik Sabagai Tempat Penginapan Anda
Article Name
Hotel Di Miri Yang Terbaik Sabagai Tempat Penginapan Anda
Description
Miri terkenal sebagai salah satu destinasi paling popular di Sarawak. Miri membentuk pintu masuk ke Taman Nasional Gunung Mulu dan Taman Nasional Niah yang terkenal.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: