Hot pack

Pemanasan terhadap tisu dapat dilakukan dengan penggunaan pad pemanasan/hot-pack atau tuala basah yang panas. Semasa menggunakan rawatan haba, berhati-hatilah dengan penggunaan api yang sederhana untuk jangka masa yang singkat bagi mengelakkan luka terbakar. Jangan menggunakan pembalut atau tuala panas dalam jangka masa yang lama atau semasa tidur. Hot-pack dihasilkan daripada tindak balas eksotermik berlaku kerana campuran garam dan air akan menyebabkan haba dilepaskan kerana proses ini akan menaikkan suhu kandungan dalam pek.

Mengapa hot-pack berguna?

Pemanasan haba boleh meningkatkan aliran darah ke kawasan untuk merangsang penyembuhan setelah berlaku kecederaan atau pembedahan. Kepanasan itu juga akan membantu mengurangkan kesakitan.

Bagaimanakah cara menggunakan hot-pack?

Anda boleh mendapatkan haba panas dengan pad pemanasan elektrik, botol air panas atau kompres hangat. Kemudian, tekapkan ia selama kira-kira 20 hingga 30 minit atau selama dan sekerap yang diarahkan. Pastikan kain diletakkan di antara kulit anda dan paket panas untuk mengelakkan luka bakar. Periksa kulit anda sekiranya berlaku perubahan warna atau lepuh kira-kira setiap 5 minit. Keluarkan ia jika terdapat perubahan pada kulit anda.

3 cara untuk membuat hot-pack buatan sendiri

Terdapat banyak kedai yang menjual alas pemanasan tetapi ianya lebih mudah dibuat di rumah. Untuk membuat pad pemanasan, gunakan:

1. Kain basah

Letakkan kain basah di dalam beg beku dan panaskan dalam microwave. Pastikan beg itu selamat digunakan dalam microwave. Kemudian, balut hot-pack dalam tuala dan tekapkan di kawasan yang cedera selama 15-20 minit pada satu masa.

2. Tuala yang dipanaskan dengan ketuhar

Anda boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat pemanas yang lebih besar.

Pertama, letakkan tuala lembap yang telah dilipat di dalam ketuhar hingga 300°F (149°C). Biarkan tuala di dalam ketuhar selama 5-10 minit. Masa adalah bergantung kepada ketebalan tuala.

Setelah suam, bungkus tuala dengan kain kering yang lebih nipis dan tekapkan di kawasan yang terkena selama 15-20 minit.

3. Stoking lama

Anda boleh membuat pelindung pemanasan yang boleh digunakan semula dari kain atau sarung kaki lama. Anda juga boleh menggunakannya sebagai tekapan sejuk dengan membekukannya dan bukan dengan memanaskannya.

Ambil sarung kaki atau stoking lama yang bersih dan isi dengan 3/4 penuh dengan nasi yang tidak dimasak, jagung atau oatmeal. Ikat atau jahit untuk ditutup dan panaskan dalam microwave selama 1-2 minit.

Untuk mengelakkan luka terbakar, anda haruslah kerap menguji pad pemanasan atau hot-pack di bahagian dalam lengan sebelum menakapnya ke kawasan yang terkena. Ia haruslah berasa  suam dan bukannya panas.

Bagaimana pad pemanasan berfungsi?

Haba yang panas dapat membantu mengurangkan rasa sakit pada sendi, otot, dan tisu lembut. Ini adalah bentuk terapi haba atau termoterapi.

Kepanasan tersebut akan meningkatkan pengaliran darah ke kawasan yang terjejas, di samping merehatkan otot dan membantu mengurangkan kekejangan pada sendi.

Termoterapi dapat membantu mengurangkan:

• sakit belakang

• sakit leher

• senggugut

• gejala migrain

• sakit akibat kecederaan

• sakit artritis

• Semasa proses penyembuhan, peningkatan peredaran darah membawa lebih banyak oksigen ke sel-sel yang cedera. Oksigen akan mempercepat penyembuhan tisu.

Pembalut pemanasan atau hot-pack adalah kaedah termoterapi yang popular. Anda juga boleh mandi menggunakan air panas. Jangan mengunakan rawatan panas ini selepas aktiviti sukan dan jangan gunakan haba selepas kecederaan akut. Jangan sesekali juga menggunakan haba di mana pembengkakan berlaku kerana pembengkakan disebabkan oleh pendarahan pada tisu dan pemanasan hanya meningkatkan saluran darah ke kawasan tersebut.

Sumber:

https://www.scoi.com/patient-resources/education/articles/should-you-ice-or-heat-injury

https://www.drugs.com/cg/heat-pack-application.

Summary
Hot-pack. Sejauh mana kegunaannya?
Article Name
Hot-pack. Sejauh mana kegunaannya?
Description
Heat treatment atau rawatan haba yang popular digunakan adalah hot-pack. Ianya haruslah digunakan untuk membantu merehatkan dan melonggarkan tisu bagi merangsang aliran darah untuk keadaan yang kronik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: