hospital sementara covid-19
Hospital sementara akan di buka di maeps atau menggunakan dewan dan stadium tertutup lain.

Jika situasi bertambah buruk, hospital sementara COVID-19 akan dibuka menggunakan dewan atau stadium tertutup bagi menempatkan pesakit kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam sidang media di Putrajaya, Dr Noor Hisham berkata pada masa ini, terdapat sebanyak 19,200 katil untuk pesakit di seluruh negara di semua pusat latihan kementerian, sebagai tambahan kepada 3,400 katil yang tersedia.

Menurutnya lagi, pada masa ini terdapat 19,200 katil yang tersedia di bawah insititut kementerian kesihatan, tetapi jika situasi semakin bertambah buruk sebagai contoh peningkatan 1000 kes setiap hari, hospital sementara akan dibuka menggunakan dewan atau stadium tertutup dan sebagainya.

Di Selangor, Hospital Sungai Buloh digunakan sebagai pusat rawatan COVID-19. Berikutan itu, kes-kes yang tidak menunjukkan simptom tetapi positif COVID-19. atau yang mempunyai simptom ringan perlu dipindahkan ke insititut latihan kementerian terlebih dahulu dan hospital perlu disimpan bagi kes yang sederhana atau kritikal.

Jika kes semakin meningkat, Institut Kementerian Kesihatan dan hospital sementara pesakit COVID-19 di MAEPS, Serdang yang mempunyai 600 katil akan digunakan.

Semalam, Dr Noor Hisham menjelaskan penukaran MAEPS kepada hospital adalah satu langkah berjaga-jaga.

Beliau menambah lagi, adalah lebih baik untuk bersedia lebih awal dari tidak bersedia langsung misalnya kes COVID-19 meningkat mendadak pada bulan April.

SUMBER

https://www.sinarharian.com.my/article/76275/KHAS/Koronavirus/Buka-hospital-sementara-jika-kes-cecah-1000-sehari

https://selangorkini.my/2020/03/covid-19-lebih-banyak-hospital-sementara-jika-kes-naik-mendadak/

Summary
Article Name
Hospital Sementara COVID-19, Jika Kes Harian Melebihi 1000 - Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Description
Jika situasi bertambah buruk, hospital sementara COVID-19 akan dibuka menggunakan dewan atau stadium tertutup bagi menempatkan pesakit.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: