homestay melaka

Pernah tak inginkan percutian yang rasa macam anda berada di rumah tapi taknak yang mahal-mahal? Anda kena tengok senarai homestay Melaka ini.

Melaka mempunyai latar sejarah yang menarik beratus tahun lamanya, dan kebanyakan kawasan bersejarah di negeri ini masih dalam keadaan yang baik. Nasib baik semua tempat hanya berapa kilometer saja antara satu sama lain. Takdelah anda penat nak atur percutian yang panjang.

Terdapat banyak hotel di dalam dan sekitar Jonker Street, Melaka dan juga kini terdapat perniagaan menyewa homestay. Samada anda merantau solo,dengan kawan-kawan, ataupun dengan keluarga, pasti ada satu tempat yang buat anda rasa seronok.

1. NOMAPS HOSTEL (Dari RM55)

Kalau anda cari tempat menginap bajet untuk bermalam di Melaka tanpa perlu risau pasal kebersihan dan keselesaan, Nomaps Hostel lah tempatnya. Dari perantau solo sampailah empat sekeluarga, hostel ni ada banyak jenis bilik ikut kesesuaian percutian anda.

Mereka ada sediakan sarapan pagi percuma tau. Kopi dan teh pun boleh ambil tanpa sebarang cas. Kalau anda perlukan pengangkutan, pihak hostel akan aturkan perkhidmatan pengangkutan dari lapangan kapal terbang atau terminal bas.

Alamat: 11, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka.

Hubungi: +606 283 8311

2. MODERN CAVE BOUTIQUE STAY (Dari RM128)

Sebuah tempat di mana seni dan tempat menginap bertemu. Lokasi yang bagus untuk sesiapa yang ingin bermain, bekerja atau merehatkan diri, homestay ini dibangunkan dengan gabungan reka bentuk moden dan keselesaan. Keseronokan yang tidak terhingga!

Tambahan lagi, mereka juga ada nap bar untuk mereka yang nak top up waktu tidur. Tetamu boleh dapatkan sedikit tenaga sebelum keluar berjalan-jalan sekitar bandar. Modern Cave Boutique Stay terletak di kaawasan yang aman, sesuai untuk tidur malam yang lena.

Alamat: 2G, Jalan Laksamana 1, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka.

Hubungi: +606 288 1268

3. OHANA HOUSE HOMESTAY MELAKA (Dari RM130)

Ohana House terletak di tengah-tengah Melaka. Mereka menyediakan keselesaan yang tiada bandingan but mereka yang ingin berehat, bertenang dan mengumpul tenaga.

Mempunyai reka bentuk barangan antik Maleka. Berdekatan dengan Christ Church, Kuil Sam Po Kong dan Jonker Street.

Alamat: 134, Lorong Jambatan, Kampung Jawa, 75100 Melaka.

Hubungi: +6017 679 3066

4. PLAY RESIDENCE AT THE WAVE (Dari RM179)

play residence at the wave homestay melaka

Apartment di Play Residence at the Wave ini terbahagi kepada tiga jenis homestay: Exclu Suites Malacca, Icon Stay dan Symphony Suite. Kesemua bilik di sini mempunyai ruang tamu, bilik air peribadi, dapur dan ruang makan. Sesetengah bilik ada kolam renang atau pemandangan laut!

Address: Taman Kota Laksamana Jaya No. 25, Jalan KLJ 5, 75200 Melaka.

Contact: +608 967 8168 / +6010 434 3118 / +6012 371 9288, +6013 317 1118

5. SUNFLOWER VILLAS MELAKA (Dari RM248)

Sunflower Villas Melaka adalah kelompok dari 25 buah rumah berkembar. Rumah-rumah dilengkapkan dengan empat buah bilik yang selesa untuk didiami oleh lapan orang satu kumpulan atau sekeluarga.

Rumah disini sunflower boleh memuatkan sehingga 150 orang dalam satu masa. Rumah ini juga boleh disewakan untuk majlis-majlis khusus.

Alamat: No. 57, Jalan PJ 1, Taman Pertama Jaya, Padang Temu, 75050 Melaka.

Hubungi: +606 282 1500

6. VISTA RIO HOMESTAY MELAKA (Dari RM342)

vista rio homestay melaka

Vista Rio Melaka adalah rumah berkembar yang luas dengan tiga bilik tidur yang berasingan yang berlokasi di pusat Melaka. Lantai di setiap bilik adalah kombinasi kayuan dan jubin. Homestay ini hanya 3 minit dari Jonker Walk dengan berjalan kaki dan tidak jauh dari tarikan yang lain.

Alamat: 21A, Jalan Jawa, 75100 Melaka.

Hubungi: +6017 656 5099

7. IXORA APARTMENT (Dari RM100)

Ixora Apartment Homestay terletak di Bukit Beruang, hanya 20 minit dari Bandar Melaka dan berdekatan dengan Multimedia Universiti dan MITC, Melaka.

Homestay yang selesa ini ada bilik yang luas, menjadikan ia sangat sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan untuk merancang percutian yang menyeronokkan ke Melaka.

Alamat: MC 0771CE, Ixora Apartment, Bukit Beruang, 75450 Hang Tuah Jaya, Melaka.

Hubungi: +606 231 2333

8. SILVERSCAPE LUXURY RESIDENCE (Dari RM198)

silverscape residence homestay melaka

Perumahan mewah di Bandar Melaka ini berhadapan dengan Pusat Membel-belah Element. Ia juga berdekatan dengan hampir semua tarikan popular Melaka, dan anda boleh dapatkan potongan diskaun 20% untuk tiket ke Taming Sari dan 10% diskaun untuk Cruise Sungai Melaka.

Alamat: A27-14, Jalan Merdeka 23, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Hubungi: +606 282 1828

9. ELEMENTMALL STUDIO B36 (Dari RM198)

Terletak di Bandar Melaka, ElementMall Studio B36 kini merupakan bangunan tertinggi dan paling ikonik di Melaka, mencapai 44 tingkat. Ia menyediakan pengalaman menginap di homestay yang mewah dengan pemandangan kolam renang tidak terbatas, him dan padan squash.

Anda boleh nikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam di homestay ini.

Alamat: B3606, Jalan Melaka Raya 32, Hatten City Silverscape, 75000 Melaka.

10. TEA HILL HOMESTAY MELAKA (Dari RM240)

tea hill homestay melaka

Tea Hill Homestay adalah tempat yang bagus untuk bermalam kalau anda ingin melawat Melaka, kerana ia ada suasana kampung. Lokasinya di Tehel, Melaka dan hanya perlukan 10 minit perjalanan menggunakan kereta untuk ke tol Ayeh Keroh dan 15 minit dari bandar Melaka.

Homestay ini menjanjikan penginapan yang selesa dan ideal buat majlis keramaian bersama keluarga, majlis hari jadi, majlis perjumpaan sekolah dan lain-lain.

Alamat: 2036 Lorong Azizi 2, Kg. Solok Serompong, Tehel 77000 Jasin, Melaka.

Hubungi: +6016 471 5271

Jikalau anda dah siapkan bajet tertentu tapi masih inginkan keselesaan dan keseronokan, semua homestay Melaka inilah yang terbaik. Tak semua benda kena mewah dan berkilau bila anda boleh potong bajet pada mana-mana perkara yang perlu. Selamat berseronok di Melaka dan jaga diri!

Sumber:

https://www.sgmytaxi.com/12-best-melaka-home-stay

https://www.letsgoholiday.my/p/11-homestays-with-swimming-pool-in-melaka

Tagged: