HIV dan AIDS
Virus immunodeficiency manusia, atau HIV, adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV melemahkan keupayaan seseorang untuk melawan jangkitan. Ia kebanyakannya dikontrak melalui seks yang tidak dilindungi atau perkongsian jarum. Tanda-tanda mungkin termasuk demam, sakit kepala, dan kelenjar limfa yang bengkak. Ujian HIV mengesahkan diagnosis. Ubat-ubatan menyekat virus untuk membantu anda tetap sihat, mencegah penyebaran HIV, dan menunda atau mencegah serangan AIDS. Dengan rawatan, orang HIV positif boleh hidup normal dan sihat.

‘Human Immunodeficiency Virus’ atau juga dikenali HIV merupakan virus yang menyebabkan AIDS. HIV dapat melemahkan keupayaan seseorang untuk melawan sebarang jangkitan. Kebanyakan virus ini boleh dijangkiti melalui hubungan seks yang tidak dilindungi ataupun perkongisan jarum. Simptom-simptom HIV adalah seperti demam, sakit kepala dan bengkak pada kelenjar limfa. Ujian HIV yang dilakukan akan mengesahkan lagi diagnosis yang dibuat. Pengambilan ubat-ubatan tertentu mampu menyekat virus dan membantu anda untuk terus sihat, mencegah penyebaran HIV serta menunda atau menghalang serangan AIDS. Individu yang positif HIV masih boleh menjalani hidup yang normal dan sihat melalui rawatan tertentu.

Gejala dan Tahap HIV

Jangkitan HIV berlaku dalam tiga peringkat. Ia boleh menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa serta boleh mengganggu sistem imun anda.

 

Peringkat pertama: Infeksi HIV akut

Kebanyakan individu tidak tahu dengan segera apabila mereka dijangkiti HIV, tetapi mereka mungkin mengalami gejala-gejala itu dalam tempoh yang singkat. Ini berlaku kerana sistem imun tubuh menjadi lemah, biasanya dalam masa dua hingga enam minggu selepas anda dijangkiti virus tersebut. Ia juga dipanggil sindrom retroviral akut atau jangkitan HIV yang utama.

Gejala-gejala ini sama seperti penyakit-penyakit yang terjadi kerana virus dan mereka juga sering dibandingkan dengan penyakit selesema. Simptom-simptom ini biasanya boleh berpanjangan selama seminggu dua sebelum hilang sepenuhnya. Gejala-gejala ini termasuklah:

• Sakit kepala

• Cirit-birit

• Pening dan muntah

• Keletihan

• Kesakitan pada otot

• Sakit tekak

• Bengkak pada nodus limfa

• Ruam merah tetapi tidak gatal di bahagian badan

• Demam

 

Doktor kini mampu mencegah HIV daripada menyerang tubuh anda sekiranya mereka dapat bertindak dengan cepat. Individu yang mungkin dijangkiti seperti individu yang membuat hubungan seks yang tidak dilindungi dengan seseorang yang positif HIV boleh mengambil ubat anti-HIV bagi melindungi diri mereka. Ubat ini dipanggil PEP. Namun begitu, anda harus segera mengambil rawatan dalam masa 72 jam setelah terdedah kepada virus ini serta ubat-ubatan yang boleh membantu juga mempunyai kesan sampingan yang tidak menyenangkan.

 

Peringkat Kedua: Jangkitan HIV kronik

Selepas sistem imun anda kalah dalam pertempuran bersama virus HIV ini, gejala seperti selesema akan mula hilang. Doktor biasanya memanggil tempoh ini sebagai tempoh ‘asymptomatic’ atau tempoh ‘clinical latent’. Kebanyakan individu tidak mempunyai simptom yang boleh dilihat atau dirasai. Anda juga mungkin tidak menyedari bahawa anda dijangkiti virus ini dan mampu menyebarkannya kepada orang lain. Peringkat HIV yang kedua ini mampu bertahan selama sepuluh tahun atau lebih.

Dalam tempoh ini, pesakit HIV yang tidak dirawat akan membunuh sel-T CD4 serta boleh merosakkan sistem imun mereka. Doktor anda boleh memeriksa berapa banyak sel ini yang anda ada dengan melakukan ujian darah (bilangan yang normal adalah antara 450 hingga 1,400 sel per mikroliter. Apabila bilangan ini menurun, anda akan lebih mudah dijangkiti dengan penyakit lain.

Mujurlah kombinasi ubat-ubatan boleh membantu melawan penyakit HIV serta membina semula sistem imun anda dan menghalang penyebaran virus dengan lebih lanjut. Sekiranya anda mengambil ubat yang betul dan mempunyai gaya hidup yang sihat, jangkitan HIV itu mungkin tidak akan berkembang lagi.

 

Peringkat Ketiga: AIDS

AIDS adalah peringkat yang seterusnya bagi jangkitan HIV. Ini biasanya berlaku apabila sel-T CD4 anda menurun di bawah 200. Selain itu, anda juga boleh didiagnosis dengan AIDS sekiranya anda mempunyai ‘penyakit yang mendorong kepada AIDS’ seperti Kaposi’s sarcoma (sejenis kanser kulit) atau pneumocytics pneumonia (penyakit jantung).

Sekiranya anda tidak tahu bahawa anda telah dijangkiti HIV sebelum ini, anda mungkin akan sedar sekiranya anda mempunyai gejala seperti di bawah:

• Berasa letih setiap masa

• Limfa noda yang bengkak di leher atau paha

• Demam yang berpanjangan selama lebih sepuluh hari

• Peluh pada waktu malam

• Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

• Tompok warna ungu pada kulit yang tidak hilang

• Susah bernafas

• Cirit-birit yang teruk dan lama

• Jangkitan kuman pada mulut, tekak atau vagina

• Lebam atau pendarahan yang tidak dapat dijelaskan

 

Individu dengan penyakit AIDS dan tidak mengambil ubat yang betul hanya boleh bertahan selama lebih kurang tiga tahun dan mampu berkurangan sekiranya mereka terkena jangkitan yang berbahaya. Dengan rawatan yang betul serta gaya hidup yang sihat, anda boleh hidup dengan lebih lama.

Tanda dan simptom HIV

Tiada individu yang akan mengalami simptom HIV yang sama, dan ada juga yang tidak akan mendapat simptom ini langsung. Namun begitu, jangkitan ini mampu menyebabkan beberapa perubahan yang biasa berlaku dari semasa ke semasa.

 

Pada minggu-minggu pertama:

Antara 1 hingga 4 minggu selepas individu dijangkiti virus ini, mereka mungkin mengalami gejala seperti selesema yang berlarutan selama seminggu dua. Ini berlaku kerana tubuh memberi tindak balas terhadap HIV dan sistem imun anda cuba melawannya. Gejala pada peringkat ini termasuklah:

• Demam

• Sakit kepala

• Perut yang tidak selesa

• Sakit tekak

• Bengkak pada kelenjar

• Kemerahan

• Rasa sakit pada bahagian otot dan sendi

Perlu diingatkan sekiranya anda mengalami simptom sebegini, ia tidak bermaksud bahawa anda secara automatik telah dijangkiti virus HIV ini. Banyak juga penyakit lain yang boleh memberi simptom yang sama. Berjumpalah dengan doktor dan lakukan pemeriksaan HIV sekiranya anda merasakan bahawa anda mungkin dijangkiti virus ini.

Pada tahap awal jangkitan HIV, amat penting untuk anda ketahui bahawa anda mungkin tidak akan mendapat keputusan yang tepat daripada ujian HIV yang dibuat. Ia boleh mengambil masa 3-12 minggu hinggalah ada simptom virus yang cukup muncul semasa ujian rutin HIV yang dibuat untuk memeriksa antibodi terhadap HIV. Satu jenis pemeriksaan baharu yang dikenali sebagai ujian asid nekleik dapat mengesan virus itu pada peringkat awal. Namun, memandangkan ia mahal jadi ia biasanya tidak digunakan dalam rutin ujian HIV yang dibuat.

Maklumkan pada pusat pemeriksaan atau doktor anda sekiranya anda merasakan bahawa anda mungkin telah dijangkiti virus ini. Pastikan anda juga selalu menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks serta mengambil langkah-langkah lain bagi menghalang penyebaran virus ini.

 

Beberapa bulan atau tahun selepas dijangkiti:

Setelah peringkat pertama berlalu, kebanyakan pesakit HIV akan mula berasa lebih sihat namun itu tidak bermakna bahawa virus itu telah hilang. Ia boleh mengambil masa selama 10 tahun untuk menunjukkan gejala-gejala yang lain. Pada tempoh ini, virus masih bergiat aktif dan mampu menjangkiti sel-sel baharu dalam badan anda.

Selepas 10 tahun dijangkiti HIV, virus ini dapat merosakkan sistem imun anda. Anda kini lebih cenderung untuk dijangkiti penyakit yang berlaku kerana bakteria, virus dan kulat kerana badan anda sudah tidak melawan penyakit itu. Mereka ini boleh menjadi tanda bahawa jangkitan HIV anda telah berubah kepada AIDS. Anda juga boleh mengalami tanda-tanda seperti:

• Penurunan berat badan

• Cirit-birit

• Demam

• Batuk yang tidak sembuh

• Peluh pada waktu malam

• Masalah pada mulut dan kulit

• Mudah dijangkiti penyakit

• Mendapat penyakit yang berbahaya

 

Bagaimana HIV tersebar?

Untuk dijangkiti HIV, darah, air mani atau cecair dari faraj yang tercemar perlu memasuki badan anda. Ini boleh terjadi dalam beberapa cara seperti:

Melakukan hubungan seks – Anda boleh dijangkiti sekiranya anda melakukan hubungan seks dengan pasangan yang positif HIV di mana darah, air mani atau cecair vagina individu itu boleh masuk ke dalam badan anda. Virus tersebut boleh memasuki badan anda melalui luka pada mulut atau air mata yang kadang-kadang terbentuk di bahagian rektum atau vagina semasa melakukan aktiviti seksual itu.

Melakukan transfusi darah – Dalam sesetengah kes, virus itu boleh dihantar melalui pemindahan darah. Hospital di Amerika dan tempat yang ada bank darah kini sudah memeriksa bekalan darah bagi tujuan antibodi HIV, jadi risiko dijangkiti virus itu lebih rendah.

Perkongsian jarum – Perkongsian ramuan ubat-ubatan intravena yang tercemar melalui jarum biasa dan jarum suntikan mampu meningkatkan risiko dijangkiti HIV serta penyakit berjangkit lain seperti hepatitis.

Semasa hamil, bersalin atau menyusu – Ibu yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini kepada bayi mereka. Ibu yang positif HIV dan telah mendapatkan rawatan bagi jangkitan ini semasa mereka sedang hamil boleh mengurangkan risiko bayi mereka dijangkiti virus yang sama.

Faktor yang boleh meningkatkan risiko HIV/ AIDS

Pada awal kemunculan HIV/ AIDS, ia selalunya dijangkiti oleh lelaki yang membuat hubungan seks sama jantina. Namun begitu, kini jelaslah bahawa HIV boleh tersebar melalui hubungan seks berlainan jantina.

Mana-mana individu tidak kira umur, bangsa, jantina atau orintasi seksual juga boleh dijangkiti tetapi anda lebih berisiko untuk mendapat HIV/ AIDS sekiranya anda:

Melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan – Gunakan kondom jenis getah tau ‘polyurethane’ yang baru setiap kali anda melakukan seks. Seks di bahagian dubur lebih berisiko berbanding seks di bahagian vagina. Risiko untuk mendapatkan HIV juga meningkat sekiranya anda melakukan hubungan seks dengan pasangan yang berbeza-beza.

Mempunyai STI – Banyak STI yang boleh melukakan alat kelamin anda. Luka sebegini mampu membuka ruang bagi virus HIV untuk memasuki badan anda.

Penggunaan dadah intravena – Mereka yang menggunakan dadah jenis ini selalunya berkongsi jarum. Ini membolehkan mereka terdedah pada titisan darah orang lain.

Lelaki yang tidak bersunat – Kajian menunjukkan bahawa tidak berkhatan mampu meningkatkan risiko pemindahan heteroseksual HIV.

Komplikasi disebabkan HIV

Jangkitan HIV boleh melemahkan sistem imun anda dan menyebabkan anda mudah dijangkiti banyak penyakit serta jenis kanser yang tertentu.

Komplikasi biasa bagi HIV/ AIDS

Tuberkolosis (TB) – Di negara yang mempunyai sumber yang terhad, TB adalah satu jangkitan biasa yang boleh dikaitkan dengan HIV. Ia juga merupakan antara penyebab utama kematian yang berlaku bagi pesakit AIDS.

‘Cytemaglovirus’ – Virus herpes yang biasa ini tersebar dalam cecair badan seperti air liur, darah, air kencing, air mandi serta susu badan. Sistem imun yang sihat mampu mematikan virus tersebut dan kekal tidak aktif dalam badan anda. Sekiranya sistem imun anda menjadi lemah, virus ini boleh muncul lagi dan menyebabkan kerosakan pada mata, saluran pencernaan, paru-paru atau organ-organ yang lain.

‘Candiasis’ – Penyakit ini merupakan jangkitan biasa yang berkait rapat dengan HIV. Ia boleh menyebabkan keradangan dan salutan tebal berwarna putih pada mukus membran sekitar mulut, lidah, esofagus dan vagina anda.

Cryptococcal meningitis’ – Meningitis merupakan keradangan pada membran dan cecair yang meliputi bahagian otak serta sarat tunjang (meninges) anda. Ia adalah jangkitan sistem pada pusat saraf biasa yang banyak dikaitkan dengan HIV dan berlaku kerana kulat pada tanah.

‘Toxoplasmosis’ – Jangkitan yang boleh membawa maut ini berlaku kerana Toxoplasma gondii iaitu sejenis parasit yang tersebar selalunya melalui kucing. Kucing yang terkena jangkitan melepaskan parasit dalam najis mereka dan boleh merebak ke haiwan atau manusia lain. Kekejangan boleh berlaku sekiranya ia merebak ke bahagian otak.

‘Cryptosporodiosis’ – Jangkitan ini berlaku kerana parasit dalaman yang selalu dijumpai pada haiwan. Anda juga boleh mendapatkan jika anda makan makanan atau minum minuman yang tercemar. Parasit ini boleh merebak dalam usus dan saluran empedu yang menyebabkan cirit-birit yang kronik dan teruk bagi pesakit AIDS.

Wasting syndrome’ – Pendekatan rawatan yang agresit mampu mengurangkan kes penyakit ini namun ia masih memberi kesan kepada pesakit AIDS. Penyakit ini berlaku apabila anda kehilangan sekurang-kurangnya 10 peratus berat badan serta sering cirit-birit, sering berasa lemah dan demam.

Komplikasi neurologi – Walaupun AIDS tidak menjangkiti sel saraf, ia boleh menyebabkan gejala neurologi seperti kekeliruan, kemurungan, kegelisahan dan kesukaran berjalan. Salah satu komplikasi neurologi yang biasa adalah demensia AIDS yang kompleks dan mampu menyebabkan perubahan tingkah laku dan pengurangan fungsi mental.

Penyakit buah pinggangNephropathy yang berkaitan dengan HIV (HIVAN) adalah keradangan pada penapis kecil di buah pinggang anda yang menghilangkan cecair dan sisa yang berlebihan daripada darah melalui air kencing anda. Ia paling memberi kesan kepada individu berkulit hitam atau Hispanik. Sesiapa yang mempunyai komplikasi ini harus mula melakukan rawatan terapi antiretroviral.

Langkah Pencegahan HIV/ AIDS

Tiada vaksin yang boleh mencegah jangkitan HIV dan tiada penawar untuk AIDS. Namun begitu, anda masih boleh melindungi diri anda serta orang lain daripada terkena jangkitkan seperti yang berikut:

Gunakan kondom baru setiap kali melakukan hubungan seks – Gunakan kondom baru setiap kali melakukan seks melalui dubur atau vagina. Golongan wanita boleh juga menggunakan kondom khas buat mereka. Sekiranya pelincir digunakan, pastikan ia adalah berasaskan air. Pelincir yang berasaskan minyak boleh mengurangkan fungsi kondom dan menyebabkan mereka koyak. Semasa sex oral, gunakan kondom yang tidak berpelincir, kondom yang sudah dibuka atau ‘dental dam’ yang merupakan sejenis getah yang menerima pengesahan perubatan.

Pertimbangkan dadah jenis Truvada – Dadah jenis Emtricitabine-tenofovir (Truvada) boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV secara seksual kepada individu. Ubat jenis ini perlu diambil setiap hari. Ia juga tidak menghalang penyakit STI yang lain, jadi anda masih perlu melakukan hubungan seks secara berhati-hati. Sekiranya anda menghidapi hepatitis B, anda harus diperiksa oleh pakar penyakit berjangkit atau pakar hati sebelum memulakan rawatan. Anda juga memerlukan ujian darah bagi memeriksa fungsi buah pinggang sebelum mengambil ubat ini.

Maklumkan pada pasangan anda sekiranya anda menghidapi HIV – Penting bagi anda memberitahu pasangan seksual yang sekarang atau terdahulu bahawa anda positif HIV agar mereka juga boleh melakukan pemeriksaan.

Gunakan jarum yang bersih – Jika anda menggunakan jarum untuk mencucuk dadah, pastikan ia bersih dan tidak digunakan oleh orang lain. Ambik kesempatan dengan program pertukaran jarum di komuniti anda dan pertimbangkan mencari bantuan bagi jenis dadah yang diambil.

Dapatkan rawatan segera sekiranya anda hamil – Jika anda positif HIV, anda boleh menyebarkan virus itu kepada bayi anda. Sekiranya anda mendapatkan rawatan semasa hamil, anda boleh mengurangkan risiko tersebut dengan ketara.

Pertimbangkan bersunat – Ada bukti yang mengatakan bahawa bersunat mampu mengurangkan risiko lelaki bagi dijangkiti HIV.

Diagnosis HIV

HIV selalunya didiagnosis dengan menguji darah atau air liur anda bagi menjadi antibodi kepada virus. Malangnya, kaedah ini boleh mengambil masa sehingga 12 minggu untuk membina antibodi ini.

Pemeriksaan yang lebih cepat boleh dibuat pada antigen HIV iaitu protein yang dihasilkan oleh virus sejurus selepas dijangkiti. Ia boleh mengesahkan diagnosis yang dibuat selepas dijangkiti dan membolehkan individu untuk mengambil langkah-langkah yang betul bagi menghalang penyebaran virus ini kepada orang lain.

Ujian bagi mengetahui tahap penyakit serta rawatan yang sesuai

Sekiranya anda didiagnosis dengan HIV/ AIDS, beberapa ujian boleh membantu doktor menentukan peringkat penyakit tersebut bagi memberi rawatan terbaik. Ujian tersebut termasuklah:

Pengiraan sel-T CD4 – Sel-T CD4 merupakan sel darah putih yang selalu menjadi sasaran dan dimusnahkan oleh virus HIV. Walaupun anda tidak mengalami simptom, jangkitan HIV boleh berkembang menjadi AIDS sekiranya pengiraan sel-T CD4 adalah kurang 200.

Beban virus (HIV RNA) – Ujian ini menentukan jumlah virus dalam darah anda. Jumlah yang lebih banyak boleh mengakibatkan kesan yang lebih buruk.

Ketahanan pada dadah – Sesetengah strain HIV sudah kebal dengan ubat. Ujian ini dapat membantu doktor menentukan sekiranya ada bentuk spesifik pada virus itu yang kebal pada ubat bagi membolehkan doktor menentukan rawatan yang betul.

 

Rawatan bagi HIV/ AIDS

Tiada penawar spesifik bagi HIV/ AIDS namun banyak ubat-ubatan yang berbeza mampu untuk mengawal virus itu. Rawatan tersebut dipanggil terapi antiretroviral atau ART. Setiap kelas ubat boleh menghalang virus tersebut dalam pelbagai cara. ART juga kini banyak disyorkan kepada masyarakat tanpa pengiraan jumlah CD4 T pada kita. Ia juga disyorkan untuk menggabung tiga jenis ubat daripada dua kelas berbeza bagi mengelak daripada penghasilan ubat yang tidak berkesan pada HIV.

Kelas-kelas bagi ubat anti-HIV termasuklah:

‘Non-nucleoside reverse transcriptase inhibitors (NNRTIs)’ yang boleh mematikan protein yang diperlukan bagi proses replika HIV. Contoh ubat ini adalah efavirenz (Sustiva), etravirine (Intelence) dan nevirapine (Viramune).

‘Nucleoside or nucleotide reverse transcriptase inhibitors (NRTIs)’ iaitu versi rosak bangunan blok yang diperlukan HIV dalam proses replika. Contoh ubat ini ialah abacavir (Ziagen) dan kombinasi ubat emtricitabine/ tenofoir (Truvada), descoyy (tenofovir) dan alafenamide/ emtricitabine dan lamivudine-zidovudine (Combivir).

‘Protease inhibitors (Pls)’ boleh menyahaktifkan protease HIV, iaitu protein lain yang diperlukan HIV dalam proses replika. Contoh ubat seperti atazanavir (Reyataz), darunavir (Prezista), fosamprenavir (Levixa) dan indinavir (Crixivan).

Kemasukan atau campuran inhibitor T yang menghalang HIV daripada masuk ke dalam sel-T CD4. Contoh ubat seperti enfuvirtide (Fuzeon) dan maraviroc (Selzentry).

Inhibitor integrase berfungsi dengan menghalang protein intergrase yang digunakan HIV untuk memasukkan bahan genetiknya ke dalam sel-T CD4. Contoh ubat adalah raltegravir (Isentress) dan dolutegravir (Tivicay).

Ubat alternatif

Pesakit HIV kadang-kala mencuba suplemen yang mendakwa dapat meningkatkan sistem imun atau mengatasi kesan sampingan ubat-ubatan anti-HIV. Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik boleh menunjukkan bahawa suplemen pemakanan boleh meningkatkan imun anda malah boleh mengganggu ubat-ubatan lain yang diambil.

Supplemen yang boleh membantu

Acetyl L-carnitine – Penyelidik telah menggunakan suplemen ini untuk merawat kesakitan saraf pada pesakit diabetes. Ia juga boleh meredakan kesakitan saraf yang dikaitkan dengan HIV sekiranya anda kekurangan bahan itu.

Protein whey – Ada bukti yang menunjukkan bahaw protein whey yang merupakan produk sampingan keju dapat membantu pesakit yang mengalami masalah berat badan kerana HIV. Protein whey juga boleh mengurangkan cirit-birit dan meningkatkan jumlah sel-T CD4.

Supplemen yang boleh membahayakan

‘St. John’s wort’ – Satu ubat kemurungan yang biasa ini dikatakan dapat mengurangkan keberkesanan sebanyak separuh daripada jenis ubat anti-HIV.

Suplemen bawang putih – Walaupun bawang putih dapat meningkatkan sistem imun, namun suplemen bawang putih boleh mengganggu  beberapa ubat anti-HIV dan mengurangkan keupayaan mereka untuk berkesan. Makan bawang putih yang ada dalam makanan adalah lebih selamat.

 

Pastikan anda berbincang mengenai pengambilan apa-apa makanan tambahan dengan doktor anda sebelum mencubanya dan pastikan ia tidak mengganggu ubat-ubat yang lain itu.

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
HIV, AIDS - Punca, Simptom, Tahap, Diagnosis, Faktor Risiko, Komplikasi, Rawatan dan Langkah Pencegahan
Article Name
HIV, AIDS - Punca, Simptom, Tahap, Diagnosis, Faktor Risiko, Komplikasi, Rawatan dan Langkah Pencegahan
Description
Virus immunodeficiency manusia, atau HIV, adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV melemahkan keupayaan seseorang untuk melawan jangkitan. Ia kebanyakannya dikontrak melalui seks yang tidak dilindungi atau perkongsian jarum. Tanda-tanda mungkin termasuk demam, sakit kepala, dan kelenjar limfa yang bengkak. Ujian HIV mengesahkan diagnosis. Ubat-ubatan menyekat virus untuk membantu anda tetap sihat, mencegah penyebaran HIV, dan menunda atau mencegah serangan AIDS. Dengan rawatan, orang HIV positif boleh hidup normal dan sihat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: