Histiositosis Sel Langerhan
Anda mungkin tahu bahawa sel darah putih adalah pejuang melawan penyakit daripada badan anda. Tetapi jika badan anda membuat terlalu banyak jenis sel imun yang dipanggil histiocytes, ia boleh menyebabkan tumor, luka-luka, dan kerosakan tisu yang lain.

Anda mungkin mengetahui bahawa sel darah putih adalah pejuang yang melawan penyakit dalam badan anda. Namun begitu, jika badan anda menghasilkan terlalu banyak sel imun yang dipanggil ‘histiocytes’, ia boleh menyebabkan tumor, luka dan kerosakan tisu yang lain. Salah satu gangguan yang jarang berlaku dan menyerupai beberapa jenis kanser dipanggil ‘Histiositosis Sel Langerhan’. Ia lazimnya muncul pada bayi dan kanak-kanak, tetapi boleh juga dijangkiti oleh orang dewasa.

 

Punca Histiositosis Sel Langerhan

Punca mengapa hanya sesetengah orang sahaja yang mendapat penyakit ‘Histiositosis Sel Langerhan’ masih tidak diketahui. Kira-kira separuh daripada individu yang mengalami masalah ini mempunyai gen yang rosak dan membuatkan sel imun Langerhan tidak dapat berfungsi dengan betul.

Mutasi genetik berlaku selepas lahir dan ini bermaksud bahawa anda biasanya tidak mendapatkan penyakit ini daripada ibu bapa anda.

Selain itu, pengkaji juga mengesyaki bahawa perkara lain juga boleh memainkan peranan seperti:

 

Simptom Histiositosis Sel Langerhan

Penyakit ‘Histiositosis Sel Langerhan’ boleh muncul pada banyak tempat di badan anda terutamanya pada kulit dan tulang anda. Ia boleh menjejaskan mana-mana organ termasuklah paru-paru, hati, otak, limpa atau nodus limfa.

Dalam kira-kira 8 daripada 10 individu, penyakit ini boleh menyebabkan pertumbuhan tumor yang dipanggil ‘granulomas’ pada tengkorak dan tulang lain. Ia boleh menyebabkan kesakitan dan bengkak serta kadangkala menyebabkan keretakan tangan atau kaki.

Simptom penyakit ini boleh dilingkungkan dari tahap yang ringan hingga yang serius. Sesetengah orang dilahirkan dengannya, malah penyakit ini boleh hilang dengan sendirinya. Namun begitu, penyakit ini juga boleh menjadi serius dan berpanjangan serta memberi kesan kepada banyak bahagian badan.

Selain menjejaskan tulang anda, ia juga boleh menjejaskan:

  • Benjolan berwarna merah, bersisik di lipatan kulit adalah perkara yang biasa. Bayi dengan penyakit ini boleh mendapat kulit kepala yang berwarna merah, kulit kepala bersisik yang sering disalah anggap sebagai ‘cradle cap’, iaitu sejenis penyakit kulit yang biasa.
  • Hati. Kebiasaannya, hanya kes ‘Histiositosis Sel Langerhan’ yang serius sahaja boleh menjejaskan hati. Kulit anda mungkin akan kelihatan kekuningan dan darah anda juga boleh mengambil masa lebih lama untuk membeku.
  • Kelenjar limfa. Kelenjar-kelenjar yang berada di belakang telinga, di leher dan di tempat lain boleh membengkak. Anda juga mungkin mengalami masalah pernafasan atau mengalami batuk.

 

Diagnosis Histiositosis Sel Langerhan

Doktor akan mengetahui sekiranya anda mempunyai penyakit ‘Histiositosis Sel Langerhan’ atau tidak selepas melakukan biopsi tisu. Ketika itulah pakar yang dipanggil sebagai ahli patologi akan melihat sampel di bawah mikroskop bagi mengesan protein tertentu dan penanda lain kepada penyakit tersebut.

Selain pemeriksaan fizikal, doktor juga boleh menjalankan ujian lain berdasarkan gejala anda seperti:

  • Sinar-X pada paru-paru dan tulang anda.
  • Biopsi tulang sumsum untuk mencari tanda-tanda penyakit ini.
  • Ujian kimia darah untuk memeriksa buah pinggang, hati, tiroid dan sistem imun.
  • Imbasan resonans magnetik (MRI scan), imbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan PET boleh dibuat untuk mendapatkan imej terperinci badan anda.
  • Ujian urin untuk memeriksa tahap sel-sel merah dan putih, protein dan gula dalam air kencing anda.

 

Rawatan Histiositosis Sel Langerhan

Seperti beberapa jenis kanser yang lain, doktor kadangkala merawat penyakit ini dengan rawatan kemoterapi. Ramai individu yang mengidap penyakit ‘Histiositosis Sel Langerhan’ mendapatkan penjagaan daripada pakar kanser seperti ahli onkologi dan pakar hematologi. Namun begitu, penyakit ini kadangkala hilang dengan sendiri secara spontan tidak seperti kebanyakan jenis kanser.

Selain kemoterapi, pilihan rawatan yang ada termasuklah:

  • Radiasi dengan kadar dos rendah ke bahagian badan yang disasarkan.
  • Pembedahan untuk membuang luka penyakit ini.
  • Steroid seperti ubat ‘prednisone’ atau ubat anti-radang
  • Terapi cahaya ultraviolet untuk masalah kulit.
  • Pemindahan sel stem.
  • Pemindahan tulang sumsum, hati, atau paru-paru dalam kes-kes yang sangat serius.

Majoriti individu yang mempunyai penyakit ‘Histiositosis Sel Langerhan’ pulih setelah melakukan rawatan. Jika penyakit itu berada di bahagian limpa, hati atau sumsum tulang, ia dikenali sebagai penyakit ‘Histiositosis Sel Langerhan’ yang berisiko tinggi. Kira-kira 80% individu yang menghidap penyakit tersebut masih hidup.

SUMBER

https://www.webmd.com/cancer/cancer-langerhans-cell-histiocytosis

https://www.healthline.com/health/eosinophilic-granuloma

https://www.news-medical.net/health/What-is-Langerhans-Cell-Histiocytosis.aspx

https://rarediseases.info.nih.gov/diseases/6858/langerhans-cell-histiocytosis

Summary
Histiositosis Sel Langerhan (Langerhans Cell Histiocytosis) - Punca, Simptom, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Histiositosis Sel Langerhan (Langerhans Cell Histiocytosis) - Punca, Simptom, Diagnosis dan Rawatan
Description
Anda mungkin tahu bahawa sel darah putih adalah pejuang melawan penyakit daripada badan anda. Tetapi jika badan anda membuat terlalu banyak jenis sel imun yang dipanggil histiocytes, ia boleh menyebabkan tumor, luka-luka, dan kerosakan tisu yang lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: