Now Reading
Hipster Cafe: Kafe Trend Masa Kini Di Kuala Lumpur

Hipster Cafe: Kafe Trend Masa Kini Di Kuala Lumpur

hipster cafe

Hipster cafe sebenarnya terma yang baru untuk rakyat Malaysia. Asalnya idea kafe ini diambil dari konsep barat yang rakyatnya sukakan tempat untuk bersantai sambil minum kopi. Kewujudannya di Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan sejak 2015 ia semakin berkembang.

Ramai memilih untuk mencuba kafe-kafe hipster yang wujud di sekitar kawasan mereka terutamanya golongan muda yang suka relaks dan lepak bersama kawan-kawan. Setiap kafe hipster akan dilengkapi dengan satu konsep seperti gaya Urban, gaya English, gaya Retro Moden, Tradisional dan sebagainya.

Siapa sahaja tidak suka untuk bersantai di tempat-tempat menarik seperti ini. Bahkan ada kafe yang menyediakan sudut untuk pengunjung bergambar sebagai kenang- kenangan. Kalau dahulu, susah hendak mencari tempat makan yang menitikberatkan hiasan dalaman dan hanya golongan berpedapatan tinggi sahaja selalunya mengalaminya. Kini kafe-kafe menarik ini mudah sahaja didapati di mana-mana.

1. Hipster Cafe Merchant’s Lane

Alamat: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

hipster cafe

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, hari minggu (11.30 am – 10 pm) manakala hujung minggu (9.30 am – 10 pm)

Ini merupakan antara port hipster di Kuala Lumpur. Buktinya, kafe ini sentiasa menjadi kunjungan ramai, walaupun semasa hari minggu. Memang popular! Kafe ini menyajikan makanan selera tempatan dan Barat.

Antara yang boleh anda cuba ialah Eat Die Me, menu sarapan yang terkenal di sini. Pasta South China Sea juga wajib anda cuba. Bersaiz besar dan sangat mengenyangkan! Untuk minuman, anda boleh cuba Rose Honey Milk, manis dan berkrim!

2. Hipster Cafe Jibby East

Alamat: Sunway Montana (U/C), 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

hipster cafe

Waktu operasi: Setiap hari, 10.30 am – 10.30 pm

Jika anda baca ulasan tentang kafe ini di internet, kami yakin anda pasti akan teruja untuk cuba makanan di sini. Sememangnya kafe Jibby East ini merupakan antara kafe hipster yang terkenal di KL. Selain port bergambar, makanan di sini juga terbaik!

Citarasa Barat merupakan jenis hidangan yang disajikan di kafe ini. Anda boleh cuba menu sepertiParmesan Crusted Panko Chicken, hidangan ayam berkeju yang dikatakan terlajak sedap dan hidangan pasta Tiger Prawn Spagheti.

Kafe ini turut menyajikan pemanis mulut. Pavlova dan Nutellava merupakan antara yang paling popular. Nutellava merupakak kek coklat yang dibanjiri dengan lava coklat Nutella di dalamnya, sangat menarik!

3. Hipster Cafe Strangers at 47

Alamat: 45, 47 49, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

hipster cafe

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10 am – 9.30 pm

Mahu menikmati makanan yang enak-enak sambil bersantai di kafe yang bukan sahaja cantik, malah selesa ruanganya? Inilah salah satu kafe yang wajib anda terjah – Strangers at 47!

Terletak di Petaling Jaya, kafe ini terkenal dengan krep mereka. Ada pelbagai jenis krep yang boleh didapati di sini, antaranya ialah Red Riding Hood, Dark Side dan Shore to Please.

Bukan krep sahaja, menu lain juga boleh didapati. Ayam goreng Korea pedas atau Spicy Korean Chicken merupakan menu lain yang popular di sini.

4. VCR

Alamat: 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

hipster cafe

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis (8.30 am – 5 pm), Jumaat – Ahad (8.30 am – 11 pm)

Ada pencinta kopi di sini? Jika anda peminat tegar minuman tersebut, kafe VCR merupakan antara tempat makan hipster di Kuala Lumpur yang wajib anda terjah.

Antara kopi yang boleh anda cuba di kafe ini ialah Espresso, Macchiato, Flat White, Capuccino, Piccolo dan Latte. Kopi di sini dikatakan dibru segar dan mempunyai aroma yang sangat harum.

Bukan kopi, sahaja, malah makanan di sini juga tidak kurang hebatnya. Anda boleh cuba wafel kentang, Soft Shell Crab Burger, Black Velvet Cake, King Cake dan Surf & Turf.

5. Antipodean Cafe

Alamat: 20, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

hipster cafe

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 5 pm

Berkejar ke tempat kerja tetapi masih mahu menimati sarapan pada awal pagi? Apa kata anda singgah di kafe Antipodean yang terletak di Bangsar ini! Ianya dibuka seawal 7 pagi, sempatlah anda tapau sarapan kegemaran anda di sini.

Menu sarapan yang paling terkenal ialah Big Breakfast dan All Day breakfast. Saiz hidangan memang besar, jadi anda pasti dapat menikmati sarapan yang sedap dan mengenyangkan! Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

6. Botanica +Co

Alamat: G5, 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – khamis (11.30 am – 10 pm), Jumaat (1130 am – 12 am), Sabtu (9.30 am – 12 am) dan Ahad (9.30 am – 10 pm)

Ini juga merupakan antara restoran hipster di Kuala Lumpur yang namanya menjadi sebutan ramai – Botanica +Co! Restoran yang terletak di Bangsar ini memang popular dengan konsep dekorasi restoran yang minimal dan elegan!

Ada berbagai jenis menu yang disajikan di sini. Truffle Fries, Banana Caramel Cake dan Chicken Parmigiana merupakan antara menu yang menjadi rebutan ramai. Churros Donut juga merupakan antara yang menarik. Melihat gambarnya pasti sudah bikin anda terliur, bukan?

7. Pokok.kl

Alamat: MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 8 pm

Terletak di MAHSA College, Pokok.kl merupakan kafe hipster yang agak terkenal di KL. Kafe berkonsepkan glasshouse ini boleh dikatakan terkenal walaupun baharu sahaja beroperasi sejak Oktober 2018.

See Also
teh

Sajian di sini didatangkan dengan pelbagai citarasa – baik tempatan dan Barat, semuanya ada! Antara menu yang anda boleh cuba ialah Big Breakfast, Nasi lemak Platter, Signature Chocolate Lava dan banyak lagi. Minuman seperti Espresso dan coklat panas juga boleh didapati di sini.

8. Feeka Coffee Roasters

Alamat: 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 11 pm

Ingin bersantai bersama keluarga atau sahabat handai di kafe yang selesa dan cantik? Feeka Coffe Roasters adalah port bersantai dan hipster yang wajib anda terjah jika berada sekitar KL!

Maksud nama kafe ini iaitu ‘fika’ sendiri ialah untuk berehat, jelas menunjukkan yang kafe ini sesuai untuk anda bersantai. Makanan yang boleh anda cuba di sini ialah Mixed Salted Caramel Slice, antara kek yang terkenal di sini. Manis dan lembut!

9. Dotty’s

Alamat: 20, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm

Ingin mencuba pastri yang kualitinya premium sambil menghirup kopi yang sedap-sedap di kafe hipster? Jika anda berada sekitar TTDI, Dotty’s merupakan antara kafe yang wajib anda terjah!

Kafe ini terkenal dengan pencuci mulut dan makanan Barat. Pastri yang terlaris di sini ialah Salted Egg Cronut yang berharga sekitar RM 12 sahaja. Sangat berbaloi dengan kualiti dan keenakkannya!

Sudahkah anda mencuba kesemua hipster cafe di atas? Jika belum, jom la singgah ke kafe ini untuk mencuba sendiri kelazatan makanan yang dihidangkan sambil dapat menangkap OOTD dan memuatnaiknya di media sosial. Pasti rakan anda tertanya mengenainya! Selamat mencuba.

Sumber:

https://saji.my/tempat-makan-hipster-kuala-lumpur/

https://says.com/my/seismik/lawa-unik-ini-senarai-tempat-makan-hipster-di-kuala-lumpur-yang-korang-wajib-terjah

https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2020/10/10/buka-sahaja-menu-enak-siap-boleh-ootd-lagi-check-out-15-kafe-039instagrammable039-di-selangor

error: Content is protected !!